RSS

Monthly Archives: December 2007

Projek cendawan tiram kelabu

Sebagai persediaan untuk melaksanakan projek cendawan tiram kelabu secara komersil

beg2 cendawan disusun dalam bilik air yg tidak digunakan…lebih kurang hampir 70% beg telah mula dipenuhi dengan misilium-11/12/07

dua kali sehari bilik tersebut disiram dengan air begitu juga beg2 disiram dengan EMAS

 11 beg cendawan tiram telah dieram di dalam bilik air

1) 10/12/07 -1 Beg telah mula mengeluarkan bibit cendawan setelah 5 hari dibuka…keseluruhan beg telah putih dipenuhi misilium

hasil cendawan yg diperolehi dari 1 beg cendawan seberat 50gm

Beg cendawan akan dibuka semula pada 24/12/07

2) beg cendawan kedua mengeluarkan bibit cendawan pada 12/12/07 setelah beg dipenuhi misilium

sehingga tengahari 12/12/07 batang cendawan sudah mula memanjang keluar dan nampaknya terdapat lebih kurang 6-7 tangkai cendawan

ptg 12/12/07 cendawan sudah mula berkembang pada saiz sederhana

pagi 13/12/07 berkembang lagi…..arap2 berat lebih dari beg yg pertama

tepi cendawan sudah berombak dan sampai mase utk dituai

berat bertambah dari yg pertama iaitu 80gm….beg ditutup dan dibuka semula pada 25/12/07

3) Beg ketiga mula keluarkan cendawan pada 17/12/07

7 btg cendawan tiram kelabu bagi beg ketiga dengan berat 80gm…tuai pada 19/12/07

4) beg keempat mula mengeluarkan bibit cendawan pada 26/12/07

pagi…

kelihatan bibit2 cendawan kecil mula keluar

tengahari

batang2 cendawan mula memanjang keluar

Hasil dari beg keempat sebanyak 90gm-28/12/07 (pg)

dengan pengeluaran kira2 10 tangkai cendawan ader peningkatan berat

Dan hasil dari beg pertama utk kali kedua sebanyak 30gm bersamaan 1 tangkai cendawan-28/12/07 (pg)

  • Hasil pemerhatian menunjukkan hanya bongkah cendawan yg mempunyai pertumbuhan misilium yg menyeluruh memenuhi beg akan menghasilkan cendawan

Gambar hasilan cendawan yg menarik…1 tangkai dua kelopak bercantum berat dlm 30gm

5) Beg ke-5 dan ke-6 mengeluarkan bibit cendawan pada 4/1/08

6) Beg ke-7 mula keluarkan cendawan pada 5/1/08

Dengan berat 80gm dituai pada 7/1/08

  • Hasil paling tinggi pernah diperolehi dengan berat pada satu bungkah cendawan 100gm-18/01/08

Sebanyak 12 bongkah cendawan telah diperolehi dari FAF…kursus pada 5 jan 2008

  • sebanyak 3 bongkah CTK telah mula keluarkan bibit cendawan pada 9 Jan. 2008 (pagi)
  • 3 bongkah cendawan telah kena kulat hijau pada bhgn leher…takut nak bukak penutupnya merebak pulak nnti…so cemdawan keluar ikut pintu belakang

Alhamdulillah  dah hampir 80% beg cendawan dari 11 beg dah kuar hasil

Perbezaan saiz antara hasil CTK guna benih biji gandum (kecik) dan barli (besar)

PETUA2 TANAMAN DAN PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU (CTK)-

Simptom bongkah CTK

1- cendawan kuning-air yg tidak bersih
2- cendawan kerinting- terkena asap kebakaran atau bahang panas
3) Benih bahagian atas saja tak mahu turun ke bawah beg-abuk kayu berminyak atau campur ngan kayu hutan (kayu kuing)
4)benih turun separuh beg-abuk kayu banyak air

Penyakit bongkah CTK
-beg diserang semut bhgn bawah-pykt ulat halus di dasar beg cendawan
-pykt hijau-benih yg tercemar dan harus dibuang dan senang merebak
-pykt kuning pada tapak-abuk kayu yg basah kena hujan disimpan dlm guni lama atau abuk yg dimesin campur dengan abuk kering jika benih bermutu dan akan hilang kemudiannya
– kulat hitam mula2 keluar lendair dan akan hitam tapi tidak merbahaya
– kumbang hitam kecil sbbkan cendawan berulat, atasi dengan hapuskan kumbang dan akan berkurangan lama- kelamaan
– Bagi jangkitan hama hendaklah  bangsal hendaklah dikosongkan selama 8 atau 12 bulan utk elak hama menyerang kembali bongkah cendawan atau berpindah ke tempat lain

Fakta CTK 

– Biasanya apabila buka penutup bongkah/beg cend. pd  hari pertama, hari ke-4 sudah tumbuh dan pada hari ke-5 boleh dituai (petik)
berat hasil pertama dan kedua dengan anggaran hasil antara 80gm hingga 100gm dan seterusnya akan berkurangan hasil dalam beratnya
– kalau beg dibuka hingga 2 bulan lebih, tumbuh serentak tapi batang cendawan keras sedikit
– benih cendawan yg matang akan tumbuh cepat berbanding yg belum matang lambat dlm 12 jam atau 1/2 hari
–  suhu rumah cendawan yg baik ialah antara 22 hingga 30 darjah celsius
– Jika benih cendawan yang diletak kedalam beg cendawan sedikit maka misilium yang terhasil adalah nipis dan lambat memenuhi bongkah cendawan, tapi jika benih yang diletak dalam beg cendawan, misilium yang terhasil cepat memenuhi bongkah cendawan dan warna putih misilium adalah ketara.

-Sumber ayne – thread cendawan(www.bicarajutawan.com)

maklumat asal: Hj.Paiman, Serom Muar

p/s: malumat dari penguasaha veteran /senior cendawan ……maklumat ini sebagai panduan sahaja dan banyak kaedah penjagaan telah diperbaiki dari masa ke semasa utk menghasilkan CTK yang banyak dan berkualiti

Advertisements
 
17 Comments

Posted by on December 10, 2007 in Uncategorized