RSS

Dedak Beras

17 Aug

Rahsia Dedak beras

Dedak beras turun kolestrol 

MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa dedak beras, iaitu sejenis serbuk yang terhasil daripada hakisan ketika beras perang diproses ke beras putih, berguna untuk manusia. Dalam proses itu, kira-kira 10 peratus daripada beratnya terbuang sebagai dedak beras. Di negara kita, ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya, kecuali digunakan sebagai bahan ramuan makanan haiwan.

Bagaimanapun, melalui penyelidikan yang dijalankan penyelidik tempatan, dedak beras yang sebelum ini tidak memiliki apa-apa manfaat, kini boleh membantu menurunkan kolesterol darah serta menjadi anti barah usus, sekali gus merencat pertumbuhan tindak balas radikal bebas yang boleh menyebabkan risiko penyakit jantung, barah, angin ahmar (strok) mahupun kencing manis (diabetes).

Buktinya, kajian yang dijalankan ke atas manusia dan haiwan menunjukkan kesan penurunan kolesterol darah yang lebih baik daripada komponen fiber seperti diamalkan sebelum ini.

Ketua Penyelidik Pembangunan Nutraseutikal dari Dedak Beras dan Herba Tempatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Maznah Ismail, berkata kajiannya juga membuktikan ia berpotensi sebagai ubat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan alam semula jadi.

Beliau yang menemui kaedah memisahkan khasiat daripada kulit padi dan lapisan atas beras perang untuk dijadikan sebahagian daripada produk asas makanan kesihatan, mendapati banyak kelebihan terkandung di dalamnya.

Lantaran itu, peruntukan masa dan tenaga hampir empat tahun untuk melakukan penyelidikan khusus mengenainya membuahkan hasil, apatah lagi baru-baru ini beliau dianugerahkan Pingat Emas dalam Pertandingan Reka Cipta di Geneva, Switzerland pada 31 Mac hingga 4 April lalu.

Dalam kajiannya, beliau mendapati padi biasanya melalui tiga tahap pencucian (polishing) sebelum terhasilnya dedak serta beras putih.

“Dedak biasanya dibuang, dibakar atau dijadikan makanan haiwan ternakan, tetapi kajian ini menunjukkan banyak khasiat boleh didapati di dalamnya.

“Sebenarnya, melalui kajian ini juga saya dapati beras putih ada banyak kanji dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk negara ini suka dengan beras jenis ini.

“Biasanya khasiat beras, iaitu daripada aleurone atau bran, dibuang begitu saja kerana rasanya kurang enak, selain baunya tengik,” katanya ketika ditemui di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pensyarah di Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM berkata, hasil kajiannya bukan saja menjadikan bahan itu selamat untuk dimakan, malah membantu dalam penjagaan kesihatan manusia.

Dalam kajian itu, beliau berkata, dedak dan bran mengalami proses nyah aktif enzim lipase di dalam ketuhar gelombang mikro pada tahap kepanasan 2,450 mega hertz selama dua minit.

“Dedak dan bran yang sudah dinyah lemak ini menghasilkan minyak dedak atau lemak tepu dan diuji ke atas tikus yang tinggi tahap kolesterolnya selama empat minggu.

“Kajian ini menunjukkan minyak dedak yang terhasil berupaya mengurangkan kolesterol dengan kadar tinggi, iaitu 37 peratus daripada asal. Minyak ini kemudian diuji ke atas manusia dengan mencampurkannya ke dalam mufin, baulu dan burger.

“Hasilnya, kolesterol dalam darah manusia juga turun pada kadar tinggi,” katanya yang berpengalaman luas dalam bidang itu.

Dr Maznah berkata, kajian ke atas manusia membabitkan empat kumpulan yang mempunyai kadar kolesterol berbeza selama lima minggu.

Katanya, semua subjek itu diberi makanan berasaskan minyak dedak untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Beliau berkata, penyelidikannya juga berjaya meningkatkan keupayaan minyak dedak (orizanol) apabila mencampurkannya dengan khasiat minyak sawit (tokotrienol dan tokoferol) dan campuran itu dinamakan E-Ory.

“Orizanol mempunyai unsur antioksidan dan gabungan dengan tokotrienol serta tokoferol menjadikan bahan itu mempunyai daya melawan penyakit yang lebih baik.

“Kini, kita menguji unsur antibarah atau mengurangkan risiko mendapat ketumbuhan dalam E-Ory. Produk ini akan dipasarkan sebagai makanan kesihatan dan kini dipatenkan,” katanya.

Selain menjalankan penyelidikan ke atas dedak beras, beliau juga mengkaji kelebihan pelbagai jenis herba, antaranya pecah beling dan pucuk batu.

Katanya, kejayaan menghasilkan kaedah nutraseutikal daripada bahan semula jadi atau buangan yang bernilai rendah kepada bernilai tinggi berjaya memberi manfaat yang bukan sedikit kepada manusia.

Kini, dedak beras yang dihasilkan dalam bentuk cecair dengan pelbagai perisa iaitu strawberi, oren dan semula jadi itu, akan dipasarkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Beliau berharap kejayaannya menjadi pendorong kepada saintis muda untuk melakukan pelbagai penyelidikan, terutama dalam meneroka teknologi baru, supaya negara tidak ketandusan pakar dalam bidang berkenaan.

Selain berjaya di Geneva, Dr Maznah turut memenangi beberapa anugerah lain, antaranya Anugerah Kualiti Sektor Awam 2003, Pingat Emas dan Perak dalam Ekspo Sains dan Teknologi 2002 dan pingat emas UPM 2002 dan 2003.
(Artikel ini ihsan daripada akhbar Harian Metro)
24 Sep 2004

 
4 Comments

Posted by on August 17, 2007 in Article organic farming

 

4 responses to “Dedak Beras

  1. andi sulaiman

    October 25, 2008 at 11:25 am

    mhn info lebih banyak ttg dedak beras & pengolahannya agar lebih bernilai ekonomi

    sykrn.

     
  2. johny

    March 12, 2009 at 10:11 am

    bagaimana teknik proses minyak dedak ? alat & bahan nya apa? harga jualnya berapa & apakah ada penampung yg menerima ? trims

     
  3. ruby

    April 10, 2009 at 7:12 am

    di mana bolih beli dedak beras untuk bahan bajaogarnik?
    Bolihkah dedak beras yg sama dimakan untuk kurangkan kelestrol..b/mana cara makanya?

     
    • AYAM MELAYU

      December 30, 2011 at 4:09 am

      dedak beras boleh dibeli dengan saya,dengan harga rm30 guni seberat 35 kg,kos penghantaran ditanggung oleh pihak pembeli,minima order 10 guni.email azam_noor80@yahoo.com

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: