RSS

Persediaan tanaman

17 Aug

Semaian biji benih

Antara biji benih yang disemai adalah

1) cili merah (big red chili fr. china) dalam 60++ biji benih. Benih cili ini tidak banyak seperti kebanyakan cili merah yang biasa. Rupa struktur dalaman seperti sweet pepper, tidak pedas dan senang dihancurkan apabila dikisar atau ditumbuk. Sesuai sebagai cili untuk hiasan dalam masakan.

skala rujuk duit syiling 10 sen

hari ke-2

cili merah (china) hari ke-18, telah muncul 4 helai daun pada ketinggian 3sm

Anak pokok cili merah (china) berumur 45 hari..lima hingga 6 helai daun…..lum sempat nak pindah semua ke dlm polibeg…

sebahagian pokok yg telah dipindahkan ke dlm polibeg ketinggian 8sm

4 pokok cili yang berumur antara 2++ bulan…sebelah tu adalah pokok melon yg satu2nya hidup lagi

Pokok cili yg sudah mula mengeluarkan kudup bunga pertama

kudup bunga yg telah berkembang

Sebahagian daripada putik buah cili yg terhasil daripada bunga yg telah berkembang (9. Oct. 2007)

anak pokok cili merah (china) berumur 53 hari (3 0ct 2007) ketinggian 12sm

anak pokok cili merah (brunei) berumur 55 hari (5 oct. 2007)

ketinggian 15 sm

pokok cili organik (china) yang berumur 59 hari (9 Oct. 2007) nampak gaya mcm nak keluar kudup bunga

  • tarikh mula menyemai pada hari selasa 14/8/2007
  • biji benih pecah mata dalam 70% pada hari ke-2 (16/8/2007)
  • 100% pecah mata hari ke-4 (18/8/2007)
  • kesemua anak benih telah bercambah dengan 2 anak daun permulaan hari ke-6 (20/8/2007)
  • appy semburan FPJ dan OHN selang dua hari
  • semburan racun organik 3 hari sekali
  • daun ketiga mula tumbuh pada hari ke-7 (21/8/2007)
Aturcara aplikasi semburan baja organik
  1. hari ke-14 fpj + ohn       – 28/8/07
  2. hari ke-19 type a            -2/9/07
  3. hari ke-27 type a            -7/9/07
  4. hari ke-34 MS                   -14/9/07
  5. hari ke-40 B                      – 20/9/07
  6. hari ke-41 type b             – 21/9/07
  7. hari ke-48 type a             -28/9/07
  8. hari ke-55 MS                   -5/10/07
  9. hari ke-62 type b             -12/10/07
  10. hari ke-69 type a             -19/10/07
  11. hari ke-70 MKH               -20/10/07
  12. hari ke-76 MS                   – 26/10/07
  13. hari ke-83 type b             – 2/11/07
  14. hari ke-90 type a             – 9/11/07
  15. hari ke-97 MS                    – 16/11/07
  16. hari ke-104 type b           – 23/11/07
  17. hari ke-111 type a             – 30/11/07

type a (10L)

FPJ 20 ml
Cuka asli20 ml
FAA10 ml

type b (10L)

Air laut333 ml
FAA 10 ml
Ca KT 12 ml

MS

cuka asli 20ml

FAA 10ml

Daya tahan pokok

fpj + ohn

racun serangga organik

Perkembangan terkini pokok cili merah… (29/11/07)

  • pokok berumur 110 hari iaitu 3 bulan 20 hari
  • jangkaan pada masa kini pokok sudah mula mengeluarkan hasil tapi…langit tak selalu cerah…selepas penggantian media tanaman kepada cocopeat 60% tumbesaran pokok perlahan ini diaktifkan lagi oleh serangan kutu atau hama daun…morfologi sebesar pangkal jarum…
  • cecair daun pokok dihisap dan pokok mengalami kerencatan pertumbuhan…daun hijau mudah gugur
  • kejadian selama 1 bulan – mengalami jangkitan kutu daun yang teruk…lokasi di bahagian bawah daun.
  • semburan menggunakan margosa oil dlm beberapa percubaan gagal mengurangkan populasi kutu ini…
  • selama 2 kali semburan menggunakan repella hasilnya kutu daun mula berkurangan…
  • untuk pemulihan pokok… baja diberi dalam 3 kali seminggu dengan baja foliar alfa-g, foliar repella (kombinasi) , baja organik zeolite dan FAA

2) Melon china

 

hari ke-2, dua daun pemula

hari ke-19 daun kelima , beza dari anak benih timun adalah daun ketiga yg berbentuk hati. Dalam masa kira-kira 2 hari satu anak daun yg baru akan tumbuh.

pokok melon dan timun umur 40 + hari

pokok melon berumur 45 hari mengeluarkan pucuk dan sulur lilit baru ( 5 oct. 2007)

Mengeluarkan bunga pada +- 16 Oct. 2007

  • semaian pada hari isnin 13/8/2007
  • 6 biji benih pecah mata daripada 40++ biji benih yg disemai pada hari ke-2 (15/8/2007)
  • 6 anak benih sudah mengeluarkan 2 helai anak daun pada hari ke-4 (17/8/2007)
  • pada hari ke-7 (20/8/2007) sebanyak 8 biji benih bercambah dengan 2 daun pemula
  • apply semburan FPJ dan OHN bagi ketahanan anak benih selang dua hari
  • semburan racun organik 3 hari sekali
  • daun ketiga mula tumbuh pada hari ke-8 (21/8/2007)
  • daun keempat muncul pada hari ke-10 (23/8/2007)

3) Timun

hari ke-6

  • Semaian pada hari selasa 14/8/2007
  • hari rabu15/8/2007 kesemua 8 biji benih sudah pecah dan mengeluarkan dua helai daun
  • hari ke-6 sebanyak 14 biji benih cambah dengan 2 daun pemula
  • apply FPJ dan OHN selang dua hari
  • semburan racun organik 3 hari sekali

hari ke-17 (pertumbuhan daun ke-5)..beza daripada anak benih melon dengan daun ketiga yang berbentuk segi enam

pokok timun berumur 45 hari ( 5oct. 2007) mengelurkan banyak pucuk baru dan sulur lilit.

– Mengeluarkan bunga 16 Oct. 2007

  • Mula mengeluarkan bunga pada hari ke-60 (14 Oct. 2007)

hari ke-  5 Type a  (20/8/07)
hari ke-12 Type a  (27/8/07)
hari ke-19 MS        (3/9/07)
hari ke-26 Type b (10/9/07)

hari ke-30 Type a (14/9/07)
hari ke-35 MKH    (19/9/07)

hari ke-40 MS       (24/9/07)
hari ke-61 Type b (15/10/07)
hari ke-68 Type a (22/10/07)

hari ke-75 MS       (29/10/07)
hari ke-82 Type b (5/11/07)

hari ke-89 Type a (12/11/07)
hari ke-96 MS       (19/11/07)

Terkini 29/11/07

  • pokok sudah mengeluarkan hasil hanya dalam 3 biji sahaja..
  • pokok terpaksa dibuang kerana kutu daun dan serangga penghisap cairan pokok berwarna oren

4) Cempedak

  • semaian biji cempedak kampung isi kuning
  • hampir seminggu disemai hanya 1 dari 6 biji telah mengeluarkan titik tunas
  • hari ke-9, biji benih kedua mengeluarkan mata tunas iaitu 2 daripada 6 biji benih …33.34% percambahan
  • benih yg telah bertunas dengan ketinggian 3sm pada dua biji benih yg berjaya tumbuh.

hari ke-16 (1/9/07), biji benih mula pecah untuk mengeluarkan daun pemula

anak pokok berusia 44 hari

Info terkini 2 pokok cempedak telah mati mungkin media terlalu lembap yg menyebabkan reput akar

Media tanaman adalah tanah bakar dan imo5 (tinja kambing) dalam nisbah 4:1

 + Cocopeat

– 25/8/2007

-penyediaan polibeg untuk memindahkan anak benih ke dalam polibeg berasingan

sebahagian daripada anak benih cili merah yang telah dipindahkan

Kebaikan apply OHN: 

  • Meningkatkan kandungan nutrien tanah
  • Meningkatkan kesuburan tanaman
  • Mengubat dan mencegah dari serangan kulat
  • Membantu metabolisma tanaman

4) honey dew

semaian biji benih honey dew daripada buah segar…hampir 30 biji benih telah mengeluarkan dua daun pemula pada hari ketiga semai 5/9/07 dengan purata tinggi 2sm.Tarikah mula menyemai pada 7/9/07

19/9/07

-mengaplikasikan baja kulit udang dan kepala udang..dengan menanam dalam tanah ke atas beberapa pokok cili, timun dan melon

Post mortem 

Projek pertama tanaman cili merah, timun, melon tidak berjaya… pokok terbantut akibat kurang baja dan penjagaan juga serangan serangga perosak……emmm…pengalaman satu pembelajaran

PERBARISAN BARU 

1) Cili Padi

dah berbunga dan berbuah…byk bunga dan cabang yang muncul…tinggi pokok 1 kaki

2)Terung bulat

anak benih terung umur 4 minggu tinggi dalam 1/3  kaki (12/12/07)

2 pokok terung bulat yg tingginya kira2 1 kaki…belum berbunga lagi…..

3) Bendi

polibeg putih pokok cili besar/padi vs cili padi polibeg hitam

lihat perbandingan daun pokok cili dan terung bulat sama besar

Cili Sarawak

1) Cili gronong

2) Cili ‘antu’

 
10 Comments

Posted by on August 17, 2007 in Uncategorized

 

10 responses to “Persediaan tanaman

  1. saludin abdul rahman

    January 12, 2008 at 2:29 am

    nampak sangat menarik paparan yang diberikan, walau bagaimanapun saya sangat tertarik dengan penanaman cili merah ni, kalau diusahakan secara besar tentu pulangannya menarik, sebab pasaran cili merah tidak pernah kurang..

     
  2. Edie

    January 21, 2008 at 8:37 am

    adakah saudara menjual benih cili padi/api?
    Kalu ader bleh x bg quatation.via email?ad_ebz@yahoo.com

     
  3. asastaniorganik

    January 22, 2008 at 2:16 pm

    salam
    saudara edie….saya tidak menjual benih cili api/padi…
    dan saudara boleh memesan mll mrk:
    Pembekal benih cili
    1) NASIR AGRO FARMING ENTERPRISE 012-5830013 (pos)
    2) Sin Sing Huat
    No 6 Jalan BP 4/7, Bandar Bukit Puchong
    03-80609921

     
  4. Najib Akbar

    February 15, 2008 at 7:48 am

    Saudara,
    Saya ingin tahu di mana dapat saya membeli benih cili merah. Projek saya adalah di Alor Gajah, Melaka.
    Saya juga dapat tahu kita boleh mendapat benih-benih ini di UPM. Boleh saudara rujukkan saya pada sesiapa di UPM.
    Terima kasih.

     
  5. munah

    February 19, 2008 at 5:31 am

    saya amat kagum dengan usaha anda saya ouan ada menanamnya.

     
  6. sudoku

    October 22, 2008 at 5:05 am

    Salam.
    Teruskan usaha saudara. Saya pun tanam cili juga di tepi rumah utk jimatkan belanja dapur. Cili merah ni sentiasa mahal di pasaran.

     
  7. Alia

    February 24, 2009 at 9:44 am

    Akom,

    Saya nak tahu apa kandungan di dalam polibag untuk tanaman cili. (komposisi tanah)

    Terima kasih

     
    • asastaniorganik

      February 25, 2009 at 6:59 am

      salam ..
      alia…kandungan polibeg utk tanaman tergantung atas kiter…kalau utk fertigasi sekam bakar n cocopeat…tanah biasa saya guna tanah bakar + kompos bokashi

       
  8. aloykubezinkin

    December 20, 2009 at 3:12 am

    boleh encik terangkan bagaimana menyemai anak benih terung daripada terung yg dijual di pasar?

     
  9. joe cili merah

    April 18, 2011 at 4:47 pm

    salam,
    saya ingin mengetahui apa maksud mkh yg tertera di bahagian cili merah? kemudian boleh saya tahu racun organik yang dapat menghalang penyakit serangga seperti hamama, kutu trip, aphids dan sebagainya untuk tanaman cili merah.. emailkan kepada saya di guddyboyx@yahoo.com.. terima kasih yg x terhingga..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: