RSS

Kempen Mesra Alam

27 May

UUM haramkan guna polisterina

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina di dalam kampus bermula sesi Julai ini melalui program Kempen Mesra-Eko (RFC).

Kempen bertemakan Hidup Dalam Harmoni itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar kepada komuniti kampus.

Pengarah Jabatan Canselori UUM, Mohd. Zaini Nasri berkata, bagi menjayakan kempen tersebut semua pengusaha kantin diminta tidak menggunakan bekas polisterina sebaliknya pelanggan diminta makan di kafeteria menggunakan pinggan.

Selain itu, katanya mereka juga boleh membawa sendiri bekas makanan atau membeli bekas makanan ‘pek-eko’ berharga 20 sen sekiranya berhajat membawa pulang makanan.

“Melalui kempen ini juga, UUM berhasrat menghapuskan penggunaan beg plastik dan hanya membenarkan penggunaan beg kertas atau beg tenunan ataupun kanvas yang akan dijual di Koperasi UUM,” kata Mohd. Zaini di sini semalam.

Mohd. Zaini berkata, bekas polisterina mempunyai impak yang besar kepada alam sekitar kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya.

Sumber: Kosmo online 27 Mei 2008

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: