RSS

Pinggan ubi kayu boleh dimakan dan mesra alam

18 Dec

Pinggan pakai buang ubi kayu
Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari.

pinggan-pakai-buang-yang-boleh-dimakan-dihasilkan-daripada-ubi-kayu

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. ‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
Sumber berita harian online
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Pinggan dan mangkuk mesra alam boleh didapati di laman web nie…..

http://safglobalsolutions.blogspot.com/

 
13 Comments

Posted by on December 18, 2008 in Uncategorized

 

13 responses to “Pinggan ubi kayu boleh dimakan dan mesra alam

  1. GEM Community

    January 14, 2009 at 4:09 pm

    FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (GEM Community) – http://www.gem.socialgo.com

    DIREKTORI Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia – http://www.pertanianmalaysia.blogspot.com

    Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang (Walet/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang (Walet/Walit) – http://www.gem.tl.my

     
  2. hada

    July 29, 2009 at 9:14 pm

    good info..
    its realy help me.

     
  3. sxs145

    August 10, 2009 at 1:33 pm

    Saya ada menjual pinggan mangkuk mesra alam buatan Malaysia yang diperbuat dari sekam padi, sabut kelapa, hampas tebu, ubi kayu, rumput, dsb. Sila lawati laman web saya di http://safglobalsolutions.blogspot.com/.

     
  4. zety

    September 10, 2009 at 12:22 am

    masyaallah,,biar btol bleh makan pinggan tu?

     
  5. Raja Manor

    November 19, 2009 at 10:10 am

    Asalammualaikum,

    Saya hendak menanam ubi kayu di kawasan yang agak luas lebihkurang 100 ekar dan akan menanam 15 ekar setiap bulan.
    Ubi jenis apakah yang baik untuk di tanam?
    Bagaimana dengan pasrannya?

     
  6. Raja Mansor

    November 19, 2009 at 10:12 am

    Asalammualaikum,

    Saya hendak menanam ubi kayu di kawasan yang agak luas lebihkurang 100 ekar dan akan menanam 15 ekar setiap bulan.
    Ubi jenis apakah yang baik untuk di tanam?
    Bagaimana dengan pasarannya?

     
  7. yunus

    March 9, 2010 at 7:33 am

    Salam….
    saya dari politeknik jb…
    saya ingin membuat kajian tentang pinggan ubi kayu ini..
    kalau boleh kami memohon pihak tuan/puan…
    memberi kerjasama untuk menjalankan hasil kajian kami..
    kami ingin mendapatkan pinggan ini..
    serta kami mahu alamat syarikat ini dan nombor telefon bagi memudahkkan kami menhubungi pihak tuan/puan..
    kami berharap tuan/puan boleh berkerjasama bagi memberi maklumat kepada kami…
    sekian terima kasih….

     
  8. she

    August 10, 2010 at 2:37 pm

    great!the info really help me….to make a presentation about recycle item (go grean)

     
  9. fath

    February 17, 2011 at 4:26 am

    di mana boleh saya dapatkan produk ini?reply me asap… thank you!

     
  10. wanny hunny

    March 3, 2011 at 1:41 pm

    saya pelajar ipta , saya tgh menjalankan kajian tentang pinggan ubi kayu (green campaign) dalam masa terdekat ini. saya mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama , dan kalau boleh saya ingin dapatkan produk ney utk bahan kajian saya nanti . harap pihak tuan dapat memberi maklumbalas dgn segera . sekian, terima kasih .

     
  11. haqi nazily

    March 16, 2011 at 1:21 am

    sya dri mrsm….sya ingin mlakukan kjian sem ntuk tahun ini…boleh x anda bri alamat supplier pinggan ubi kayu??

     
  12. ieman

    June 29, 2011 at 4:05 am

    Dear author,
    I would like to use one of the picture (pinggan ubi kayu boleh dimakan) for our publication. May I know how to apply? How can I email you for the details?

     
    • asastaniorganik

      July 8, 2011 at 3:27 am

      That picture is not mine…it’s from kosmo online
      tq

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: