RSS

Hasilan Enzim Bahan Buangan Dapur Alternatif Baja Tanaman

04 Aug

Kebaikan enzim sampah – Kuasa untuk menyelamatkan dunia ada di dalam sampah di dapur anda

 

BAHAN buangan ini mudah ditemui di dapur.
“Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon.

Merawat dunia? Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan maksudnya. Formulanya mudah: penapaian sampah dari dapur anda dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan untuk memulihkan cuaca bumi.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dari hari pertama anda memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon.

Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.

Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.

Biarpun masih belum dapat membuktikannya melalui ujian makmal, banyak keajaiban telah disaksikan hasil usaha Joean, ibu kepada tiga orang anak.

Ilmu yang dipelajari daripada seorang pensyarah dan doktor dalam perubatan alternatif di Thailand, Dr. Rosukon Poompanvong, ini mula mendapat perhatian dan kini memperoleh permintaan sehingga ke beberapa negara di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

“Pokok naga di sebuah ladang di Seremban yang disembur enzim sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengeluarkan sehingga 40 biji buah dari sebatang pokok, sedangkan pokok naga pekebun lain hanya dapat mengeluarkan maksimum 10 biji. Perbezaannya ialah empat kali ganda.

“Seorang wanita yang mempunyai 60 pasu pokok bunga orkid pernah merungut pokok yang ditanam sukar untuk berbunga, tetapi selepas menyembur enzim yang dihasilkan sendiri, bunga berkembang sehingga 60 peratus lebih banyak tanpa bantuan baja herbisid,” kongsi Joean tentang kebaikan enzim kepada bidang agro.

Tidak melibatkan kos yang besar, enzim yang dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan.

Produk Enzim

“Enzim yang terhasil akan melakukan magik untuk anda. Pengusaha restoran yang sebelum ini mempunyai masalah lalat yang banyak di kawasannya sekarang dapat berniaga dengan tenang selepas beliau mengelap meja menggunakan enzim yang dihasilkan sendiri,” kongsinya.

Tidak menolak sangkaan ramai bahawa penapaian akan menghasilkan bau yang teruk, wartawan Kosmo Ahad diberi peluang menghidu enzim yang dihasilkan dan nyata ia tidak seteruk yang disangkakan. Tambahan pula penapaian dilakukan dalam bekas kedap udara.

“Setiap kali kita melintas tong atau longgokan sampah, kita akan terhidu bau masam yang busuk. Itulah gas metana. Apabila ia dibebaskan ke udara, ia membentuk gas karbon dioksida yang memerangkap sehingga 21 peratus haba berbanding keupayaan gas karbon dioksida.

“Jadi, bayangkan apa yang sedang kita lakukan semasa kita membuang sampah,” usul anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang ini.

Sumber:

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my

 
23 Comments

Posted by on August 4, 2008 in Iklan Semasa

 

23 responses to “Hasilan Enzim Bahan Buangan Dapur Alternatif Baja Tanaman

  1. dora

    January 24, 2009 at 3:23 pm

    saya dah mula membuat enzim sampah. tolong beri info tentang cara menggunakan enzim tersebut selepas 3 bulan. terima kasih

     
  2. Lai

    February 26, 2009 at 12:58 pm

    saya masukkan juga enzim sampah dlm body shampoo, badan tidak mudah gatal dan lebih lembab. selepas campur enzim sampah dlm detergen lantai rumah tak ada lipas lagi. tanah kebun menjadi lebih subur, buah tomato yang ditanam dengan menyiram air enzim sampah lebih masam dan penuh dengan wangian asli, tidak seperti sesetengah tomato yg tidak ada rasa masam dan rasa lembut lembik.

     
  3. Dora

    April 4, 2009 at 3:57 pm

    Saya dah mula menggunakan enzim sampah untuk menyiram tanam-tanaman. Malangnya tanaman yang masih muda dan lembut mati. Perlukah enzim tersebut dicampur air? Tidakkah kandungan asid dalam enzim tersebut merosakkan tanaman?

     
  4. jejaka

    April 6, 2009 at 8:24 am

    Saya juga menerima nasib yng sama dengan DORA, tanaman saya terutama pokok cili mati apabila disiram dengan enzim sampah nie..?betul ke fakta yang mengatakan ia frendly kepada alam semula jadi……terfikir pulak

     
  5. Phang

    April 7, 2009 at 12:33 pm

    Hello Dora, jikalau anda ingin mengguna enzim sebagai baja tumbuhan, ia mestilah tambah air. Saya mengguna 5L air 4cap penutup botol air mineral.Jika terlampau banyak enzim ia akan jadi racun membunh tumbuhan. Cubalah 3L air kosong 2cap penutup botol air mineral Enzim ,untuk mengelap lantai.(kurang semut)

     
  6. ruby

    April 22, 2009 at 7:38 am

    bulihkah larutan baja ini, (5L 4cup) mampu menggantikan baja a dan b untuk tanaman fertigasi? Dan bolihkah larutan ini untuk ganti baja air hidroponik….mohon bantun penjelasan!
    TQVM
    03 77270100

     
  7. Phang

    April 24, 2009 at 4:42 am

    Hello Ruby… i dah call u twice, tidak ada orang pickuplah.Pendapat saya enzim tidak ada ganti baja tetapi ia boleh membantu tumbuhan cepat menyerap baja dan lebih cepat subur. Tubuhan apa anda tanam. I suka orkid.

     
  8. daniel low

    May 1, 2009 at 8:28 am

    actually formula and method for the self process household waste enzim must made public, where more public awareness would help in saving the mother earth.As for me, I have to go from one website to another to find. Why don’t the MOA or the EIA help to publish ? I think more people would like to try at home if they the right formula .
    Anyway, job well done, somebody is trying to save our mother earth.

     
  9. laila

    June 8, 2009 at 2:24 pm

    ok.i berminat nak hasilkan produk ni untuk safe kos.mohon puan dapat menunjukkan formula bagaimana menghasilkan.

     
  10. shahrulpeshawar

    August 16, 2009 at 7:25 am

    Kalau kita tukar-tukarkan bahan-bahan lebihan dapur tersebut kita boleh hasilkan berbagai em yang lain yang boleh menghalau serangga, memaniskan buah dan mempercepatkan tumbesaran pucuk dan daun.

     
  11. Dora

    August 21, 2009 at 3:07 pm

    hai Sharul, apa maksud kamu tukar-tukar bahan lebihan dapur? Ada penemuan baru ke? Tak jelaslah…minat nak tau ni…harap dapat info lagi tentang idea tu. TQVM

     
    • shahrulpeshawar

      November 25, 2010 at 10:19 am

      bila anda pelbagaikan bahan tersebut, anda boleh mendapatkan hasil yang pelbagai.. emel saya untuk maklumat lebih terperinci – shahrulpeshawar@yahoo.com

       
  12. atiqahzakaria

    November 1, 2009 at 4:33 am

    Aslmkm..sy student poly n skrg ngah run final projek..sy nk tnya, enzim ni bleh xkalo kte nk treatment ngan air kumbahan loji???..

     
    • andan

      November 14, 2009 at 1:26 am

      hello selamat pagi saya nak tnya apakah baja yg sesuai pkk gaharu? dan saya nak belajar cara wat baja EM dan ENZIM boleh ke bgi cara2 buat wat,dan bahan2nya TQ.

       
  13. andan

    November 14, 2009 at 1:14 am

    hello semamat pgi, sa nak tanya ne apa baja yg sesuai tuk pkk gaharu yg tak de kimia.saya ngin belajar baja EM dan ENZIM boleh tak ajar saya baja ne TQ.

     
  14. Rina

    December 14, 2009 at 4:25 am

    Hello, saya sudah mencuba buat enzim sampah ni. Sekarang…Slps 1 bln, saya dapati ada byk ulat di permukaan air, besar pulak tu. Saya sudah cuba masukkan sedikit gula perang dan kacau. Tetapi ulat2 itu masih ada. Adakah ini menunjukkan enzim sampah sy tak menjadi? Apa yg perlu saya buat? Thanks.

     
    • asastaniorganik

      December 16, 2009 at 10:32 am

      saya pernah buat enzim sampah yg seumpama nie…ader ulat kat permukaannya…saya buang sahaja…mungkin sebab bekas enzim sampah tak ditutup rapat memungkinkan kemasukan serangga lain yang membiakkan ulat…cadangan sahaja

       
  15. ain

    March 15, 2010 at 5:24 pm

    hai…saya seorang pelajar yang sedang membuat kajian tentang enzim sampah..
    my project..method demonstration..tentang enzim sampah ni..sy perlukan lebih byk maklumat…bagaimana tindak bals campuran antara sisa buangan,air dan gula merah….especially for gula merah tu…ape yg saya faham..gula merah sebagai pemangkin dlm proses ni…sy perlukan penerangan lanjut tentang kandunagn di dalam gula merah tersebut dan bagaimana ia bertindak balas dengan bahan yg lain dlm proses ini…kalau boleh sy perlukan maklumat secepat mungkin..bolehx emelkan ke mail sy kt ats..project sy 25hb mac ini…tq..

     
  16. racy

    April 6, 2010 at 8:54 am

    hi phang…
    saya nak tahu macam mana nak gunakan enzyme ini untuk tanam cili saya secara hidroponik? adakah saya perlu menggantikan air pada hydroponik system saya dengan larutan enzyme itu atau saya hanya perlu ‘spray’ on the plants?
    tolong emelkan pada saya di emel missprincessbee@hotmail.com atau hanya reply disini.

     
  17. racy

    April 6, 2010 at 9:13 am

    dan andai kata larutan enzyme itu perlu di’spray’ kan ke atas pokok cili saya. adakah saya perlu spray larutan enzyme itu setiap hari atau ada jangka masa yg sesuai (days interval) atau jadual untuk saya apply kan larutan enzyme ini??

     
  18. Hana

    April 22, 2010 at 5:39 am

    Saya da cuab buat enzim ni….memang berkesan. Apa yang penting ialah tambah dengan air.tuan/puan juga bole lihat dlm website : http://www.o3enzyme.com/enzymeproduction.htm/http://www.instructables.com/id/Garbage-Enzyme

     
  19. liyana

    October 5, 2010 at 3:35 pm

    boleh x beritahu method dengan jelas dan detail tentang cara untuk mnghasilkan nya.

     
  20. ira

    April 3, 2011 at 2:58 pm

    hi..say nak tau cam ne nak cepatkan proses pembuatannya… dari 3 bln blh jd 1 minggu mungkin..ada apa nak tambah dalammnya..please…this for my student project…n link di atas tu tak boleh masuk..blh contack email saya secepat mungkin…saya amat menghargai…

     

Leave a reply to Rina Cancel reply