RSS

Monthly Archives: September 2007

Kajian Kawalan perosak tanaman di Malaysia

Pests                                              

1) Afid                                       

  • Penambahan baja organik dlm tanah
  • tanam tumbuhan perangkap
  •  gunakan semburan minyak yg efektif
  • buang atau cuci dari pokok,
  • guna sticky gum, sapu atas tong minyak shell yg kuning tu atau sebarang kadbod kuning, untuk lain2 flies sapu pada kadbod biru dan gantung kat ladang dalam 30 kaki spacing, sebab menatang ni attracted kat kalar kuning dan biru (abg Mat-bj)
  • gunakan pan perangkap kuning dengan sabun, permukaan aluminium
  • berikan air cukup kepada tanaman dan kurangkan tekanan pd tanaman 

afid

2) Ulat beluncas                   

  • Bacillus thuringiensis
  •  semburan berasaskan neem
  • aplikasikan parasitoids dan predators

3) Rama2 dew.                       

  •  Perangkap feromon,
  • perangkap melekat
  • penghadang mekanikal (pembalut)
  • tanaman selingan tomato

rama2 menghisap cairan buahan

                                      
4) Telur rama2                        

Trichogramma parasitoids

5) Fasa pupa                           

Gembur dan dedahkan tanah

6) Nematod                               

Perangkap tumbuhan spt.  marigolds

7) Flea beetles                          

semburan sentang, perangkap tanaman

8)  Mites                                      

semburan minyak


9) White flies                             

cecair pencuci pinggan, parasitoids

Sumber: Penyelidikan dan pembangunan pengeluaran tanaman organic di Malaysia
Aini Zakaria and Vimala P. – Strategic Resources Research Center, MARDI – G.P.O. Box 12301, 50774 Kuala Lumpur, Malaysia

Paper presented at ‘Expert Group Workshop on Preparation of Technical Guidelines on Organic Cultivation of Tropical and Subtropical Fruits ‘, 22-26 July 2002, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 
2 Comments

Posted by on September 29, 2007 in Article organic farming

 

Penggunaan bahan tumbuhan- kawalan perosak tanaman

Bahan tumbuhan:

1) Pokok neem (daun, biji/buah)

2) Cili (buah, biji)

3) Serai (daun, akar)

4) Aloe vera (daun, rizom)

5) Garlic (seluruh bhgn pokok, bebawang, bunga, daun)

6) Mint (daun)

7) Bawang besar (bebawang)

8)  Marigold (bunga, daun, akar)

9) Betik (buah mentah, biji, daun)

10) Tomato (daun, batang)

11) Hempedu bumi (keseluruhan pokok)

12) Halia(rizom)

Bahan bakar tumbuhan (ash plant)

hasil yg terbentuk apabila bahan seperti daun, kayu, kulit kekacang, padi, tandan/pelepah kelapa dibakar lengkap.

1) ash+ serbuk cili

2) ash pokok jagung

3) ash hampas padi

4) plant ash

5) abu batang pokok

 
6 Comments

Posted by on September 23, 2007 in Organic farming

 

Kawalan biologi -Serangga

1) ladybug, or ladybird beetle.

serangga pemakan afid. Juga scale insects dan mites. Bertindak cepat dalam mengurangkan infeksi serangga perosak.

kumbang memakan afid

2) mentadak

Merupakan serangga pemangsa. Serangga dewasa bersedia nenunggu menanti menangkap  mangsa yg mendekatinya mll kaki depan yg dimodifikasi.

3) assasain bugs

Beberapa spesies assassin bugs yg kesemuanya adalah berguna. Mempunyai badan berwarna hitam, kelabu dengan pjg antara  3/8 – 2 inches. Kepala yg kecil, mata menonjol dan terbang perlahan.

Merupakan pemangsa yg unik kerana mempunyai kaki yang tajam. kaki depan yg kuat utk berlari bagi menangkap mangsanya. apabila mangsa disuntik, racun akan sebabkan mangsa lumpuh. Elakkan daripada pegang kerana akan menggigit.

Serangga sasaran: aphids, caterpillars, Colorado potato beetles, Japanese beetles, leafhoppers and Mexican bean beetles.

 

Japenese beetle

Lebih drpd 400 sp. pokok dlm 95 famili tidak rintang terhadap perosak ini. Serangga dewasa memusnahkan kebnyakan

tanaman hiasan . Menyerang bhgn akar tumbuhan.

dewasa

larva

Mexican bean beetle

Serangga pemakan daun, kerosakan yg dialami oleh daun yg diduduki oleh larva dan serangga dewasa. Biasa didapati pada pk kacang soya

Tumbuhan penarik: Alfalfa, carrot family plants, goldenrod dan oleander.

4) bigeyed bugs

Seperti namanya serangga ini mempunyai mata yg cukup besar. Badan berwarna kelabu. Kepala dan torak mempunyai titik hitam kecil. Menghasilkan beberapa generasi dlm setahun.   Memakan afid, chinch bugs, leafhoppers dan spider mites.
Tumbuhan penarik: Alfalfa, pokok dlm famili lobak, goldenrod dan oleander.

5) ground beetle

Terdapat pelbagai spesies. Kebanyakan spesies ini berukuran 1 inci pjg. Keseluruhan badan berwarna hitam hingga ke wanna ungu. Mempunyai kaki yg panjang dan kulit badan yg keras. Bersifat nokturnal iaitu aktif di waktu mlm dan dan makan kebanyakn jns serangga antaranya telur dan larva kutu afid, flea beetle, semut, nematod, kutu trip,  kupu2 dan mites. Serangga ini juga menggemari caterpilar, slugs dan grubs.

grubs

Menjadi serangga yg berguna dalam tanaman. Pemakan yg aktif sehingga akan berusaha untuk mendapatkan mangsanya( armyworms dan caterpillar) yang menyerang tumbuhan hingga berjaya.

Menghasilkan  seekor anak dalam setahun.

Tumbuhan penarik serangga ini adalah spt: Tumbuhan jns rendah dan mempunyai teduhan camphorweed, squash dan evening primrose.

kumbang oren perosak pada pokok melon yg menghisap cecair btg pokok

 Natural Pest Control by Insect Species

Pest Insect                                            Predator Insect
Aphids                                                            Aphidius
Aphids                                                          Aphidoletes
Thrips, spidermites, fungus gnats              Beneficial mites
Eggs of many pest insects                            Damsel bugs (Nabidae)
Whiteflies, aphids, thrip, spider mites        Dicyphus
Slugs, small caterpillars and grubs               Ground beetles
Grubs                                                               Spring Tiphia wasp
Aphids, mealybugs and others                     Hoverflies
Scale, aphids, mites, soft-bodied insects     Lacewings
Aphids, mites                                                  Ladybugs
Thrips, aphids, mites, scales, whiteflies      Pirate bugs
Caterpillars; beetle and fly larvae               Tachinid flies
Whiteflies; moth, beetle and fly larvae       Parasitic wasps

Source:http://www.grinningplanet.com/2005/04-26/beneficial-insect-natural-pest-control-article.htm

 
5 Comments

Posted by on September 21, 2007 in Article organic farming

 

Khasiat Herba Dlm Makanan Ayam Organik (herba)

1) Jintan hitam /habatussauda
• sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.
• mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.
• meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.
• ekstrak dari bijinya adalah toksik kepada sel kanser
• meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.
• dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel imuniti tubuh untuk meningkatkan penghasilan interveron
• melindungi sel-sel normal terhadap kesan virus yg boleh merosakkan sel
• menghancurkan se-sel tumor

2) Pandan
• membantu menghilangkan masalah angin

• merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia

3) Kunyit
• antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.
• berupaya menyembuhkan luka di dalam badan,
• mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin,
• membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah,
• membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.
• dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

4) Limau purut
• mengandungi antioksidan yg tinggi, kaya dengan flavonoid, polifenol

• mempunyai sifat-sifat anti bakteria.
• pelbagai vitamin dan bahan mineral termasuklah vitamin C, B1, B2, sodium, kalium, besi dan kalsium
• dipercayai berkesan utk mencegah penyakit jantung dan kanser kerana kandungan flavoniod dan polifenol yg tinggi

5) Halia
• membantu menghadamkan makanan
• membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
• boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
• bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman

Nota: Selain daripada ekstrak herba diatas biasanya ayam kampung  juga diberi makanan Campuran atau Sisa Makanan seperti: 

  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  •  Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  •  Ikan baja dan lain-lain ……..sumber bahan organik
 
3 Comments

Posted by on September 20, 2007 in Organic farming

 

Ternakan Ayam Organik

Dr Mohamad Zainol labur RM1 juta bagi membina ladang, cipta makanan ternakan sendiri 

TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.

Berikutan itu, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, seorang doktor perubatan, tidak teragak-agak melabur RM1 juta bagi membina ladang ternakan ayam di atas tanah wakaf seluas dua hektar di Sungai Liu, Ulu Langat.

Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.

Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.

Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.

Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.

“Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.

“Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.

“Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.

“Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.

Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.

Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.

“Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.

Ayam yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.

Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

“Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.

Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam yang diternaknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organic semakin meningkat di negara ini.

“Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.

Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.

Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.

Sumber: Berita harian 29 Ogos 2007

Nota: dalam proses untuk mengeluarkan telur ayam organik

– tambahan maklumat dan komen2 anda amatlah dialu-alukan 

 Alamat ladang ternak ayam organik

Lot 3864, Batu 23

Jln Sg Lui, Ulu Langat

Selangor.

contact dr Zainol

Makanan Ayam Bebas Enzim BABI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi Dalam Makanan Ayam semalam mengesahkan makanan ayam di negara ini halal selepas analisis DNA terhadap sampel itu tidak menemui sebarang enzim babi dalam bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

Jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu berpuas hati dengan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia, Makmal Kesihatan Veterinar JPH, Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia serta Jabatan Kimia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berharap hasil kajian itu akan melegakan semua pihak kerana penyebaran e-mel berkaitan penggunaan enzim babi dalam makanan ayam baru-baru ini, menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan masyarakat terutama umat Islam.

Katanya, pengesahan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menganggotai jawatankuasa khas berkenaan dan pelbagai faktor terutama aspek keagamaan diambil kira.

“Analisis DNA boleh membezakan ciri antara spesis dan ia mengesahkan tidak wujud enzim babi dalam bahan untuk menghasilkan produk itu. Hasil kajian ini memadai untuk menghapuskan perasaan was-was di kalangan rakyat.

“Yang pasti, usaha dibuat untuk mendapatkan keterangan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengenal pasti motifnya kerana sebarang isu berkaitan makanan adalah sensitif, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat,” katanya kepada Berita Harian.

Sumber: Berita harian ,Isnin 24/12/07

 
162 Comments

Posted by on September 19, 2007 in Article organic farming

 

Pestisid organik- neem + cili

1) cili + xtrak daun neem- Stoll, 2000: pp 109

bahan2:

10-20 biji cili api

2-2.5 kg daun neem

21 liter air

2 sudu besar serbuk sabun

lesung utk menumbuk

besen/baldi

cara2:

tumbuk cili api + daun neem hingga lumat

lps tu campur 1 liter air

rendam semlman

tapis

cara guna:

campur 20 liter air + sabun dan xtrak camp cili dan daun neem

lakukan semburan pada awal pagi dan lewat tgh hari

sasaran perosak:

armyworm

mosaic virus

whitefly

2) Cili + xtrak biji neem-Stoll,2000, p 109

bahan2:

12 biji cili api dipotong kecil

200gm biji neem tanpa kulit

4 liter air

pengisar

cara2:

lumatkan biji neem dan rendam semalaman

kemudian campurkan potongan cili dan tapis

cara guna:

xtrak sedia utk semburan

sasaran perosak:

afid

diamondback

serangga penghisap dan pemakan tumbuhan

moth

whitefly

 
2 Comments

Posted by on September 16, 2007 in Organic farming

 

Penyediaan ekstrak neem

1) DAUN -sridhar, Vijayalakshmi, 2002, pp 24-25

Bahan2
1-2kg daun neem
sabun pencuci pinggan
lesung dan batu
bekas plastik
getah pengikat
kain kasa
penapis

cara2
tumbuk daun sehingga lumat
tambah 2-4 liter air dan disimpan dlm bekas
ditutup dengan kain dan diikat dengan getah
biarkan 3 hari
lps tu tapis utk dptkan ekstrak

penggunaan:
1 liter xtrak + 9 liter air + 100ml air sabun
siap utk semburan

2) BIJI -sridhar, Vijayalakshmi, 2002, pp 24

bahan2
3-5kg biji yg dibuang kulit
100ml sabun
air
lesung ngan batu
bekas tanah liat
kain kasa
getah ikat

cara2
tumbuk lumat biji
campur dengan 10 liter air
simpan di dalam bekas tanah liat ditutup ngan kain dan diikat dengan getah selama 3 hari
tapis utk dptkan extract

guna:
1 liter xtract+ 9 liter air+ 100ml sabun

3) MINYAK NEEM -singh,singh, 2000, pp 5-7

bahan2

5 kg serbuk drpd biji neem

1/2 liter air panas

besen

sabun

cara2

masukkan serbuk biji neem ke dalam besen

letakkan air panas sedikit demi sedikit hingga sebati

lps tu campuran tadi diperah hingga keluar minyak

anggaran 650-750ml minyak neem akan diperolehi

Guna:

campur neem oil dengan sabun bergantung kepada aplikasi semburan

Contoh campuran 10 liter

cara nak buat campuran untuk 10 liter :
-1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil

dan ditambah air utk vol. 10 liter

 
2 Comments

Posted by on September 16, 2007 in Organic farming