Archive for the 'Uncategorized' Category

Segala-galanya tentang Akar tumbuhan

Perbincangan tentang akar akan merujuk kepada beberapa jenis kulat dan bakteria pada akar yang membantu tumbuhan rintang terhadap penyakit dan mempunyai pertumbuhan hidup yang baik seterusnya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

Pertama adalah definisi akar – organ paling penting dalam tumbuhan. Fungsi dan sistem akar tumbuhan berbeza antara satu sama lain.
Dua fungsi utama akar adalah
1) penyerapan air dan galian bukan organik
2) mengikat pokok kepada tanah
Fungsi akar yang pertama dapat dibantu atau disokong dengan wujudnya kulat yang berasosiasi bersama akar (kulat mikoriza).Biasanya akar tumbuhan yang berasosiasi dengan kulat ini lebih rintang kepada penyakit yang dibawa oleh kulat tanah dan juga lebih daya tahan kepada cuaca kering kerana keupayaan menyerap air dan mineral yang lebih baik.

Jenis kulat mikoriza yang penting adalah AM fungus atau kulat AM-arbuscular mycorrizha

Kultur Tisu_pisang

Kultur tisu pisang

Hasil dari satu induk sulur yang dipilih bebas dari penyakit terutama penyakit bawaan tanah kulat fusarium- fusarium oxsyporum cv. cubense

Jenis pisang yang biasa dikultur adalah jenis pisang berangan, pisang mas, pisang rastali, pisang cavendish atau montel dan lain-lain pisang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Pisang yang diklon haruslah mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik iaitu ciri-ciri pertumbuhan yang tinggi seperti berbuah dengan tandan yang berat, berbuah awal, bebas  atau rintang dari penyakit dan sihat.

Biasanya kerja-kerja pengklonan sulur pisang ni dijalankan di makmal yang mempunyai peralatan yang lengkap seperti bilik media, bilik kultur, bilik pertumbuhan yang bebas kuman dan suhu yang sesuai .

Terdapat 5 peringkat asas dalam kaedah pengklonan atau mikropropagasi ini iaitu :

1- penyediaan bahan kultur – sulur pisang

Terdapat dua jenis sulur pisang iaitu sulur pedang dan sulur air. sulur pedang sesuai dijadikan sulur pisang yang diklon kerana pertumbuhan yang aktif dan subur berbanding sulur air yang kurang subur dan pertumbuhan yang perlahan.

sulur pedang- mempunyai daun yang runcing dan tirus ke atas biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga 50sm

sulur air -pertumbuhan daun yang lebar dan tiada perbezaan saiz pangkal dan batang pseudo

http://uq.edu.au/_School_Science_Lessons/UNBiology1.html

Gambar terperinci keratan rentas batang pisang dengan umbisi (corm). bahagian yang perlu adalah umbisi dan seludang daun yang terdapat pertumbuhan tunas  (buds) untuk dikulturkan dalam media.

2-Inisiasi kultur-Pertumbuhan awal kultur

3-Penggandaan

4-Pemanjangan

5-Pembentukan akar

Penyediaan media kultur

Terdapat 3 jenis media bagi kultur tisu pisang iaitu:

1-Media pertumbuhan kultur tanpa hormon

2-Media penggandaan dengan hormon (BAP-benzyilaminopurine)

3-Media dengan penggalak akar -arang teraktif (activated charcoal)

Media atau bahan pertumbuhan kultur mengandungi komposisi /elemen mikro, makro dan vitamin yang sesuai bagi pertumbuhan awal sulur.

Sama ada disediakan melalui penyediaan bahan-bahan  larutan kimia sebagai stok atau menggunakan serbuk yang lengkap dan sedia digunapakai. Media yang digunakan adalah media MS (Murashige & Skoog, 1962).

Bagi pengeluaran klon tisu kultur pisang secara besar-besaran penyediaan media kultur dengan larutan stok adalah diperlukan.

Secara amnya perkara-perkara yang perlu dalam proses  kultur tisu adalah :

1- Ruang pemindahan atau pengkulturan yng bersih bebas kuman atau steril

Perkara penting dalam ruang pengkulturan adalah bersih (steril) dengan menyapu ruang dalam kotak dengan larutan 70% alkohol atau 10% klorox atau larutan peluntur. Semua bahan yang tersedia dalam kotak kultur adalah betul-betul steril. Tangan juga perlu bebas kuman. Peralatan kultur juga boleh direndam dalam larutan 70% alkohol

a-Kebuk wasap udara (laminar air flow)

http://www.omnisterra.com/botany/cp/slides/tc/tc.htm

b-i-menggunakan bekas akuarium ikan

b-ii-kotak plastik

b-iii-kotak kertas yang dibalut plastik

Jar  bekas media yang boleh diautoklaf tahan pada tekanan dan suhu tinggi

Gambar 2 jenis bekas media yang sedia steril

Sumber:http://www.kitchenculturekit.com/StiffAffordablePTCforhobbyists.htm

2-Bekas kultur

Gambar dua jenis forsep yang boleh digunakan

3-Forsep

4-Periuk tekanan tinggi

5-alat penimbang elektronik

pH meter

6- pH meter/ kertas pH

7-Larutan peluntur (clorox)

8- Isopropil alkohol (70%)

9- Air suling steril

Jenis-jenis skapel yang biasa digunakan dalam makmal

10- skapel atau pisau cukur

11-media kultur

Bagi ujian percubaan dirumah boleh menggunakan media ini:

MS 2 liter 2 peket dgn vitamin + 2 peket agar 9 gm /satu + 5ml PPM + satu jns hormon dicadangkan BAP (benzylaminopurine)

Harga termasuk penghantaran US dollar 22

Boleh didapati di laman web

http://www.hometissueculture.org/


Pembuatan kompos Cara Mudah

Bahan utama membuat kompos, iaitu sampah itu sendiri. Ada dua jenis sampah iaitu organik dan bukan organik. Sampah diasingkan berdasarkan jenisnya.

1. sampah organik dijadikan bahan kompos adalah sampah bukan hijau (daun kering, rumput kering, serbuk gergaji, serutan kayu, sekam, jerami, kulit jagung, kertas yang tidak berkarbon, tangkai sayuran) dan sampah hijau (sayuran, buah-buahan, potongan rumput segar, daun segar, sampah dapur, hampas teh/kopi, kulit telur, tinja ternakan

2.sampah bukan organik adalah plastik, stereoform, kertas (berkarbon), logam, dan kaca.

Selain itu ada bahan-bahan yang sebaiknya tidak dibuat kompos iaitu:

  1. Daging, ikan, kulit udang, tulang, susu, keju, lemak/minyak, hampas kelapa, sisa sayuran yang bersantan (menyebabkan munculnya lalat).
  2. Kotoran anjing & kucing (kemungkinan membawa penyakit).
  3. Tanaman yang berhama
  4. Ranting, dahan, dan batang kayu yang tidak mudah hancur dalam kompos (mengundang rayap).

Bahan pemula sebagai pengurai sampah menjadi kompos. Bahan pemula  siap pakai seperti EM4 (effective microorganism 4)

Pemula buatan sendiri ini biasa disebut dengan MOL (micro organisme local).  Kita boleh membuat MOL dari nasi, yang baru maupun basi.

Langkah-langkah membuat MOL yang merupakan bahan pemula dalam pengomposan:

  1. Nasi (baru maupun basi) dibentuk bulat sebesar bola ping-pong sebanyak 4 ketul.
  2. Diperam selama tiga hari sampai keluar kelompok kulat yang berwarna kuning, jingga, dan abu-abu.
  3. Bola nasi berkulat kemudian dimasukkan ke dalam botol/bekas plastik.
  4. Tuang air satu gayung yang sudah dicampur gula sebanyak empat sendok makan ke dalam botol/bekas yang berisi nasi berkulat.
  5. Peram lagi selama satu minggu. Campuran nasi dan air gula tersebut akan berbau masam manis seperti tapai.
  6. MOL sudah sedia digunakan sebagai bahan pemula untuk membuat kompos dengan dicampur air. Perbandingan MOL dengan air dalam julat nisbah 1:5.

Bekas untuk memproses sampah menjadi kompos adalah karung guni beras.

Jenis sampah sebagai bahan kompos adalah sampah coklat kaya kandungan karbon (C) yang merupakan sumber energi makanan untuk mikrob. Sampah hijau mengandung nitrogen (N) yang diperlukan oleh mikrob untuk tumbuh dan berkembang biak. Sampah organik secara semulajadi  akan mengalami penguraian oleh ratusan jenis mikrob, enzim, kulat, dan binatang tanah. Proses penguraian memerlukan suhu tertentu, kelembapan, dan oksigen (udara segar).

Untuk melihat gambar langkah2 pembuatan kompos dalam karung guni lihat sumber artikel dalam

Sumber:

http://www.kampungantenan.blogspot.com/2008/03/kompos-dalam-karung.html

Selamat mencuba

Pinggan ubi kayu boleh dimakan dan mesra alam

Pinggan pakai buang ubi kayu
Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari.

pinggan-pakai-buang-yang-boleh-dimakan-dihasilkan-daripada-ubi-kayu

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. ‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
Sumber berita harian online
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Pinggan dan mangkuk mesra alam boleh didapati di laman web nie…..

http://safglobalsolutions.blogspot.com/

Kempen Mesra Alam

UUM haramkan guna polisterina

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina di dalam kampus bermula sesi Julai ini melalui program Kempen Mesra-Eko (RFC).

Kempen bertemakan Hidup Dalam Harmoni itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar kepada komuniti kampus.

Pengarah Jabatan Canselori UUM, Mohd. Zaini Nasri berkata, bagi menjayakan kempen tersebut semua pengusaha kantin diminta tidak menggunakan bekas polisterina sebaliknya pelanggan diminta makan di kafeteria menggunakan pinggan.

Selain itu, katanya mereka juga boleh membawa sendiri bekas makanan atau membeli bekas makanan ‘pek-eko’ berharga 20 sen sekiranya berhajat membawa pulang makanan.

“Melalui kempen ini juga, UUM berhasrat menghapuskan penggunaan beg plastik dan hanya membenarkan penggunaan beg kertas atau beg tenunan ataupun kanvas yang akan dijual di Koperasi UUM,” kata Mohd. Zaini di sini semalam.

Mohd. Zaini berkata, bekas polisterina mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya.

Sumber: Kosmo online 27 Mei 2008

Projek cendawan tiram kelabu

Sebagai persediaan untuk melaksanakan projek cendawan tiram kelabu secara komersil

beg2 cendawan disusun dalam bilik air yg tidak digunakan…lebih kurang hampir 70% beg telah mula dipenuhi dengan misilium-11/12/07

dua kali sehari bilik tersebut disiram dengan air begitu juga beg2 disiram dengan EMAS

 11 beg cendawan tiram telah dieram di dalam bilik air

1) 10/12/07 -1 Beg telah mula mengeluarkan bibit cendawan setelah 5 hari dibuka…keseluruhan beg telah putih dipenuhi misilium

hasil cendawan yg diperolehi dari 1 beg cendawan seberat 50gm

Beg cendawan akan dibuka semula pada 24/12/07

2) beg cendawan kedua mengeluarkan bibit cendawan pada 12/12/07 setelah beg dipenuhi misilium

sehingga tengahari 12/12/07 batang cendawan sudah mula memanjang keluar dan nampaknya terdapat lebih kurang 6-7 tangkai cendawan

ptg 12/12/07 cendawan sudah mula berkembang pada saiz sederhana

pagi 13/12/07 berkembang lagi…..arap2 berat lebih dari beg yg pertama

tepi cendawan sudah berombak dan sampai mase utk dituai

berat bertambah dari yg pertama iaitu 80gm….beg ditutup dan dibuka semula pada 25/12/07

3) Beg ketiga mula keluarkan cendawan pada 17/12/07

7 btg cendawan tiram kelabu bagi beg ketiga dengan berat 80gm…tuai pada 19/12/07

4) beg keempat mula mengeluarkan bibit cendawan pada 26/12/07

pagi…

kelihatan bibit2 cendawan kecil mula keluar

tengahari

batang2 cendawan mula memanjang keluar

Hasil dari beg keempat sebanyak 90gm-28/12/07 (pg)

dengan pengeluaran kira2 10 tangkai cendawan ader peningkatan berat

Dan hasil dari beg pertama utk kali kedua sebanyak 30gm bersamaan 1 tangkai cendawan-28/12/07 (pg)

  • Hasil pemerhatian menunjukkan hanya bongkah cendawan yg mempunyai pertumbuhan misilium yg menyeluruh memenuhi beg akan menghasilkan cendawan

Gambar hasilan cendawan yg menarik…1 tangkai dua kelopak bercantum berat dlm 30gm

5) Beg ke-5 dan ke-6 mengeluarkan bibit cendawan pada 4/1/08

6) Beg ke-7 mula keluarkan cendawan pada 5/1/08

Dengan berat 80gm dituai pada 7/1/08

  • Hasil paling tinggi pernah diperolehi dengan berat pada satu bungkah cendawan 100gm-18/01/08

Sebanyak 12 bongkah cendawan telah diperolehi dari FAF…kursus pada 5 jan 2008

  • sebanyak 3 bongkah CTK telah mula keluarkan bibit cendawan pada 9 Jan. 2008 (pagi)
  • 3 bongkah cendawan telah kena kulat hijau pada bhgn leher…takut nak bukak penutupnya merebak pulak nnti…so cemdawan keluar ikut pintu belakang

Alhamdulillah  dah hampir 80% beg cendawan dari 11 beg dah kuar hasil

Perbezaan saiz antara hasil CTK guna benih biji gandum (kecik) dan barli (besar)

PETUA2 TANAMAN DAN PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU (CTK)-

Simptom bongkah CTK

1- cendawan kuning-air yg tidak bersih
2- cendawan kerinting- terkena asap kebakaran atau bahang panas
3) Benih bahagian atas saja tak mahu turun ke bawah beg-abuk kayu berminyak atau campur ngan kayu hutan (kayu kuing)
4)benih turun separuh beg-abuk kayu banyak air

Penyakit bongkah CTK
-beg diserang semut bhgn bawah-pykt ulat halus di dasar beg cendawan
-pykt hijau-benih yg tercemar dan harus dibuang dan senang merebak
-pykt kuning pada tapak-abuk kayu yg basah kena hujan disimpan dlm guni lama atau abuk yg dimesin campur dengan abuk kering jika benih bermutu dan akan hilang kemudiannya
- kulat hitam mula2 keluar lendair dan akan hitam tapi tidak merbahaya
- kumbang hitam kecil sbbkan cendawan berulat, atasi dengan hapuskan kumbang dan akan berkurangan lama- kelamaan
- Bagi jangkitan hama hendaklah  bangsal hendaklah dikosongkan selama 8 atau 12 bulan utk elak hama menyerang kembali bongkah cendawan atau berpindah ke tempat lain

Fakta CTK 

- Biasanya apabila buka penutup bongkah/beg cend. pd  hari pertama, hari ke-4 sudah tumbuh dan pada hari ke-5 boleh dituai (petik)
berat hasil pertama dan kedua dengan anggaran hasil antara 80gm hingga 100gm dan seterusnya akan berkurangan hasil dalam beratnya
- kalau beg dibuka hingga 2 bulan lebih, tumbuh serentak tapi batang cendawan keras sedikit
- benih cendawan yg matang akan tumbuh cepat berbanding yg belum matang lambat dlm 12 jam atau 1/2 hari
-  suhu rumah cendawan yg baik ialah antara 22 hingga 30 darjah celsius
- Jika benih cendawan yang diletak kedalam beg cendawan sedikit maka misilium yang terhasil adalah nipis dan lambat memenuhi bongkah cendawan, tapi jika benih yang diletak dalam beg cendawan, misilium yang terhasil cepat memenuhi bongkah cendawan dan warna putih misilium adalah ketara.

-Sumber ayne – thread cendawan(www.bicarajutawan.com)

maklumat asal: Hj.Paiman, Serom Muar

p/s: malumat dari penguasaha veteran /senior cendawan ……maklumat ini sebagai panduan sahaja dan banyak kaedah penjagaan telah diperbaiki dari masa ke semasa utk menghasilkan CTK yang banyak dan berkualiti

Ternakan cacing kompos

Ternakan cacing kompos
Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:
1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.

3. Pheretima Elongata.
4. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.

Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.

Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:
1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.

Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media – kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.

Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu – elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu – jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu – elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu – elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.

Nota: sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.

Langkah pencegahan hama di dalam medium ternakan cacing:

beberapa kaedah telah dicadangkan untuk memerangi hama dari bermaharajalela di dalam media.. perlu diingat bahawa apa jua cara untuk memerangi hama, mahupon menggunakan kimia atau fizikal cuma memberikan kesan sementara.. melainkan kaedah penjagaan yang tersangat rapi untuk mengawal hama..

1- dedahkan media kepada cahaya matahari untuk beberapa jam. kurangkan penyiraman dan pemberian makanan.. hama benci keadaan sedemikian lantas meniggalkan media..

2- letakkan surat khabar lembap di atas media dan buang setelah dapat diperhatikan hama banyak mengerumuni surat khabar tersebut.. ulangi langkah ini hingga populasi hama dapat dikawal

3- letakkan hirisan tembikai, sengkuang atau ubi di atas media.. hama suka dengan kemanisan kulit dan hirisan buah tersebut lantas mengerumuninya.. kemudian hirisan kulit atau buah itu bolehlah dibuang atau ditanam.

4- siram air banyak banyak tapi jngan sampai banjir.. hama akan lari ke permukaan, manakala cacing pula akan lari kedalam.. lepas tu gunakan penunu bunsen dan bakar permukaan media tersebut.. kaedah ini boleh diulangi beberapa kali, selang 3 hari jika perlu.

5- gunakan buah limau sunkiss.. hama selain suka pada keadaan manis, ia juga sangat menggemari buah yang masam.. kaedah seperti kaedah ke-3

Sumber : Afzal Agrical Agrotech

Vermicomposting ni adalah salah-satu cabang dari composting science. Utk mengetahui secara mendalam kena kaji secara ilmiah:
1. Vermicast = 100% tahi cacing

Mempunyai nilai pH antara 6.5-7.5

Kandungan vermicast…

• Organic Carbon 20.43 – 30.31 %
• Nitrogen 1.80 – 2.05 %
• Phosphorus 1.32 – 1.93 %
• Potassium 1.28 – 1.50 %
• Carbon : Nitrogen 14-15 : 1 %
• Calcium 3.0 – 4.5 %
• Magnesium 0.4 – 0.7 %
• Sodium 0.02 – 0.30 %
• Sulphur Traces to 0.40 %
• Iron 0.3 – 0.7 %
• Zinc 0.028 – 0.036 %
• Manganese Traces to 0.40 %
• Copper 0.0027 – 0.0123 %
• Boron 0.0034 – 0.0075 %
• Aluminium Traces to 0.071 %
• Cobalt, Molybdenum Present in available form

2. Vermicompost = Hasil baja yg dihurai/kompos dari sisa buangan organik dgn menggunakan cacing pengomposan sebagai agen pengompos. Ia seharusnya terdiri dari lebihkurang 85% Vermicast dan 15% sisa buangan organik yg telah mengompos.

Organisma berfaedah ada dimana2 & ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus), malah, ianya saling bekerjasama dgn cacing dlm sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan Cacing akan makan media berserta mikrob sekali utk bantu penghadaman.

Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen2 yg sgt merbahaya kpd manusia.

Dari persekitaran sistem vermikompos, ianya unik dimana mikrob berfaedah akan mula membiak mulai dari tahap “pre-kompos”. Disarankan guna EM.1 di peringkat “pre-kompos” utk mempercepatkan jangkamasa penghuraian dan menambahnilai mutu baja secara menyeluruh. Kelembapan vermikompos yg telah matang, harus dikekalkan minima 12% utk menampung bio-diversity mikroflora & mikrofauna dlm Vermikompos.

 

Vermikompos ( baja organik cacing) 

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan  merupakan baja organik yang mesra alam.

fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.
Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.
Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Aplikasi vermikompos dalam tanaman:
# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)
# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
# kurang pembajakan antara musim
# kurang masalah perosak
# pertambahan pengeluaran hasil
# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

sumber: Eudrillus (bicarajutawan)

Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg. harga nie juga berbeza2 mengikut kawasan dan pengedar vermikompos nie

Blog/web bermanfaat ternakan cacing

http://azamagrotech.blogspot.com/

http://jutawancacing.blogspot.com/

 http://bengkelden.blogspot.com/

http://raturupiah-cacingtanah.blogspot.com/

http://ebook-ternakcacing.blogspot.com/

http://worm1blog.blogspot.com/

http://www.ternakcacing.com/

http://clinikherbal.blogspot.com/2008/05/mitos-cacing-tanah.html

http://dilelang.com

http://www.agro-green.net

http://www.usahawancacing.blogspot.com/

http://ternak-cacing-din68.blogspot.com/

 http://mykompos2u.blogspot.com/

http://urbanworn.blogspot.com/

http://www.eco-web.com/editorial/080211.html (article)

http://my-agro-cacing.blogspot.com/

http://belacacing.blogspot.com/

http://www.drazwan.blogspot.com/

http://zamnina.blogspot.com/

http://darulnaim-agrotech.blogspot.com/

Iklan

1) Menjual cacing tanah dan peralatan ternakan cacing 

Menjual cacing tanah jenis Lumbricus Rubellus dan peralatan ternakan cacing tanah seperti rak bertingkat untuk menyimpan Medium dan cacing tanah, medium makanan cacing (campuran najis binatang dan habuk kayu). harga boleh runding dan tidak termasuk kos pengangkutan. syarikat saya beroperasi di Selangor. berminat sila email kepada saya.

riztasc@yahoo.com

019-3319711

RIZt Agro Specialist Centre

2) MEMBEKAL INDUK KEPADA PEMBEKAL INDUK SAHAJA

Kami membekal kan induk kepada mana2 sykt yg kerjanya membekalkan induk kepada penternak2 di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Min order 100 kg. Boleh order sehingga 1 tan atau sehingga 10 tan.
Cacing – Esenia spc, lumbricus, african night crawler.

RANTUNG AGRO d kulim (kedah), Melaka, Serian (sarawak). olak lempit (Selangor).

Tel : 0142294935, e-mail : yup.rantung@gmail.com

3) Kepada bakal2 penternak

Menternak di dlm kilang IKS ( PAYA RUMPUT MELAKA). 

Praktikal/latihan secara percuma- pengajaran buat media, penjagaan cacing dan pemasaran.

Induk cacing utk dijual, setiap pembelian disertakan nota rujukan.

Hubungi :AZAM AGROTECH SDN BHD, Shamsul 0136316933 / Bob 0126773768

4) kami menbekal kan stok induk cacing yg telah matang..red word and tiger worm…no mix type…

zack – 012-3601665

5) Kami adalah penternak cacing secara berskala besar. Kami ada menjual induk cacing merah / harimau / afrika nite crawler pada harga yang berpatutan. SMS / Call kami pada talian 0196448886 untuk membeli induk cacing atau layari website kami di http://www.agro-green.net

 

Kursus ternakan cacing terkini:

Resepi makanan kambing

 Resepi alternatif bagi PKC.

Bahan2: 

a. 4 kg baja urea
b. 100 kg bahan kering jerami.

Cara2:

4 kg urea di + 100 ltr air.
siram larutan urea merata lapis per lapis
tutup drum / container – kedap udara.

Fermantasi 1-2 minggu.
selepas 2 minggu dah bolih digunapakai. tp untuk hilangkan bau
amonia kena anginkan 1-2 jam sebelum dihidangkan pada kambing

Komen :

Daripada berjenis-jenis kambing yan saya berikan makanan itu, cuma biri-biri saja yang terus suka makan, yang lain belajar makan perlahan-lahan. Tidak kelihatan sebarang kesan sampingan.

kalau nak soya/brew tahan lama. Masuk dalam tong silaj, padatkan, buat few lubang, tuang Starbio (campur dgn air), lepas tu tutup. Pastikan padat dan kedap udara.

saya pernah try simpan dalam tong silaj dan tutup rapat
so soya tu boleh tahan sampai 5 hari
kalau nak tau try la

Produk asastaniorganik di pasaran

Baja foliar ALFA-G

1.  Baja Guano Gred A + Mineral & Zat galian
< 1 Tan RM 1.20/kg 25kg/beg- RM 30.00
> 1 Tan RM1.00 / kg 25kg/beg- RM 25.00

2.  Baja Organik Plus
< 1 Tan RM 1.20/kg; 25kg/beg- RM 30.00
> 1 Tan RM 1.00 / kg; 25kg/beg- RM25.00
 

3.  Guano Tulen (Tahi Kelawar)
< 1 Tan  RM 3.60/kg; 25kg/beg- RM 90.00
> 1 Tan  RM 3.o0 /kg; 25kg/beg-RM 75.00

Kandungan N:P:K= 10:3:1
 

4. Serbuk / Granul Zeolite

< 1 Tan RM 3.60/kg; 25kg/beg- RM 90.00
> 1 Tan RM 3.00/kg; 25kg/beg- RM 75.00
 Kandungan N:P:K = 15:15:15

Baja yang mudah larut boleh digunakan utk manual pembajaan fertigasi

5 . Baja Foliar (pekatan Cecair)
< 100 L RM 22.50/L; 4L/pack- RM 74.00
> 100 L RM 18.50/L; 4L/pack- RM 90.00
 

6. Racun Serangga / Racun Rumpai Organik

< 100 L
> 100 L 18.00 / kg
20.00 / kg 4 L / pack 72.00
80.00

Hubungi: En Yussainy  Sa’ari

Irev Venture

860, Jalan Tok Kangar, Taman Seri Delima, Juru,

14400 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang

Tel / Fax : 04-5077275

Info tanam pelbagai jenis sayuran

Jangkamasa tuai hasil

bayam hijau daun bulat – 30 hari
bayam hijau daun tajam – 25 hari
bayam merah hijau – 30 hari
Cili besar – 60 hari
cili padi – 60 hari
kacang bendi – 55 hari
kailan – 40 hari
kangkung – 25 hari
labu air – 50 hari
labu lemak – 75 hari
sawi hong kong – 25 hari
sawi pendek – 25 hari
terung – 65 hari
timun – 50 hari

Secara mudahnya,

  • jika anda membaja sayur daun seperti kangkong, gunakan baja yang mempunyai peratus N yang tinggi.
  • jika anda membaja sayur buah seperti timun, guna baja peringkat permulaan N tinggi, bila hampir berbunga P&K tinggi
  • jika anda membaja sayur akar seperti karot atau ubi, guna baja peringkat permulaan N tinggi, bila pokok sudah agak besar P&K tinggi
  • Paling mudah, guna 15-15-15 atau 20-20-20 pada semua jenis pokok pada setiap kali pembajaan.

Bendi

  • kalau tanam atas tanah, ia tak perlu di semai, buat lubang letak baja lepas 5-7 hari letak 2 biji benih
  • jarak antara tanaman 3′ x 3′ (ni pun luas sebab bendi tumbuh tegak meninggi aje)
  • selepas bendi  separuh umur semai yang baru diantara pokok lama…kalau nak buat padat2 terus 1.5′ x 1.5′ kaki pun boleh….
  • Sebelum disemai rendam benih dalam air selama 12 jam dan seblm di tanam gaul dengan racun Thiram (knv.) utk organik rendam dalam EMAS atau OHN + FPJ
  • biarkan satu pokok je hidup, pilih mana yang subur la bila dah panjang dalam 2 inci. Atau biar kan je 2 pokok satu lubang sebab jarak  besar…
  • kira2 2kg benih diperlukan untuk 0.4 ekar tanah.
  • Pastu letak baja masa menanam baja NPK 12:12:17:2 , pastu baja urea dan muriate of potash…
  • baja setiap 2 minggu
  • lepas tu pangkas daun bila perlu…lepas 56 hari dah boleh petik buah…
  • Potong dahan utama dan sisi dalam 1kaki 1 kaki setengah dari tanah…ada yang kata antara 40-60cm, lepas pangkas ni bagi baja…nanti 5/6 cabang baru keluar….insyaAllah lepas tu pokok membesar dan dapat hasil kedua.
  • Hasil about 5.5tan for 0.4 ekar 1st time, pastu 3.9tan, pastu last 1.5 tan….buah ada lagi la lepas tu tapi sikit la.
  • Bendi dijangka boleh terus mengeluarkan hasil yang lebat untuk 4-5 minggu, hasil seterusnya dari minggu ke 6-9 dan menurun selepas itu…lebih kurang cam tu la
  • Adalah dicadangkan agar memangkas batang dan daun bendi selepas 15 minggu (selepas mengutip hasil pertama), supaya cabang/daun baru keluar dan pokok terus mengeluarkan hasil
  • 1000-1200 pokok bendi boleh menghasilkan antara 4 metrik tan dlm 2 bulan

cili padi/api

  • boleh dipetik 3-4 bulan selepas menanam

kacang panjang

http://www.woofiles.com/dl-98579-wqO4AabZ-kacangpanjang2.htm

Next Page »