HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.
Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.
Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000.
“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.
“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.
Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.
RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.
petikan daripada: hmetro keluaran 2 Jun 2008 laman ekonomi
Rujukan:
Waktu operasi RFC :
Isnin – Ahad : 10.30 pagi – 11.00 malam
Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari – 2.30 petang
Menu :
- Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
- 5 jenis Value Meal
- Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry
“LAZAT LAGI BERKHASIAT!”
RADIX FRIED CHICKEN
Lot.95-97 Jalan Legenda Height
08000 S.Petani, Kedah
No.Telefon RFC: 04-4254717
Sumber: Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
Salam, tahniah di atas kejayaan HPA industries yang berjaya meletakkan HPA ti satu tahap yang setanding dengan QSr yang lain-lain di Malaysia.
Assalamualaikum.
Bagaimana cara untuk menjadi francais RFC di Alor Star atau Jitra. Berapa kos yang diperlukan. Harap dapat penerangan lengkap dan pihak yang boleh berurusan.
Terima kasih.
Tahniah atas inisiatif anda menjadi alternatif kepada restoren makanan segera sedia ada sekarang ini. Anak2 saya tak sabar nak tunggu kedatangan RFC di KL…Agak2 bila tu???
Salam…saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puas hati teramat sangat dengan perkhidmatan pengurusan
restoren radix jalan arau kodiang….Pada jam lebih kurang 1.1o th 26 sept 2009 saya singgah untuk merasakan kelazatan nasi ayam radix di restoren jalan arau kodiang.Apa yang paling-paling mengecewakan saya ialah tentang pengurusan kaunter yang terlalu lemah dan memualkan.Apa tidaknya…..bilangan k/tangan yang tidak mencukupi akan membuatkan pelanggan akan berasa meluat untuk singgah untuk kesekia kalinya…Apa yang saya perhatikan pekerja yang menerima order adalah orang yang akan menyediaka minuman dan dalam masa yang sama ia juga adalah cashier…ini sudah tentu melambatkan proses pelanggan untuk menikmati apa saja pesanan yang ditempah ….selain dari itu ia secara tidak langsung pengurusan HPA memaksa pelanggan berdiri lama untuk membuat tempahan…Amin…019 4293181
Salam…mintak tolong la sapa2 yg boleh buka franchsie radix kat shah alam ni….majoriti Islam…pasti popular mengalahkan KFC and McD…..kami menunggu!!!!!!
Assalamualaikum,
Akak juga ingin tahu bagaimana untuk membuka francais dan berapa kosnya.
KL
Tuan,
Saya juga berminat untuk membuka francais di Trengganu.Bagaimana saya nak berurusan…
Saya amat berminat untuk membuka francise of RFC.Bagaimankah cara dan syarat syaratnya. Buat Pengetahuan pihak tuan saya tinggal di Cheras batu 9
bagaimana cara menjadi francais dan kos menjadi francais?
asalamualaikum…saya ingin tahu,bilakah krusus2 terbaharu yang akan diadakan..saya dimelaka.saya amat berminat dengan perniagaan rfc ini.kalau ada apa2 maklumat krusus tolong hubungi saya 019-6268311 zulkifli