RSS

Restoran Ayam Organik HPA (Radix Fried Chicken-RFC)

29 Jun

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000.

“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

petikan daripada: hmetro keluaran 2 Jun 2008 laman ekonomi

Rujukan:

Waktu operasi RFC :

Isnin – Ahad : 10.30 pagi – 11.00 malam

Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari – 2.30 petang

Menu :

  • Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
  • 5 jenis Value Meal
  • Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry

“LAZAT LAGI BERKHASIAT!”

RADIX FRIED CHICKEN 

Lot.95-97 Jalan Legenda Height

08000 S.Petani, Kedah

No.Telefon RFC: 04-4254717

Sumber: Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

 
23 Comments

Posted by on June 29, 2008 in Iklan Semasa

 

23 responses to “Restoran Ayam Organik HPA (Radix Fried Chicken-RFC)

  1. Mohd Hatta

    November 26, 2008 at 5:22 am

    Salam, tahniah di atas kejayaan HPA industries yang berjaya meletakkan HPA ti satu tahap yang setanding dengan QSr yang lain-lain di Malaysia.

     
  2. Mohd Shukri

    January 19, 2009 at 3:42 am

    Assalamualaikum.

    Bagaimana cara untuk menjadi francais RFC di Alor Star atau Jitra. Berapa kos yang diperlukan. Harap dapat penerangan lengkap dan pihak yang boleh berurusan.

    Terima kasih.

     
  3. noor fazni

    April 23, 2009 at 5:11 am

    Tahniah atas inisiatif anda menjadi alternatif kepada restoren makanan segera sedia ada sekarang ini. Anak2 saya tak sabar nak tunggu kedatangan RFC di KL…Agak2 bila tu???

     
  4. guya

    September 26, 2009 at 4:10 pm

    Salam…saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puas hati teramat sangat dengan perkhidmatan pengurusan
    restoren radix jalan arau kodiang….Pada jam lebih kurang 1.1o th 26 sept 2009 saya singgah untuk merasakan kelazatan nasi ayam radix di restoren jalan arau kodiang.Apa yang paling-paling mengecewakan saya ialah tentang pengurusan kaunter yang terlalu lemah dan memualkan.Apa tidaknya…..bilangan k/tangan yang tidak mencukupi akan membuatkan pelanggan akan berasa meluat untuk singgah untuk kesekia kalinya…Apa yang saya perhatikan pekerja yang menerima order adalah orang yang akan menyediaka minuman dan dalam masa yang sama ia juga adalah cashier…ini sudah tentu melambatkan proses pelanggan untuk menikmati apa saja pesanan yang ditempah ….selain dari itu ia secara tidak langsung pengurusan HPA memaksa pelanggan berdiri lama untuk membuat tempahan…Amin…019 4293181

     
  5. Tolong lah...

    October 2, 2009 at 1:10 am

    Salam…mintak tolong la sapa2 yg boleh buka franchsie radix kat shah alam ni….majoriti Islam…pasti popular mengalahkan KFC and McD…..kami menunggu!!!!!!

     
  6. kak r

    October 8, 2009 at 8:58 am

    Assalamualaikum,

    Akak juga ingin tahu bagaimana untuk membuka francais dan berapa kosnya.

    KL

     
  7. mohd

    November 2, 2009 at 3:19 pm

    Tuan,

    Saya juga berminat untuk membuka francais di Trengganu.Bagaimana saya nak berurusan…

     
  8. Noor Ashikin

    November 13, 2009 at 3:50 pm

    Saya amat berminat untuk membuka francise of RFC.Bagaimankah cara dan syarat syaratnya. Buat Pengetahuan pihak tuan saya tinggal di Cheras batu 9

     
  9. NORARZELINA BT NOORDIN

    November 21, 2009 at 6:03 am

    bagaimana cara menjadi francais dan kos menjadi francais?

     
  10. zulkifli

    December 29, 2009 at 5:45 am

    asalamualaikum…saya ingin tahu,bilakah krusus2 terbaharu yang akan diadakan..saya dimelaka.saya amat berminat dengan perniagaan rfc ini.kalau ada apa2 maklumat krusus tolong hubungi saya 019-6268311 zulkifli

     
  11. rashidi

    April 10, 2010 at 4:54 am

    Salam,

    Kami tertarik dengan francais RFC. Ingin buka di USJ1. Bagaimana cara memohon. Terima kasih.

     
  12. azemi

    April 26, 2010 at 5:49 am

    Salam.
    Tahniah kepada RFC diatas keluaran ayam goreng. Saya pernah mencuba sekali di Sg Petani, diharap pertingkatkan lagi mutu Ayam Goreng dan Kentang (agak masin) semasa saya mencuba. Walaubagaimana pun saya ucapkan tahniah demi produk status kehalalan nya.

     
  13. Wan

    June 7, 2010 at 6:07 am

    assamualaikum…saya bersunguh sungguh ingin membuka cawangan di Shah Alam kerana majoriti penduduk adalah melayu dan inginkan makanan yang halal dan tidak meragukan. sila beri tunjuk ajar bagaimana ingin membuka fracais RFC…0173147716

     
  14. azhar ismail

    June 7, 2010 at 6:55 am

    semuanya di tangan anda ,buatlah pilihan yang bijak.

     
  15. kartini binti mat saad

    July 31, 2010 at 3:03 pm

    salam. saya ingin membuka cawangan restoran RFC di senawang. Apakah syaratnya dan berapakah modal yang diperlukan? Jika kami kekurangan modal bolehkah kami membuka kios dan sebagainya?

     
  16. sharulnizam mohd saari

    August 2, 2010 at 8:01 am

    salam, saya sgt berminat utk membuka francais RFC di tempat sy di DENGKIL, sila beri tunjuk ajar bagaimana utk membuka francais dan adakah sy boleh membuat loan utk francais RFC.

     
  17. helmiza

    September 1, 2010 at 3:07 am

    mcmne klau saya nk buka cawangan kat shah alam nieee..mcmne nk berurusan dgn sape…

     
  18. ahmad

    September 13, 2010 at 6:18 am

    askum tuan. saya berminat untuk membuka rfc di tempat saya, parit buntar. saya ingin tahu berapakah modal permulaan? dan apakah langkah langkah mula yang perlu saya ambil? terima kasih……..

     
  19. ding

    September 28, 2010 at 5:05 am

    a’kum
    saya berminat untuk mengetahui bagaimana utk membuka francais RFC di tempat saya di kuala terengganu. boleh bagi panduan @ cara untk buka francais tersebut

     
  20. Ani

    October 20, 2010 at 12:10 pm

    Pihak kami berminat untuk menjalankan francais rfc. Hubungi saya diemail diatas.

     
  21. fadal bangi

    December 22, 2010 at 3:59 am

    bila radix friedchicken nak buka di bandar baru bangi

     
  22. sarah

    February 26, 2011 at 8:56 pm

    assalamualaikum…saya bertminat untuk membuka RFC di tempat saya..apakah langkah permulaan saya perlu ambil.?dan sekiranya kita ada idea dari segi lokasi, adakah pihak syarikat akan berurusan dengan pihak perbandaran atau semuanya perlu diuruskan sendiri?
    dan bagaimana dari segi pemilihan pekerja dan adakah pihak syarikat memberi kursus kepada pekerja-pekerja baru ataupun semuanya ditanggung pemilik cawangan RFC itu sendiri?

     
  23. parin

    April 14, 2012 at 10:33 am

    salam sejahtera. saya ingin membuka cawangan RFC di daerah kuala selangor. sila tunjuk ajar

     

Leave a reply to sharulnizam mohd saari Cancel reply