RSS

Category Archives: Organic farming

Pestisid organik- neem + cili

1) cili + xtrak daun neem- Stoll, 2000: pp 109

bahan2:

10-20 biji cili api

2-2.5 kg daun neem

21 liter air

2 sudu besar serbuk sabun

lesung utk menumbuk

besen/baldi

cara2:

tumbuk cili api + daun neem hingga lumat

lps tu campur 1 liter air

rendam semlman

tapis

cara guna:

campur 20 liter air + sabun dan xtrak camp cili dan daun neem

lakukan semburan pada awal pagi dan lewat tgh hari

sasaran perosak:

armyworm

mosaic virus

whitefly

2) Cili + xtrak biji neem-Stoll,2000, p 109

bahan2:

12 biji cili api dipotong kecil

200gm biji neem tanpa kulit

4 liter air

pengisar

cara2:

lumatkan biji neem dan rendam semalaman

kemudian campurkan potongan cili dan tapis

cara guna:

xtrak sedia utk semburan

sasaran perosak:

afid

diamondback

serangga penghisap dan pemakan tumbuhan

moth

whitefly

 
2 Comments

Posted by on September 16, 2007 in Organic farming

 

Penyediaan ekstrak neem

1) DAUN -sridhar, Vijayalakshmi, 2002, pp 24-25

Bahan2
1-2kg daun neem
sabun pencuci pinggan
lesung dan batu
bekas plastik
getah pengikat
kain kasa
penapis

cara2
tumbuk daun sehingga lumat
tambah 2-4 liter air dan disimpan dlm bekas
ditutup dengan kain dan diikat dengan getah
biarkan 3 hari
lps tu tapis utk dptkan ekstrak

penggunaan:
1 liter xtrak + 9 liter air + 100ml air sabun
siap utk semburan

2) BIJI -sridhar, Vijayalakshmi, 2002, pp 24

bahan2
3-5kg biji yg dibuang kulit
100ml sabun
air
lesung ngan batu
bekas tanah liat
kain kasa
getah ikat

cara2
tumbuk lumat biji
campur dengan 10 liter air
simpan di dalam bekas tanah liat ditutup ngan kain dan diikat dengan getah selama 3 hari
tapis utk dptkan extract

guna:
1 liter xtract+ 9 liter air+ 100ml sabun

3) MINYAK NEEM -singh,singh, 2000, pp 5-7

bahan2

5 kg serbuk drpd biji neem

1/2 liter air panas

besen

sabun

cara2

masukkan serbuk biji neem ke dalam besen

letakkan air panas sedikit demi sedikit hingga sebati

lps tu campuran tadi diperah hingga keluar minyak

anggaran 650-750ml minyak neem akan diperolehi

Guna:

campur neem oil dengan sabun bergantung kepada aplikasi semburan

Contoh campuran 10 liter

cara nak buat campuran untuk 10 liter :
-1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil

dan ditambah air utk vol. 10 liter

 
2 Comments

Posted by on September 16, 2007 in Organic farming

 

LAS/LAB (tanpa udara)

Cara2

1) Rebus 200gm kacang soya hingga lembut

2) lps tu diblend dan + satu sudu gula

Nota: dlm masa tersebut bakteria dari udara sudah berada di dalam kacang soya

3) letakkan di dalam bekas dan jgn beri ruang udara..kemudian disealkan

Nota: dlm keadaan tanpa udara bakteria anerobik LAB akan tumbuh dengan baik

4) biarkan sejuk dah masukkan ke dalam peti sejuk biarkan 1 minggu..lps tu akan kelihatan 2 lapisan terbentuk…iaitu bahagian pejal atas dan bawah cecair LAB

 5) Tapis dengan kain kasa utk dapatkan LAB

Nota: utk multiply campukan 200ml ekstrak dlm 1 liter susu segar.

Dlm bekas plastic dan seal simpan dlm suhu bilik utk 4 hingga 5 hari
6) slps tu tapis lagi utk dapatkan LAB yg tulen

 
1 Comment

Posted by on September 13, 2007 in Organic farming

 

Sediaan lacto bacillus (BIMO)

Lactic Acid Bacteria Serum (LAS)

Keadaan Aerobik  (udara)

Bahan2: 

Susu segar

Air basuhan beras

Gula merah

Bekas kaca/plastik

Cara2-

  • guna air basuhan beras isi kat dlm contena plastik dan tutup dengan plastik hitam
  • pas tu ikat guna gelang getah.bahagian atas tu, tebuk lubang kecil asalkan ade “ruang udara” 50%-75%…
  • letak di tempat teduh kurang cahaya.biar 7 hari,
    (after 7 hari)

nota:banyak lah hidupan2 micro termasuk lacto bacillus dlm tu. pemukaan air tu, ia akan kelihatan mcm berkulat sedikit.la…mcm roti  tmt tempoh yg dah berkulat tu…

faktor kejayaan expt adalah dengan ujudnya ruang udara

  • tapis dan ambil air dia.
  • pas tu guna susu fresh/tepung. sukatan ratio 1:2.campur dlm air micro tadi.

nota:(bertujuan nak bunuh micro tak berguna)

  • pas tu tutup balik,biar 7 hari lagi.
    lps 7 days,ia akan nampak berkulat dan berlemak sikit,bau dia ade” kick2 masam” ckit…
  • tapis,ambik air dia…dan maka jadilah LACTO BACILUS pure punye.

 nota:boleh la storage dlm peti sejuk atau campur dengan gula merah bagi dia survive.

sumber olahan -jigMan portal bj

Antara spp. lactobacillus berguna

  1. L.plantarum- bacteriocin penyekat p/tumbuhan patogen spt Listeria sp. dan Salmonella sp.
  2. L.casei-off-flavour cheese
  3. L.acidophillus-rawatan air, decompose waste product
  4. L.sakei-perpjg jangka hayat mknan
  5. L. fermentum- meningkatkan kebolehan simpanan digunakan dlm fermentasi jagung dan simpanan produk kanji
  6. L.delbreuckii- fermentasi susu
  7. L.salivarius- antikulat
  8. L.lactis-prevent food borne disease dlm fridge
 
1 Comment

Posted by on September 12, 2007 in Organic farming

 

Baja Organik

Vermikompos
Bahan diperlukan:

1.Bekas plastik (5-10 liter)
2.Pam akuarium (beli yg paling murah pun tak pa)
3.kain buruk yang jarang
4.kompos cacing
5.gula merah
6. Air paip bertapis

Cara buat.

1.bungkus vermikompos, agak-agak segengam dalam kain yg jarang
2.Masukkan air pada paras 3 suku dalam bekas plastik (bekas cat 5 liter)
3. Campurkan dua sudu gula merah
4. Pasangkan pam aquarium dalam air (untuk tujuan circulation dan pengudaraan.
5. Kemudian masukkan bungkusan kompos dalam air, pastikan ianya terendam
6. kemudian biarkan selama 48 jam (min)
7. Lepas tu guna secepat mungkin, sebab tak boleh simpan lama. Cara
guna dengan semburan foliar atau siram pada pangkal pokok.

Nota:

Vermikompos dalam bentuk compos tea.

Teh kompos cacing dipercayai mempunyai banyak mengandungi bakteria baik dan juga mempunyai kualiti sebagai zat penggalak tumbuh dan juga penghalang serangga dan penyakit.

Tujuan membuat kompos tea
adalah untuk membiakkan bakteria baik tersebut dengan banyak.

Baja udang (sumber chitosan)

bahan: kepala dan kulit udang

tanam kepala udang n kulit udang n tulang ikan pada pokok
bunga n buah

Hasilnya: pucuk,
bunga dan buah makin naik dengan gemuknya.

Kak sara: tamanflora group

 
10 Comments

Posted by on August 29, 2007 in Organic farming

 

Tatacara semaian biji benih

Cara untuk menyemai biji benih:

1. 2 helai surat khabar di rendam dalam besen berisi air (2-3jam)

2. Isikan biji benih ke dalam sebuah cawan. Tuang air sehingga memenuhi ¾ cawan tersebut. Tambahkan 1 sudu garam.

3. Biarkan biji benih selama 15 minit untuk membunuh kuman.

4. Toskan. Tebarkan surat khabar yang lembap itu, tabur biji benih ke atas  permukaan salah satu helaiannya. Tutup dan gulung. Simpan dalam plastik lutsinar (beg plastik)

5. Tiup dengan nafas sehingga plastik kembung.

6. Ikat dengan kemas dan jemur di bawah matahari. Plastik sedia untuk di buka  selepas 36jam.

7. Selepas 36 jam, buka plastik dan keluarkan anak benih, masukkan dalam tray anak  semaian.

8. Gulung semula surat khabar dan ulangi langkah 5 ke langkah 8 untuk biji benih  yang belum bercambah.

 
Leave a comment

Posted by on August 16, 2007 in Organic farming

 

EMAS @Activated EM

EMAS atau EM Activated Solution

EM berbentuk dalam keadaan cecair berwarna kuning-coklat dengan bau yang enak dan rasa masam manis.
Ia digunakan dengan cara:
Disembur ke dalam tanah
Disembur ke atas pokok

EM 1 liter- asli.( non active)
Untuk mengaktifkan dan mendapat result yang bagus
1 liter EM +air 18 liter air bersih  + 1 liter  molasses/gula merah(700gm)
peram selama 7-8 hari
dan buang gas yang terkumpul dlm bekas plastik yg tebal (x bks kaca).
kedap udara
EMAS itu boleh dicampurkan dgn air utk apa apa aplikasi anda 1:500 @1:1000 bergantung kepada kegunaan anda

untuk biji benih cili
rendam dengan EMAS..dalam 2 minit cukup biji benih tenggelam
Ruj: Bokashi media tanaman organik (Bj-Melor)

 
Leave a comment

Posted by on August 16, 2007 in Organic farming

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.