Archive for the 'Iklan Semasa' Category

Hasilan Enzim Bahan Buangan Dapur Alternatif Baja Tanaman

Kebaikan enzim sampah – Kuasa untuk menyelamatkan dunia ada di dalam sampah di dapur anda

 

BAHAN buangan ini mudah ditemui di dapur.
“Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon.

Merawat dunia? Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan maksudnya. Formulanya mudah: penapaian sampah dari dapur anda dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan untuk memulihkan cuaca bumi.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dari hari pertama anda memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon.

Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.

Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.

Biarpun masih belum dapat membuktikannya melalui ujian makmal, banyak keajaiban telah disaksikan hasil usaha Joean, ibu kepada tiga orang anak.

Ilmu yang dipelajari daripada seorang pensyarah dan doktor dalam perubatan alternatif di Thailand, Dr. Rosukon Poompanvong, ini mula mendapat perhatian dan kini memperoleh permintaan sehingga ke beberapa negara di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

“Pokok naga di sebuah ladang di Seremban yang disembur enzim sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengeluarkan sehingga 40 biji buah dari sebatang pokok, sedangkan pokok naga pekebun lain hanya dapat mengeluarkan maksimum 10 biji. Perbezaannya ialah empat kali ganda.

“Seorang wanita yang mempunyai 60 pasu pokok bunga orkid pernah merungut pokok yang ditanam sukar untuk berbunga, tetapi selepas menyembur enzim yang dihasilkan sendiri, bunga berkembang sehingga 60 peratus lebih banyak tanpa bantuan baja herbisid,” kongsi Joean tentang kebaikan enzim kepada bidang agro.

Tidak melibatkan kos yang besar, enzim yang dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan.

Produk Enzim

“Enzim yang terhasil akan melakukan magik untuk anda. Pengusaha restoran yang sebelum ini mempunyai masalah lalat yang banyak di kawasannya sekarang dapat berniaga dengan tenang selepas beliau mengelap meja menggunakan enzim yang dihasilkan sendiri,” kongsinya.

Tidak menolak sangkaan ramai bahawa penapaian akan menghasilkan bau yang teruk, wartawan Kosmo Ahad diberi peluang menghidu enzim yang dihasilkan dan nyata ia tidak seteruk yang disangkakan. Tambahan pula penapaian dilakukan dalam bekas kedap udara.

“Setiap kali kita melintas tong atau longgokan sampah, kita akan terhidu bau masam yang busuk. Itulah gas metana. Apabila ia dibebaskan ke udara, ia membentuk gas karbon dioksida yang memerangkap sehingga 21 peratus haba berbanding keupayaan gas karbon dioksida.

“Jadi, bayangkan apa yang sedang kita lakukan semasa kita membuang sampah,” usul anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang ini.

Sumber:

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my

Jualan pakaian muslimah Online

Restoran Ayam Organik HPA (Radix Fried Chicken-RFC)

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000.

“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

petikan daripada: hmetro keluaran 2 Jun 2008 laman ekonomi

Rujukan:

Waktu operasi RFC :

Isnin – Ahad : 10.30 pagi – 11.00 malam

Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari – 2.30 petang

Menu :

  • Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
  • 5 jenis Value Meal
  • Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry

“LAZAT LAGI BERKHASIAT!”

RADIX FRIED CHICKEN 

Lot.95-97 Jalan Legenda Height

08000 S.Petani, Kedah

No.Telefon RFC: 04-4254717

Sumber: Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

Senarai Pengedar Ayam organik

Untuk mendapatkan bekalan ayam organik:

Senarai pembekal ayam organik:

pusat jualan

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia.
Tel 603 92811802 / 92816924
Fax 603 92816925
atau layari website utk senarai pengedar terkini ayam organik Dr. Zainol
http://www.azzain.com/distributors.htm
e mail nattpro@streamyx. com
Harga tidak mengikut kilo, yang besar RM16,sederhana RM15 dan yang kecil RM14 seekor.
 
1) En Husairi kajang/bangi 0193324345
2) En Che Muda Bangi 0123245988
4) Tn Haji Azhar Gombak/batu caves 0122882265
6) En Jumhat atau Puan Maznah 019 2298950 atau 019 3173330
7) En nazaruddin 012 22785502

8)  Puan Zainun 019 2774927 Subang Jaya

9) Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu

10) Pasar Tani Putra jaya Hari Jumaat

11) Pasar Tani Kerinchi ( Kuala Lumpur) . Taman Angkasa Hari Ahad.

12)  Padang Jawa,Klang
Hp Num: 012-3338961 (tgazlina)
Khidmat penghantaran juga akan disediakan.

13) Pengedar ayam organik di Terengganu..kepada seluruh rakyat Terengganu yang berminat untuk mendapatkan atau menjadi pengedar ayam organik di kawasan anda di Terengganu, sila hubungi saya di talian 017-9557234. (ustaz hanafi)

14) Kami merupakan pembekal tunggal bagi kawasan utara ( Penang, Kedah dan Perlis). Kini ia boleh didapati di Sungai Petani, Kedah. PENGEDAR DIPERLUKAN BAGI SELURUH KAWASAN INI . Sama-sama kita berganding bahu supaya ayam yang 100% halal ini mudah didapati oleh pembeli.

PENGEDAR AYAM ORGANIK ENTERPRISE
EN. ABBAS – 017-6782909
Taman Peruda, Sg. Petani. Kedah.
abbasziae@gmail.com

15) Dptkn Ayam Organik di Kuala Langat & Sepang.
Hubungi : Hj. Din Phone:013-2322911
Home:03-31203153

16) Shah Alam

Hj. Jaludin: 013-3435534
Kurishah: 013-3653934

17) Kluang, johor

Nabiharfis Enterprise
15, Jalan Majupadu 8
Taman Majupadu
Kluang, Johor

Tel/Fax : 07-7732413
H/P: 013-7201972

18)  Pengedar ayam organik di kajang

HARGA YANG DITAWARKAN

Size S (1.3kg – 1.4kg) – RM14.00 seekor

Size M (1.4kg – 1.5kg) – RM15.00 seekor

Size L (1.6kg – 1.7kg) – RM16.00 seekor

Size XL (1.8kg – 2kg) – RM18.00 seekor

Pesanan minima 3 ekor. Caj penghantaran RM1.00 seekor.

DAPATKAN BEKALAN AYAM KAMPUNG ORGANIK DARI PENGEDAR KAMI :

1. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261

103-1A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, Kajang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
43000

2. En. Shukri – 012-239 4755

3. En. Azzari – 019-232 0304

Maklumat lanjut sila email kepada sales@soletrade.com.my

PENGEDAR AYAM ORGANIK DISELURUH NEGARA DIPERLUKAN

Nota: Minima 300 ekor ayam utk penghantaran kepada bakal pengedar ayam organik dari luar lembah Klang

Hubungi : Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261

Sila email kepada sales@soletrade.com.my

19) Lot 377A Jln Kelocor
15300 Kota Bharu
Kelantan

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar mobile atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian:

Harith 017-9690140
Ali 019-9650140/0123748431

20) Sesiapa yang berminat ingin menjadi pemborong kami sila call saya

sham-0199661222 (Jeli, Kelantan) .siap disembelih dan dipotong kepada empat bhgn.

21) Eddy (Kuala Lipis, Pahang) menjual ayam kampung organik. Berat seekor 1-2kg, keupayaan pengeluaran 2000-4000 ekor seminggu. Berminat jadi pengedar hubungi 012-3849263

22) Daging ayam organik HPA boleh diperolehi di kebanyakan cawangan!  Bebas bahan kimia, antibiotik. Dijamin Halal 100%. Harga mengikut berat dikategorikan sebagai A, B, C dan D

Kajang – Prima Saujana  (buka Isnin hingga jumaat 10am-10pm) Sabtu-Ahad hingga 6pm

23) Kami adalah Francais Az-Zain kawasan Kota Bharu.
Sesiapa yg berminat untuk menjadi pegedar mobile boleh datang ke kedai kami di:
Az-Zain
Lot 2165, Batu 3,
Jalan Kuala Krai,
15150 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 012-945 4453 (Nik Zuraifah)
012-311 2715 (Nik Zainah)

Lokasi berhampiran dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh.
Dapatkan Ayam Organik yang dijamin 100% produk Islam