RSS

Kompos organik bahan buangan dapur

30 Oct

Baja kompos cukup mudah dihasilkan di dapur atau ruang kecil di halaman rumah.
Melakukan kompos adalah satu cara semula jadi untuk mengitar semula. Proses penguraian atau pereputan akan tetap berlaku, justeru tiada yang merugikan jika proses berke-naan dilakukan dengan lebih pantas apatah lagi bahan kompos adalah produk yang bernilai serta berupaya untuk meningkatkan kualiti tanaman.
Melakukan kompos adalah salah satu cara semula jadi untuk mengitar semula, manakala menghasilkan baja kompos pula semudah membuat kek.Hanya campurkan bahan, kacau, ‘masak’ dan hasilnya, bahan kompos yang boleh dijadikan baja.
Bahan yang boleh digunakan untuk membuat kompos daripada sisa buangan dapur termasuk sisa kupasan atau bijian daripada sayur-sayuran atau buah-buahan, kulit telur, kulit kacang atau sebarang sisa sayur-sayuran dan buah-buahan.


Elak daripada menggunakan lebihan seperti sisa daging, tulang ikan atau ayam, bahan tenusu, minyak atau lemak kerana ia boleh menarik perhatian serangga.
Bahan daripada kebun yang, boleh dijadikan kompos, termasuk rumput kering, rumput, daun habuk kayu, rumpai, baja asli dan kepingan kertas kecil.
Sama ada anda mahu menghasilkan kompos daripada sisa dapur atau kebun, ada beberapa panduan asas perlu diikuti:
1. Pilih bekas yang sesuai untuk membuat baja kompos misalnya bekas yang diperbuat daripada kotak kayu atau bekas yang mempunyai wayar di sekelilingnya.
2. Letakkan bahan yang dijadikan kompos itu ke dalam bekas berkenaan.

3. Jika mahu bahan itu terurai lebih cepat, bahan tadi perlu dipotong atau dijadikan bahagian lebih halus.

4. Taburkan tanah atau kompos yang sudah siap ke atas timbunan bahan yang hendak dijadikan baja kompos itu.

– Lapisan ini mengandungi organisma mikro dan hidupan tanah yang melakukan tugas untuk mengurai bahan berkenaan.

-Lapisan itu juga membantu melembapkan kawasan permukaan bahan berkenaan.
-Kelembapan itu perlu di selaraskan dalam timbunan terbabit. Oleh itu, tambahkan rumput kering atau habuk kayu ke dalam bahan yang lembap itu atau tambahkan air jika timbunan bahan itu terlalu kering.


-Bahan perlulah lembap apabila disentuh tetapi tidak basah sehingga air menitis apabila bahan itu ditekan atau digenggam.
5. Biarkan timbunan bahan itu ‘masak’. Secara semula jadi, ia akan panas dengan cepat dan mencapai suhu yang dikehendaki iaitu 32 sehingga 60 darjah selsius dalam tempoh empat hingga lima hari.

6.  Kacau bahan kompos itu dengan penyodok jika mahu menyegerakan proses ‘memasak’ itu.

Timbunan kompos itu akan mengecil dan itu adalab petanda yang baik bahawa proses ‘memasak’ itu berjalan lancar. Jika timbu-nan kompos itu digaul se-tiap minggu, ia akan siap digunakan dalam masa sebulan atau dua bulan. Jika ia tidak digaul, timbunan kompos itu akan hanya sedia untuk digunakan dalam masa enam hingga 12 bulan.
-Bahan yang sudah siap dikompos itu akan kelihatan seperti tanah berserbuk berwarna hitam berserta kepingan kecil bahan organik dengan ball seakan-akan ball tanah.
-Apabila siap, baja kompos itu juga boleh dicampur sedikit tanah untuk digunakan sebagai baja tanaman anda.

Sumber: Harian Metro 23 Nov. 2003

 
1 Comment

Posted by on October 30, 2007 in Article organic farming

 

One response to “Kompos organik bahan buangan dapur

  1. agobiosolution

    May 10, 2010 at 2:28 pm

    Blog yang menarik. Thanks for sharing

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: