RSS

Bokashi

16 Aug

Bokashi EM

Pengenalan
Bahan asas baja organik, baik dalam bentuk kompos maupun baja kandang dapat berasal dari hasil pertanian, seperti jerami, dan sekam padi, kulit kacang tanah, hampas tebu, batang jagung, dan bahan tumbuhan hijau yang lain.  Bahan buangan/tinja ternakan yang banyak dimanfaatkan adalah tinja lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik. 

Bokashi adalah suatu kata dalam bahasa Jepun yang bererti “bahan organik yang telah difermentasikan”.  Baja bokashi dibuat dengan melalui proses fermentasi bahan-bahan organik (dedak, hampas kelapa, tepung ikan, dsb) dengan EM (Efektif Microorganism).  Biasanya bokashi didapati dalam bentuk serbuk atau butiran.  Bokashi sudah digunakan para petani Jepun dalam memperbaiki tanah secara tradisional untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam tanah dan meningkatkan persediaan unsur bagi tanaman. Secara tradisional bokashi dibuat dengan cara menfermentasikan bahan organic seperti dedak dengan tanah dari hutan atau gunung yang mengandungi berbagai jenis mikroorganisma.

Kini lebih dikenali sebagai Bokashi EM iaitu bokashi dengan bahan organik yang difermentasikan dengan mikroorganisma efektif, bukan dengan tanah dari hutan atau gunung. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi adalah  suatu kultur campuran berbagai mikroorganisme yang bermanfaat (terutama bakteria fotosintetik dan bakteria asid laktik, ragi dan actinomycetes) dan dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob tanah.  Penggunaan EM dalam pembuatan bokashi selain dapat memperbaiki strukutur dan kualiti tanah juga bermanfaat memperbaiki pertumbuhan serta jumlah dan mutu hasil tanaman.

Idea tentang penggunaan  mikroorganisma efektif ini dikembangkan  oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun.  Teruo telah menemui mikroorganisma yang dapat hidup secara bersama dalam kultur campuran dan secara fisiologi dapat bergabung satu dengan yang lain.  Menurutnya, bila kultur ini dimasukkan dalam persekitaran semulajadi, maka pengaruh baik masing-masing akan lebih berlipat ganda secara sinergik.  Menurutnya juga, kultur EM tidak mengandungi mikroorganisma yang telah dimodifikasi secara genetik, tetapi kultur ini merupakan campuran berbagai spesies mikrob yang terdapat dalam persekitaran semulajadi dunia.
Bokashi dalam Pertumbuhan dan penghasilan Tanaman

Pada prinsipnya, peranan baja bokashi hampir sama dengan baja organik lainnya seperti kompos, namun bokashi EM pengaruhnya dipercepatkan dengan adanya penambahan mikroorganisma efektif (EM). 
Bokashi dapat digunakan 3-14 hari setelah perlakuan (fermentasi).  Kebaikan penggunaan Bokashi ialah untuk meningkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman meskipun bahan organiknya belum terurai seperti pada kompos. Bila bokashi dimasukan ke dalam tanah, bahan organiknya dapat digunakan sebagai substrat oleh mikroorganisma efektif untuk berkembangbiak dalam tanah, sekaligus sebagai tambahan persediaan unsur bagi tanaman.

EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi sangat berguna sekali dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah, juga dapat menyekat pertumbuhan hama dan penyakit yang merugikan tanaman.  Dengan demikian penggunaan bokasi EM baik secara langsung maupun tidak, sangat memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman pertanian termasuk padi , buahan dan sayuran.

Kesan Penggunaan bokasi EM dalam pertanian:
– Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada
– Aktiviti hama dan penyakit/patogen  dapat dikurang atau dihapuskan
– Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dll.
– pengikatan Nitrogen
– Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.

Penggunaan baja bokashi merangkumi prinsip ekologi  berikut:
– Memperbaiki struktur tanah sehingga menguntungkan pertumbuhan tanaman terutama pengelolaan bahan organik dan meningkatkan kehidupan biologi tanah
– mengoptimunkan bahansedia dan keseimbangan unsur mineral tanah, melalui pengikatan nitrogen, penyerapan mineral, penambahan dan baja dari hasil usaha tani.
– Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat aliran panas, udara dan air dengan cara mengelola iklim mikro, pengelolaan air dan pencegahan hakisan
Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat hama dan penyakit dengan melaksanakan usaha pencegahan melalui perlakuan yang mesra alam

About these ads
 
8 Comments

Posted by on August 16, 2007 in Article organic farming

 

8 responses to “Bokashi

  1. Nova

    September 30, 2007 at 10:56 am

    saya mau ty makanan utk ayam kampung organik.Bisa kah ayam boiler di organikkan?

     
  2. asastaniorganik

    October 1, 2007 at 1:51 am

    salam..
    nova..
    ayam boiler adakah di malaysia disebut ayam daging? kalau yer…tidak dilakukan lagi…pendapat sahaja…mungkin kena ambil anak ayam dari telur yg bebas dari hormon pengaruh ..pig..setakat ini ayam organik yg diernak dari jenis perancis kg..
    tq

     
  3. Farming Leo

    August 24, 2009 at 2:39 pm

    saya ada tinja ayam daging dan EM, tapi belum tau cara nak buat Bokashi, especailly ratio campuran secara semburan, sebelum difementasikan. tq

     
  4. wan penanti

    August 12, 2010 at 4:28 pm

    sy seorg penternak dan memproses em dan bokasi ia bersifat mesra alam dan tanpa makanikal,,,,,,,,,,,bokasi( khborhadrat 34) (prorein 32) ,(lemak o).. jd kepa semua penternan, dan pertanian,, boleh la hubungi sya untuk mendapat nasihat dan 2njuk ajar….

     
  5. e1xtrim

    May 30, 2011 at 2:13 am

    Salam. Ada tak testi berkaitan baja ni. Kalau sy nk beli, dimana sy blh dapatkan di ipoh, perak ni & brp harganya?

     
  6. haizah

    June 5, 2011 at 11:29 am

    Saya nak tanya, mcm mana nak dapatkn baja bokashi yg terdekat d kawasan kuala lipis pahang?

     
  7. ezah

    June 22, 2011 at 9:44 am

    salam,,,,sy dkt johor…mcmne nk dptkn baja ni…..bagi jawapan secepatnye ea….mekaseh

     
  8. Asry Ayob

    July 4, 2011 at 2:44 pm

    Hi,saya d sg petani kedah,d outlet mana boleh dapat baja 2.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: