RSS

Category Archives: Organic farming

Kenali jenis-jenis cacing untuk ternakan

Eisenia foetida

Pembiakan cacing ini cepat dalam tinja ternakan seperti lembu, biri-biri dan kambing. Berat tertinggi dicapai dalam tinja biri2 berbanding yang lain. Eisenia foetida banyak digunakan di Selatan India pada tinja lembu bagi tujuan penghasilan vermikompos.

Lumbricus rubellus ( cacing merah)
 
Lumbricidae

Dengan kepanjangan antara 25-105mm dengan 90-120 segmen pada badan. Warna badan perang kemerahan atau ungu kemerahan. Matang dalam masa 179 hari mempunyai jangka hayat kira-kira 682 hingga 719 hari. Menghasilkan antara 79 hingga 106 kokon bagi seekor cacing setahun. Secara semulajadi banyak terdapat pada tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tinja ternakan dan bahan buangan (Edwards and Lofty, 1972). Bagi tanah yg dihuni mestilah mudah ditembusi dan keadaan tanah yg membenarkan pengudaraan berjalan lancar. Selain digunakan untuk menghasilkan baja vermikompos, cacing ini juga dijadikan serbuk untuk makanan ternakan dan digunakan dalam perubatan cina.

Perionyx excavatus (India blue worm/Malaysian blue worm/travelling worm)
 
Cacing ini asalnya daripada kawasan pergunungan Himalaya. Saiz cacing yang kecil antara 1.15 inci hingga 2.75 inci tidak sesuai sbg umpan pancing tetapi banyak digunakan untuk hasilan baja kompos atau vermikompos kerana keupayaan menguraikan sisa organic kepada kompos dalam sistem vermikultur. Dalam persekitaran yang sesuai, cacing ini boleh membiak dengan menghasilkan kira-kira 20 ekor anak/minggu yang akan menjadi matang 3-5 minggu kemudian.

 
62 Comments

Posted by on July 10, 2008 in Organic farming

 

Resepi Makanan ternakan organik

Bokashi feed atau makanan organik ternakan ini ialah:

BAHAN-BAHAN:
3 sudu jintan putih (ditumbuk halus)
½ cawan kari daging

1 tong dram jagung
6 kg gula merah
3 kg garam
1 kg serbuk underground rock

CARA-CARA:
1. jagung tadi dipotong2

2. campur bahan2 lain di atas, TIDAK PERLU masukkan air
3. simpan dalam tong tersebut, peram 14 hari utk penapaian yg lengkap.
4. kalau keringkan, jadilah ia makanan kering

Selepas pemeraman matang (14hari), makanan ini sudah boleh diberikan pd ternakan samada diberikan sahaja/campur makanan lain@napier/ ambil jusnya dan masukkan dlm minuman.

Ini jugalah resepinya kalau nak buat baja Em sendiri. Sama juga. Ni blh buat ramuan asas rahsia baja organic sakti anda.

Larutan pekat IMO ni blh simpan sampai 2thn, jagung tu akan menjeruk dan jadi lebih rangup.

Selamat mencuba

Sumber : En Alias (pak lias)- baja organik Alfa G

Pengedar Underground rock = RM45/kg, garam batu yg hitam tu= RM18/50kg, tak termasuk harga pos. Pos laju = RM8.45/kg.

Hubungi  Cik Melor : 014 2592 114.
 
5 Comments

Posted by on June 17, 2008 in Organic farming

 

Kompos-baja organik

Tips on composting

http://www.youtube.com/watch?v=VoNClpV505k 

composting leaves

http://www.youtube.com/watch?v=xSYbVHOmHog 

Making your own compost

  • cara mudah membuat kompos di rumah anda
  • 3 bahan utama- bhn hijau+ tumbuhan kering spt daun n paper+ tanah utk mikroorganisma

http://www.youtube.com/watch?v=qHHovBRrmac

Worm composting

http://www.uk.youtube.com/watch?v=GcqTiy9xE6I

Compost short

  • tatacara merekabentuk compost bin dan membuat compost campuran cacing

http://www.composting.tv/video/104519-scantv-compost-short.html

video compost

http://www.youtube.com/watch?v=Z_YOW7VQaRI

worm feeding day

http://www.youtube.com/watch?v=yMVOHMcgTbI

The worm guy

Watch a worm birth from a cocoon. See compost produced from food scraps, horse manure, and lots of worms. See the machine that separates castings (worm poop)from compost. The Worm Guy, Mark Yelken, says that worms are “the intestines of the Earth”, fertilizing and activating microbial activity

http://www.youtube.com/watch?v=sl9gY_SqyxM

Worm power story

pengeluaran kompos organik cacing secara komersil

ujian keberkesanan kompos organik cacing terhadap tanaman dlm makmal

http://www.youtube.com/watch?v=aHc6vHqYEv4

Worm composting videos

http://www.redwormcomposting.com/

menghasilkan baja organik daripada tinja ternakan dan bahan organik via cacing

http://jutawanternak.blogspot.com/2007/07/hasil-hiliran-dari-industri-ternakan.html

sumber: http://jutawanternak.blogspot.com

 
3 Comments

Posted by on November 7, 2007 in Organic farming

 

Hasil aplikasi asas organik : racun ,baja organik dan agen kawalan biologi

1) baja foliar dan racun serangga organik asas neem

pemerhatian …….white fly yg selalu berada di pokok  byk yg mati bergelimpangan atas daun dan silver shine..

buat kesimpulan bahan organik tu ada xtract daun neem..di mana jika  serangga hisap dan makan daun atau bahagian tumbuhan lain juga klorofil daun yg dah kn neem..

sumber: nijangs-bicarajutawan

2) racun serangga neem oil

hasil semburan buah cili berminyak dan tiada kehadiran serangga perosak

sumber: jussy- bicarajutawan

3) Kawalan serangga biologi

sasaran kutu afid, hamama, trip

penggunaan serangga pemangsa yg efektif terhadap kutu afid , trip adalah kumbang ladybird

 
1 Comment

Posted by on October 2, 2007 in Organic farming

 

Harga pasaran hadapan sayuran organik

sayur organik.

cili organik merah Rm5/200gm = RM 25/kg 

cili hijau organik RM3/200gm = RM 15/kg

timun 2 biji Rm3 lebih ikut berat.

petola 1 kg RM7.99- Giant kajang (21/10/2007)

timun RM 8/kilo

kailan RM3.50/200gm

 
4 Comments

Posted by on October 2, 2007 in Organic farming

 

Penggunaan bahan tumbuhan- kawalan perosak tanaman

Bahan tumbuhan:

1) Pokok neem (daun, biji/buah)

2) Cili (buah, biji)

3) Serai (daun, akar)

4) Aloe vera (daun, rizom)

5) Garlic (seluruh bhgn pokok, bebawang, bunga, daun)

6) Mint (daun)

7) Bawang besar (bebawang)

8)  Marigold (bunga, daun, akar)

9) Betik (buah mentah, biji, daun)

10) Tomato (daun, batang)

11) Hempedu bumi (keseluruhan pokok)

12) Halia(rizom)

Bahan bakar tumbuhan (ash plant)

hasil yg terbentuk apabila bahan seperti daun, kayu, kulit kekacang, padi, tandan/pelepah kelapa dibakar lengkap.

1) ash+ serbuk cili

2) ash pokok jagung

3) ash hampas padi

4) plant ash

5) abu batang pokok

 
6 Comments

Posted by on September 23, 2007 in Organic farming

 

Khasiat Herba Dlm Makanan Ayam Organik (herba)

1) Jintan hitam /habatussauda
• sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.
• mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.
• meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.
• ekstrak dari bijinya adalah toksik kepada sel kanser
• meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.
• dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel imuniti tubuh untuk meningkatkan penghasilan interveron
• melindungi sel-sel normal terhadap kesan virus yg boleh merosakkan sel
• menghancurkan se-sel tumor

2) Pandan
• membantu menghilangkan masalah angin

• merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia

3) Kunyit
• antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.
• berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,
• mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,
• membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah,
• membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.
• dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

4) Limau purut
• mengandungi antioksidan yg tinggi, kaya dengan flavonoid, polifenol

• mempunyai sifat-sifat anti bakteria.
• pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuklah vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium
• dipercayai berkesan utk mencegah penyakit jantung dan kanser kerana kandungan flavoniod dan polifenol yg tinggi

5) Halia
• membantu menghadamkan makanan
• membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
• boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
• bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman

Nota: Selain daripada ekstrak herba diatas biasanya ayam kampung  juga diberi makanan Campuran atau Sisa Makanan seperti: 

  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  •  Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  •  Ikan baja dan lain-lain ……..sumber bahan organik
 
3 Comments

Posted by on September 20, 2007 in Organic farming

 

Pestisid organik- neem + cili

1) cili + xtrak daun neem- Stoll, 2000: pp 109

bahan2:

10-20 biji cili api

2-2.5 kg daun neem

21 liter air

2 sudu besar serbuk sabun

lesung utk menumbuk

besen/baldi

cara2:

tumbuk cili api + daun neem hingga lumat

lps tu campur 1 liter air

rendam semlman

tapis

cara guna:

campur 20 liter air + sabun dan xtrak camp cili dan daun neem

lakukan semburan pada awal pagi dan lewat tgh hari

sasaran perosak:

armyworm

mosaic virus

whitefly

2) Cili + xtrak biji neem-Stoll,2000, p 109

bahan2:

12 biji cili api dipotong kecil

200gm biji neem tanpa kulit

4 liter air

pengisar

cara2:

lumatkan biji neem dan rendam semalaman

kemudian campurkan potongan cili dan tapis

cara guna:

xtrak sedia utk semburan

sasaran perosak:

afid

diamondback

serangga penghisap dan pemakan tumbuhan

moth

whitefly

 
2 Comments

Posted by on September 16, 2007 in Organic farming

 

Penyediaan ekstrak neem

1) DAUN -sridhar, Vijayalakshmi, 2002, pp 24-25

Bahan2
1-2kg daun neem
sabun pencuci pinggan
lesung dan batu
bekas plastik
getah pengikat
kain kasa
penapis

cara2
tumbuk daun sehingga lumat
tambah 2-4 liter air dan disimpan dlm bekas
ditutup dengan kain dan diikat dengan getah
biarkan 3 hari
lps tu tapis utk dptkan ekstrak

penggunaan:
1 liter xtrak + 9 liter air + 100ml air sabun
siap utk semburan

2) BIJI -sridhar, Vijayalakshmi, 2002, pp 24

bahan2
3-5kg biji yg dibuang kulit
100ml sabun
air
lesung ngan batu
bekas tanah liat
kain kasa
getah ikat

cara2
tumbuk lumat biji
campur dengan 10 liter air
simpan di dalam bekas tanah liat ditutup ngan kain dan diikat dengan getah selama 3 hari
tapis utk dptkan extract

guna:
1 liter xtract+ 9 liter air+ 100ml sabun

3) MINYAK NEEM -singh,singh, 2000, pp 5-7

bahan2

5 kg serbuk drpd biji neem

1/2 liter air panas

besen

sabun

cara2

masukkan serbuk biji neem ke dalam besen

letakkan air panas sedikit demi sedikit hingga sebati

lps tu campuran tadi diperah hingga keluar minyak

anggaran 650-750ml minyak neem akan diperolehi

Guna:

campur neem oil dengan sabun bergantung kepada aplikasi semburan

Contoh campuran 10 liter

cara nak buat campuran untuk 10 liter :
-1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil

dan ditambah air utk vol. 10 liter

 
2 Comments

Posted by on September 16, 2007 in Organic farming

 

LAS/LAB (tanpa udara)

Cara2

1) Rebus 200gm kacang soya hingga lembut

2) lps tu diblend dan + satu sudu gula

Nota: dlm masa tersebut bakteria dari udara sudah berada di dalam kacang soya

3) letakkan di dalam bekas dan jgn beri ruang udara..kemudian disealkan

Nota: dlm keadaan tanpa udara bakteria anerobik LAB akan tumbuh dengan baik

4) biarkan sejuk dah masukkan ke dalam peti sejuk biarkan 1 minggu..lps tu akan kelihatan 2 lapisan terbentuk…iaitu bahagian pejal atas dan bawah cecair LAB

 5) Tapis dengan kain kasa utk dapatkan LAB

Nota: utk multiply campukan 200ml ekstrak dlm 1 liter susu segar.

Dlm bekas plastic dan seal simpan dlm suhu bilik utk 4 hingga 5 hari
6) slps tu tapis lagi utk dapatkan LAB yg tulen

 
1 Comment

Posted by on September 13, 2007 in Organic farming

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.