Dr Mohamad Zainol labur RM1 juta bagi membina ladang, cipta makanan ternakan sendiri
TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.
Berikutan itu, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, seorang doktor perubatan, tidak teragak-agak melabur RM1 juta bagi membina ladang ternakan ayam di atas tanah wakaf seluas dua hektar di Sungai Liu, Ulu Langat.
Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.
Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.
Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.
Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.
“Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.
“Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.
“Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.
“Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.
Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.
Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.
“Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.
Ayam yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.
Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.
Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.
Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.
Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.
“Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.
Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam yang diternaknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.
Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organic semakin meningkat di negara ini.
“Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik
“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.
Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.
Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.
Sumber: Berita harian 29 Ogos 2007
Nota: dalam proses untuk mengeluarkan telur ayam organik
- tambahan maklumat dan komen2 anda amatlah dialu-alukan
Alamat ladang ternak ayam organik
Lot 3864, Batu 23
Jln Sg Lui, Ulu Langat
Selangor.
contact dr Zainol
Makanan Ayam Bebas Enzim BABI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi Dalam Makanan Ayam semalam mengesahkan makanan ayam di negara ini halal selepas analisis DNA terhadap sampel itu tidak menemui sebarang enzim babi dalam bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.
Jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu berpuas hati dengan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia, Makmal Kesihatan Veterinar JPH, Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia serta Jabatan Kimia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berharap hasil kajian itu akan melegakan semua pihak kerana penyebaran e-mel berkaitan penggunaan enzim babi dalam makanan ayam baru-baru ini, menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan masyarakat terutama umat Islam.
Katanya, pengesahan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menganggotai jawatankuasa khas berkenaan dan pelbagai faktor terutama aspek keagamaan diambil kira.
“Analisis DNA boleh membezakan ciri antara spesis dan ia mengesahkan tidak wujud enzim babi dalam bahan untuk menghasilkan produk itu. Hasil kajian ini memadai untuk menghapuskan perasaan was-was di kalangan rakyat.
“Yang pasti, usaha dibuat untuk mendapatkan keterangan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengenal pasti motifnya kerana sebarang isu berkaitan makanan adalah sensitif, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat,” katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita harian ,Isnin 24/12/07
When this organic chicken product will be distribute to southern region of Malaysia? especially Johore.
buat masa sekarang kena dapatkan di kl dan selangor…maybe next time when there is somebody want to set up the organic chicken poultry in johore…r u interseted …they will give u some cosultation or adivise…organic chicken = kg chicken..
Tolong berikan no tel dan alamat pengedar ayam organic di kuantan. Terima kasih
en. Mohd faisol…minta maaf kat kuantan masih tak der pembekal lagi…so kalau nak jadi pembekal boleh gi ker pusat jualan kat kl…alternatif nyer ayam organik boleh jugak makan ayam kg…nak jadi penternak ayam organik lagi bagus..
Saya berminat utk buka kedai ayam organik ni di kwsan beranang..macam mane nak contact Dr. Mohamad Zainol
salam…
en. zulkifli…
bagus utk jadi pembekal ayam organik nie…
no contact tu ader kat artikel ayam organik
Tel 603 92811802 / 92816924
Fax 603 92816925
e mail nattpro@streamyx.com
mobile 6012 3248081..
so directly u kena gi ke pusat jualan di kl…amik bekalan dari sana
harap dapat membantu
Pasar Tani Kerinci tu kat mana ye? Saya tinggal di Bandar Utama, so rasanya supplier paling dekat ialah Pasar Tani Kerinci, tapi saya tak tau lokasinya. Boleh tak beri panduan macam mana nak ke sana.
berdekatan dengan stesen LRT putra universiti…dekat2 dengan universiti malaya
Dah cuba empat ekor, ok tapi yang baru beli dua ekor ni meragukan (ada lemak banyak sangat dan bila direndam dlm mesin top ozone, keluar buih banyak mcm ayam biasa yang jual kat pasar). Kemungkinan besar ke ada ayam organik tiruan?
salam…
fazilah…
saya tak boleh nak bagi komen…sbbb setakat nie belum cuba dan makan ayam lagi…so…cuba tanya kepada pembekal ayam yg dapat dari dia…atau ke tempat yg dibeli…
Bagaimana nak jadi francais niaga ayam kampung dan ternak?
Terima kasih
salam…
saudara faiz khan…kalau nak maklumat lanjut..kena berhubung terus kepada penternak…atau pergi ke ladang ternakan di sg. Lui…
tq
BAGAIMANA CARA NAK JADI WAKIL JUALAN AYAM DI KAWASAN JOHOR.KOTA TINGGI.DAN JOHOR BAHARU.
salam..
saudara arizalakmal…wakil jualan cuba contact pusat jualan di kl…
semoga membantu
sesiapa ingin jadi wakil pengedar di seluruh negara..contact dr zainol atau wakil pengedar di kajang dengan minima 300 ekor yam organik utk dibekalkan
assalamualaikum, bagaimana saya nak belajar untuk menjadi penternak di kawasan johor? pls show me the path.
ingin menjadi pengedar dipontian johor.penghantaran mcm mana.
salam…
saudara aminuldin dan hairulnizam…nak menternak ayam organik dan selok belok penternakan boleh contact dr. mohamad zainol sendiri @ no contact yg tertera…utk jadi pengedar …dr. akan buka permohonan lps raya tapi juga boleh hubungi soletrade di kajang dgn minima 300 ekor ayam akan dibuat penghantaran…selebih pertanyaan boleh diajukan kepada mereka
Berapa modal diperlukan utk memulakan bisnes ayam organik dan untuk menjadi dealer adakah perlu modal yg besar dan berapa anggaranya . harap dapat memberi tunjuk ajar serta penerangan.
encik, dekat Lumut/manjung/ setiawan dah ada ke belum pengedar…?
salam..
en . muhamad adam…ttg modal bisnes ayam organik dan jadi dealer hunbungi dr. mohamad zainol…dia kan beri maklumat lanjut..
salam..
lin…setakat nie…pengedar di kaw. tersebut tak tahu lagi…tapi kalau nak jadi pengedar boleh jer…
Assalamualaikum….no tel mane yg perlu sy hubungi utk bertanya berkenaan selok belok & proses penternakan ayam organik ? “…nak menternak ayam organik dan selok belok penternakan boleh contact dr. mohamad zainol sendiri @ no contact yg tertera” …Sy amat berminat utk menceburi bidang ini. Terima kasih..Wassalam
walaikumsalam..
en addie..no tel direct kpd dr. mohamad zainol iaitu no tel yg tertera
tq
Assalamualaiukum Dr. Zainol,
Saya adalah Ketua Projek Tunas Mekar, UiTM, Terdapat graduan yang berminat menjadi apprentice dengan syarikat Dr. Kerajaan/Felda akan bayar beliau elaun RM800.00 sebulan . Matlamat ialah beliau tolong dan bekerja untuk Dr. selama 10 bulan dan beliau akan belajar secara praktikal untuk ternak ayam kampung. Diharap ia menguntungkan kedua belah pihak Jika Dr. setuju terima dia sila hubungi sodri270@salam.uitm.edu.my
salam…
saudara sodri ariffin..
hendaklah contact direct dr. zainol pada no yg tertera
utk maklumat lanjut
A’kum,
Saya berminat menjadi pengedar bg kawasan utara. Sila berikan maklmat lanjut.
1. Costing
2. Penghantaran
3. kaedah bayaran
4. Syarat2 pengedar
Salam,
Zam
zamclara06@yahoo.com
walaikumsalam..
zam….
maklumat lanjut contact soletrade atau dr. mohamad zainol
harap dpt membantu….
dlm blog nie hanya paparan maklumat sahaja
pengedar AYAM KAMPUNG ORGANIK (kwsn SHAH ALAM)
Alhamdulillah kami sudah bermula menjadi pengedar ayam
kampung organik di kawasan sekitar shah alam. hubungi
terus:
Hj. Jaludin: 013-3435534
Kurishah: 013-3653934
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/
——————————————————————
HARGA YANG DITAWARKAN
Size S (1.3kg – 1.4kg) – RM14.00 seekor
Size M (1.4kg – 1.5kg) – RM15.00 seekor
Size L (1.6kg – 1.7kg) – RM16.00 seekor
Size XL (1.8kg – 2kg) – RM18.00 seekor
salam
maklumat saudara telah saya add dlm blog nie….terima kasih atas makluman tersebut
sy ingin menjadi penternak spt doktor, jd ada tak pihak tuan menyediakan kursus dan contract farming. jika ada siapa yang patut dihubungi dan nombor telefonnye…..
salam
saudara asmadi..jika ingin maklumat lanjut hubungi terus dr. zainol…saya hanyalah penulis blog nie…shj…segala paparan adalah info kepada pembaca
Mohon penulis blog delete kan nombor handset saya di comment no 5. kerana ramai yang telefon saya ingin bercakap dengan Dr Zainol berkenaan ayam organik nie.
minta maaf atas kesulitan saudara..
saya telah delete no. tel di atas
ada pengedar negeri melaka x?
kalau ada sapa2 minat dari melaka kita boleh share2 utk mulakan..
utk mula dgn 300 ekor sekaligus agak tinggi risikonya kerana belum ada rangkaian dengan peniaga runcit & pembeli ayam organik di melaka
lagipun , ini produk baru & belum tahu sambutan di melaka (maklumlah mana tahu semua ada bela ayam kampung sendiri)
anybody interested ? just email me
putra.shahrul@yahoo.com
saya berminat nak jadi penternak ayam organik…. so macam mana saya nak dapatkan contact atau syarat2 nak menyertainya
A’kum Dr.saya berminat utk menjadi pengedar ayam organik disebelah Pahang Barat dgn itu saya perlukan maklumat selanjutnya spt:
1. Costing
2. Syarat syarat pengedar
3. Keadah bayaran
4. Apa yang perlu disediakan
Harap pihak Dr. dapat membantu.
Sekian Terima kasih
Saya berminat untuk menjadi pertenak ayam ini. Saya Nak Tanya Ada Tak Membekal Anak Ayam, Macam Mana Untuk Mendapatkan Bekalan Anak Ayam Itu, Berapa Harga Seekor Anak Ayam.
Saya memang minat ayam kampung.
Selain dari makanan pandan, kunyit, habatus sauda, apakah makanan yang ruji yang doktor pakai.(kalau di luarnegara diorang gunakan gandum..)?
A’kum Dr.saya berminat utk menjadi pengedar ayam organik di pasir mas dan kota bharu, kelantan dgn itu saya perlukan maklumat selanjutnya spt:
1. Prosedur
1. Costing
2. Syarat syarat pengedar
3. Keadah bayaran
4. Apa yang perlu disediakan
Harap pihak Dr. dapat membantu.
Sekian Terima kasih
Salam,
Dr..saya berminat nak jadi perternakayam organik tapi saya tidak tau camna nak ceburi bidang ini? Diharap Dr boleh bantu saya…InsyaAllah..Trm ksh
Akum Tuan. saya sedang dlm usaha membuat ayam kampung kacuk di kelantan.reban dah pun siap dan dalam proses nak masukkan benih“ jika benih dikelantan dimana paling berdekatan boleh saya dapatkan. bagaimana dengan pasaran? pihak tuan beli balik secara kontrak atau bagaimana? harap dapt penjelasan dari pihak tuan secepat mungkin kerana saya dah nak masukkan benih. terima kasih.
assalamualaikum….Saya berminat nak jadi pengedar ayam organik…..berapa minimum modal yang diperlukan….berapa lama ayam boleh disimpan.
baru menceburi bidang jualan.
ingin dapatkan sedikit ilmu dlm perniagaan ayam organik.
cara mendapatkan stok&kos yang diperlukan.
asalamulaikum…
dr boleh tak saya nak tahu kaedah pertenakan ayam organik
adakah pihak tuan menyediakan bekalan makanan ayam tersebut
assalamualaikum…
epada pengemar ayam organik di kelantan boleh dapatkan bekalan daripada kami.kami baru saja beroperasi di :
Lot 377A Jln Kelocor
15300 Kota Bharu
Kelantan
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar mobile atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian:
Harith 017-9690140
Ali 019-9650140/0123748431
assalamuallaikum…sy salah seorang yang berminat untuk menternak ayam kampung organik ni…tetapi sy tidak mempunyai bekalan ayam kampung organik di sebelah pantai timur iaitu negeri kelantan…macam mana sy nak dpatkan bekalan atau benih anak ayam organik untuk sy memulakan perniagaan kecil-kecilan?..sy harap encik dpat memberi maklumat mengenai ayam organik ini untuk sy memulakan perusahaan dan sy berharap juga mendapat maklumat balas dari pihak encik…terima kasih
saya dari kelantan sudah memulakan ternakan ayam kampung organik,sudah membuahkan hasil..sesiapa yang berminat ingin menjadi pemborong kami sila call saya sham-0199661222.siap disembelih dan dipotong kepada empat bhgn.
salam..
sham ayam organik nie…dari induk ayam dr.. zainol atau sendiri punyer? w/pun begitu saya akan senaraikan en sham dlm pengedar ayam organik.kelantan di mana?
di jeli.baka dr projek YB dato mustapha muhamad..insyaallah pihak tuan dapat bantu saya dalampelbagai aspek.tima kasih
saya dari kuala lipis pahang sudah memulakan ternakan ayam kampung organik,sudah boleh dijual.berat 1-2kg/ekor. keupayaan sehingga 2000-4000ekor seminggu..sesiapa yang berminat ingin menjadi pemborong kami sila call saya 012-3849263(eddy)
Dr Bagamana nak beli anak ayam yang Dr usahakan.Saya memang ada memebela ayam kampong biasa ,setakat ini sekadar sederhana sahaja dan beradang nak secara comercial kandang esmua dah siap.
Tk
Salam
hj basuki,
ttg nak minta bekalan ayam dari dr. tu kena hubungi dr. zainol sendiri pada no tertera…atau alternatif lain boleh bela ayam organik HPA punyer…harap dapat membantu
assalaimualaikum…bekalan ayam organik dari perusahaan belum diperolehi..sy dari kelantan di kubang kerian..
walaikumsalam
sdr. mohd…cuba dapatkan bekalan ayam organik dari sham-0199661222 (Jeli, Kelantan) …
salam..
sya merupakan student yg ingin mmbuat kajian tentang ayam organik ini dari segi kos selenggara,perniagaan,modal, dll kerana industri ayam organik masih kurang di Malaysia.sya berharap dari kerjasama encik untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya.sya berada di perlis.
walaikumsalam
azrin…boleh hubungi maner2 pengusaha ayam organik yang ader kat sini….Dr. Zainol atau HPA
saya penduduk di kg sg lui tempat dr buat ternakan kambing n ayam tu..tapi saya lihat kawasan berkenaan telah kosong…byk kambing telah mati n ayam tiada lagi..apa masalah yg terjadi?saya juga sedang mengusahakan ternakan ayam kampung di kawasan tu jgk…terima kasih.
saya mempunyai tanah di melimau melaka dan berminat untuk menjadi penternak ayam organik bagi kawasan merlimau. boleh saya dapatkan info yang lebih lanjut mengenai projek ini.
selain dr. zainol n HPA, siape lg yg boleh saye temuramah utk ladang aym organik ni? kesian tgk dr.zainol sorang je yg jwb soalan2 semua..klau ade rakan kongsi tuk bg kerjasama pon ok..
salam ,
saya minat untuk bela ayam kampung
saya ingin bertukar , berkongsi pengalaman dan petua
didalam penternakan ayam kampung
masaalah saya ialah modal ,kepakaran dan pekerja
di kampung saya ada penternak yang punya ayam 1000 ekor
tapi ada masaalah di dalam memasarkan hasil tersebut dengan harga yang berpatutan
boleh bantu saya didalam mendapatkan baka anak ayam kampung asli @ baka sentul dalam 1000 ekor
assalamuallaikum…sy salah seorang yang berminat untuk menternak ayam kampung organik ni…tetapi sy tidak mempunyai bekalan ayam kampung organik di sebelah pantai timur iaitu negeri Terengganu…macam mana sy nak dpatkan bekalan atau benih anak ayam organik untuk sy memulakan perniagaan kecil-kecilan?..sy harap encik dpat memberi maklumat mengenai ayam organik ini untuk sy memulakan perusahaan dan sy berharap juga mendapat maklumat balas dari pihak encik…terima kasih
Salam.
Untuk makluman anda. Kami adalah Az-Zain cawangan Shah Alam. Segala info berkaitan ternakan atau sebagainya bolehlah terus menghubungi Dr. Zainol. Hanya dia seorang sahaja yang patut dihubungi buat masa ni.
Harap Maklum.
P/s: Terima kkasih kepada tuan punya blog
Saya bercadang ingin mengikuti kursus Perniagaan Ayam Organik dari A sampai Z. Di mana boleh mengikuti kursus berkenaan, berdekatan dgn Kajang atau Bangi. Sekian terima kasih.
ayam organik ni pun sama macam yang produk hpa jual tu ke?
salam
fatin, produk ayam organik hpa tu ayam daging yg diberi makan herba2 terpilih dan ayam organik dr. zainol baka ayam kg yg diberi makan herba2 terpilih..
askm…..
jika saya dari sarawak ingin menternak ayam organik adakah saya perlu latihan disana…
saya amat berminat untuk menternak ayam telur bagaimana cara untuk saya memulakan perniagaan ini dan berapakah modal yang diperlukan.saya harap maklumat yang diberi dapat membantu saya mencapai cita-cita saya
Saya berminat nak meluaskan perniagaan saya ke ayam organik selain ikan keli organik. Boleh tak saya mendapatkan persetujuan Dr berkenaan hak pengedaran menerusi online? Secara dropship atau masteright sell. Kalau boleh, kita bincang lanjut, terima kasih.
Hj Rozman
Tuan Dr, Saya menternak itik telor (bukan ayam), apa pun saya nak tanya Dr apakah produk tuan yang boleh di makan kepada itik telor bagi mengantikan dedak makanan itik.
Saya dah tak tahan lagi dengan harga makanan itik yang sangat tinggi. Harap tuan dapat bantu saya, sekarang ini kos makanan yg tinggi dapat penant sahaja Dr.
salam tn hj
boleh hubungi terus dr zainol sendiri bertanyakan masalah tersebut..
Di sini saya mengalu-alukan kepada penternak2 ayam atau ternakan organik dapatlah berkongsi resepi makanan organik utk membantu antara satu sama lain….mudahan beroleh berkat InsyaAllah
Assalammualaikum kepada semua sahabat2..
ada sesiapa yang nk jual anak ayam kampung ori boleh call saya cast : 014-3676066..
Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan projek ternakan ayam kampung TULIN berskala kecil atau sederhana bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.Kami sedia membekalkan anak ayam kampung TULIN dan memberikan khidmat nasihat berkaitan projek berkaitan.
Sila hubungi Muhamad Nazri di talian 013-7236085 atau e-mail : twister.farm@yahoo.com.my
Salam
Dr Sobrie dan CASTeLLO _35.
Pihak kami ada membekalkan anak ayam kampung TULIN atau ORI yang berumur 14 hari.Untuk pasaran ayam kampung tulin tak ada masalah kerana permintaan sangat tinggi, harga ladang sekitar RM10.00 / kg -RM 12.00 / kg ikut lokasi, penjagaan mudah dan beratnya sekitar 1.3 – 1.5 kg sahaja (ayam muda atau dara yang berumur sekitar 4 bulan).
Untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam penternakan ayam kampung saya cadangkan buatlah projek ayam kampung TULIN yang tidak ada masalah pasaran.Pihak kami sedia memberikan khidmat nasihat.
Hubungi Muhamad Nazri bin Hussin ( 013-7236085 ) atau Hairul Anuar bin Banan ( 0197746415 ), e-mail : twister.farm@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.
Assalamualaikum
Accrete Services adalah pemborong tunggal di Masjid Tanah. Kami memerlukan agen disekitar kawasan ini untuk meluaskan lagi penggunaan produk ini dikalangan masyarakat Islam dan bukan Islam disini.
Salam semua.Sesiapa yang nak perlukan bekalan ubat-ubatan ayam kampung seperti vitamin, colestin dan cacing bolehlah menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut ditalian 013-7236085 ( Muhamad Nazri ) atau 019-7746415 ( Hairul Anuar ) atau e-mail : twister.farm@yahoo.com.my
saya ingin memulakan menternsk ayam kampung berskala kecil,dlm 200 ekor utk permulaan.di mn saya boleh m’dptkn anak ayam yg berusia 2mgg.
ooopppsss…dan jg saye ingin tahu no.hp dr zainol utk bertanyakan pendapat beliau…
Salam Hana.
Boleh hubungi saya Muhamad Nazri (013-7236085) atau e-mail : twister.farm@yahoo.com.my untuk mendapatkan bekalan anak ayam kampung TULIN yang berumur 14 hari sebanyak 200 ekor tu.Kami boleh memberikan khidmat nasihat yang berkaitan.
Sekian wassalam.
askm saya nasir dari jeram kuala selangor saya menternak ayam kampumg kecil2lan.tapi ayam kampung sayo ori/saya menternak secara berlepas dikebun.sesiapa yang berminat cal saya 0173624954.
saya wakil dari pelajar upm ingin membuat lawatan ke tempat penternakan anda, adakah kami perlu membuat temujanji dahulu?
assalamualaikum….
dr zainol…
saya salah seorang student uum yg wat research tentang telur organik. memandangkan Dr adalah satu-satunya pengeluar yang mempunyai blog sendiri, maka saya ingin memohon kerjasama dari pihak Dr. untuk memberi maklumat yang terperinci berkenaan produk ini. saya telah nyatakan alamat email saya dan diharapkan Dr akan membantu saya dan menghantar segala maklumat penting ke alamat email saya. kami perlu membangunkan sebuah rancangan perniagaan (rp) sebagai assignment wajib dan perlukan seorang mentor bagi menjayakan rp ini. diharapkan Dr dapat memberi kerjasama yang dinginkan dari pihak saya….wassalam
kami menjalankan ternakan ayam kampung organik dan bkn organik..
masalah dalam pemasaran..
muar johor
HI,
SETELAH SAYA MEMBACA SEGALA LUAHAN DARIPADA PENGUSAHA-PENGUSAHA TERNAKAN AYAM, SAYA INGIN MEMINTA BANTUAN DARIPADA SAUDARA SAUDARI AGAR TOLONG MENCARUKAN SATU REBAN AYAM UNTUK SAYA USAHAKAN.HAL INI KERANA SAYA MEMANG MENCARI REBAN AYAM UNTUK SAYA USAHAKAN. MALANGNYA SAYA MASIH TIDAK MENDAPAT RESPON.
SEGALA BUDU BAUK PIHAK SAUDARI SAUDARA SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH
hi,
setelah saya baca ke semuanya ini ,saya cadangkan nak minta bantuan daripada pihak anda, sebernarnya saya sudah ada tempat dan ayam , tapi saya kekurangan reban untuk membela ayam .dan di sini saya ingin minta tolong daripada pihak anda,
saya di sini ingn mengucapkan ribuan terima kasih
jikalau anda ingin menolong saya…
apa bezanya ayam kampung dan ayam organik. bingung aku…
saya bminat dengan penternakan ayam organik ni..bagaimana cara untk saya mendapatkan bekalan anak ayam di kawasan kuantan pahang????
sapa pembekal dedak?? bleh syor kn ?
salam,,,saya memang berminat ternakan ayam kg mana nak dapat bekalan ayam kg untuk menternak di kawasan johor atau johor bahru atau kluang
ATAS TANAH WAKAF?????
Assalammualaikum,
Saya ibrahim Shariff dari kawasan Port Dickson,Negeri Sembilan berminat untuk memulakan projek ternakan ayam organik.Saya berharap ada sesiapa yang sudi memberikan pendapat tentang kertas kerja dan ilmu penternakan ayam organik ini.Saya rasa ini adalah satu fardhu kifayah dan dapat memberikan kebaikan pd umat Islam amnya.Boleh hubungi saya 016-6436086 dan cita-cita saya agar dapat mewujudkan satu kelompok usahawan bersepadu dari segenap pelosok negeri supaya bekalan ayam organik ini berterusan dan dapat memenuhi permintaan pasaran.Terima kasih.
saya penternak ayam kampung organik juga di semenyih.tapi saya ada masalah dari segi pemasaran.saya ingin meminta bantuan dari dr zainol.
minta tolong hubungi saya 019-2995497.
pe kata bukak satu forum pasal ternakan organik ni..ke dah ade
Ada tak cawangan penternakan ayam di melaka?tak kisah la organik kampung or ayam biasa. I really need to know. Pls inform me as soon as possible to those who know anywhere in melaka that has penternakan ayam.
Saya perlukan seberapa bnyk pengusaha coz rmai graduan UiTM yg berminat utk menternak ayam. Pls help me
Call 06-5582424 ofis hour only attn:cik sabrina/faathima
sy seorang student.tp berminat dgn ternakan ayam ini.adakah sy layak untuk mengusahakannye???dan adakah terdpat dari mane2 bantuan pinjaman??
sy sedang mengusahakan ternakan ayam kampung ORI secara kecil kecilan
masalah sy ialah…………
1. ayam bnyk yang mcm selsema @ batuk.
2. ada ayam yang tetiba mati.
tolong bagi info cara penyelesaian terbaik
pening dah nih
dah besar tetiba mati mcm tu je
salam… sy amat berminat utk ternak ayam organik. tapi sy nak tanya perbezaan ayam organik dengan ayam kampung kacuk (kampung + israel)…
kalau saya hendak beli terus kat ladang sg. lui boleh ke ?
bukan banyak hanya untuk buat kenduri ……….
sy sedang mencari pembekal air EM1 area kelantan. plse…
salam… sy & rkn dr student dip pengurusan ladang uitm perlis nk tny kt ldg ni ad buat lthn praktikal x?kalo ad bole bg alamat ldg ngn no phone.tq
saya berminat nak bukak ladang ternak ayam organik di muar, johor. perternak ayam organik perlukan lesen? perternak ayam perlukan kursus untuk menternak ayam? bagaimana cara menternak ayam organik? apa makanan untuk ayam organik? saya rancang dalam tahun 2010 saya nak mulakan? saya harap dr.zainol dapat membantu saya? di mana saya boleh dapatkan pinjaman untuk memulakan?
Salam sejahtera para penternak dan usahawan semua. Saya merupakan penternak Ayam kg Kacuk dan ori di Bagan Datok,Perak. Boleh mengeluarkan antara 200 ke 500 ekor seminggu dan berperingat,Ayam dipelihara secara lepas bebas di kebun. saya perlukan pasaran yg lebih luas. kepada para peniaga pasar, para pembekal sila hubungi saya untuk dapatkan bekalan ayam kg organik ini. Boleh datang ke lokasi di Bagan Datok, perak untuk melihat sendiri.Harga sangat berpatutan.Berat Purata antara 1.5kg hingg 1.8kg
No tel H/P: 017-3645374(NIZAM),012-3779724(Paktam Sahak)
(R): 05-6487248
Alamat : Lot 109 kg sungai Payong,sungai Tiang Baruh
36200, Selekoh Perak.
salam sejahtera..
cam ner nak memulakan sesuatu pertenakan??
adakah sy yg berumur 19 tahun & masih menuntut di sebuah
IPTA boleh membuat pinjaman bank untuk membuka pertenakan??
buat pengetahuan dr. saya sudah mempunyai tanah sendiri
untuk membuka pertenakan tetapi juz nak dapatkan modal membeli binatang ternakan sahaja..atau dr ley k0l sy
019-9169766 untuk memberikan pendapat ini kerana saya tiada masa untuk online..sekian..
saya dari melaka,saya mempunyai ayam kampung oganik berat purata 1.5kg-1.8kg. sedia untuk dijual.. harge boleh runding untuk pemborong..hubungi….
(azmi)..019 9000595
Salam. Saya ada menternak ayam kampung dalam jumlah 1000 ekor. Cara penternakan. Ayam akan dilepaskan padaa siang hari dan malam akan dimasukkan ke dalam kandang. Masalah saya adalah ayam yang sudah besar dalam 1.5kg hingga 2 kg tiba tiba mati tampa menujukan tanda-tanda sakit.Jumlah mati tidak kurang 10 ekor dalam sehari.Apakah masalah ini berpunca dari makanan atau penyakit.Harap dapat tunjuk ajar dari Tuan.