RSS

Kultur Tisu_pisang

18 Aug

Kultur tisu pisang

Hasil dari satu induk sulur yang dipilih bebas dari penyakit terutama penyakit bawaan tanah kulat fusarium- fusarium oxsyporum cv. cubense

Jenis pisang yang biasa dikultur adalah jenis pisang berangan, pisang mas, pisang rastali, pisang cavendish atau montel dan lain-lain pisang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Pisang yang diklon haruslah mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik iaitu ciri-ciri pertumbuhan yang tinggi seperti berbuah dengan tandan yang berat, berbuah awal, bebas  atau rintang dari penyakit dan sihat.

Biasanya kerja-kerja pengklonan sulur pisang ni dijalankan di makmal yang mempunyai peralatan yang lengkap seperti bilik media, bilik kultur, bilik pertumbuhan yang bebas kuman dan suhu yang sesuai .

Terdapat 5 peringkat asas dalam kaedah pengklonan atau mikropropagasi ini iaitu :

1- penyediaan bahan kultur – sulur pisang

Terdapat dua jenis sulur pisang iaitu sulur pedang dan sulur air. sulur pedang sesuai dijadikan sulur pisang yang diklon kerana pertumbuhan yang aktif dan subur berbanding sulur air yang kurang subur dan pertumbuhan yang perlahan.

sulur pedang- mempunyai daun yang runcing dan tirus ke atas biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga 50sm

sulur air -pertumbuhan daun yang lebar dan tiada perbezaan saiz pangkal dan batang pseudo

http://uq.edu.au/_School_Science_Lessons/UNBiology1.html

Gambar terperinci keratan rentas batang pisang dengan umbisi (corm). bahagian yang perlu adalah umbisi dan seludang daun yang terdapat pertumbuhan tunas  (buds) untuk dikulturkan dalam media.

2-Inisiasi kultur-Pertumbuhan awal kultur

3-Penggandaan

4-Pemanjangan

5-Pembentukan akar

Penyediaan media kultur

Terdapat 3 jenis media bagi kultur tisu pisang iaitu:

1-Media pertumbuhan kultur tanpa hormon

2-Media penggandaan dengan hormon (BAP-benzyilaminopurine)

3-Media dengan penggalak akar -arang teraktif (activated charcoal)

Media atau bahan pertumbuhan kultur mengandungi komposisi /elemen mikro, makro dan vitamin yang sesuai bagi pertumbuhan awal sulur.

Sama ada disediakan melalui penyediaan bahan-bahan  larutan kimia sebagai stok atau menggunakan serbuk yang lengkap dan sedia digunapakai. Media yang digunakan adalah media MS (Murashige & Skoog, 1962).

Bagi pengeluaran klon tisu kultur pisang secara besar-besaran penyediaan media kultur dengan larutan stok adalah diperlukan.

Secara amnya perkara-perkara yang perlu dalam proses  kultur tisu adalah :

1- Ruang pemindahan atau pengkulturan yng bersih bebas kuman atau steril

Perkara penting dalam ruang pengkulturan adalah bersih (steril) dengan menyapu ruang dalam kotak dengan larutan 70% alkohol atau 10% klorox atau larutan peluntur. Semua bahan yang tersedia dalam kotak kultur adalah betul-betul steril. Tangan juga perlu bebas kuman. Peralatan kultur juga boleh direndam dalam larutan 70% alkohol

a-Kebuk wasap udara (laminar air flow)

http://www.omnisterra.com/botany/cp/slides/tc/tc.htm

b-i-menggunakan bekas akuarium ikan

b-ii-kotak plastik

b-iii-kotak kertas yang dibalut plastik

Jar  bekas media yang boleh diautoklaf tahan pada tekanan dan suhu tinggi

Gambar 2 jenis bekas media yang sedia steril

Sumber:http://www.kitchenculturekit.com/StiffAffordablePTCforhobbyists.htm

2-Bekas kultur

Gambar dua jenis forsep yang boleh digunakan

3-Forsep

4-Periuk tekanan tinggi

5-alat penimbang elektronik

pH meter

6- pH meter/ kertas pH

7-Larutan peluntur (clorox)

8- Isopropil alkohol (70%)

9- Air suling steril

Jenis-jenis skapel yang biasa digunakan dalam makmal

10- skapel atau pisau cukur

11-media kultur

Bagi ujian percubaan dirumah boleh menggunakan media ini:

MS 2 liter 2 peket dgn vitamin + 2 peket agar 9 gm /satu + 5ml PPM + satu jns hormon dicadangkan BAP (benzylaminopurine)

Harga termasuk penghantaran US dollar 22

Boleh didapati di laman web

http://www.hometissueculture.org/


 
19 Comments

Posted by on August 18, 2009 in Uncategorized

 

19 responses to “Kultur Tisu_pisang

  1. mohammad rozli

    April 1, 2010 at 3:37 pm

    Salam tuan,mohon jawapan..dimana saya boleh dapat menyertai kursus membiak anak benih dengan kaedah tisu kultur ini dan bagaimana caranya. Terima Kasih!

     
    • asastaniorganik

      April 6, 2010 at 2:54 pm

      walaikumsalam…en mohammad
      saya tahu one forumer di bicarajutawan ada membuat kursus kultur tisu….Pn murni (area utara) boleh cari maklumat di sumiplanttech blogspot mungkin ada menganjurkan kursus jugak…..

       
  2. hamizun

    April 22, 2010 at 4:47 am

    terimakasih tentang maklumat. tolong hantar cara-cara melakukan tisu kultur

     
    • asastaniorganik

      April 30, 2010 at 9:11 am

      salam…
      en hamizun…
      saya ada seorang kenalan yg membuat dvd kultur tisu pisang dan nanas…dari awal kultur hingga tanam di tanah…harga dalam us dollar…30…jika berminat …saya akan kirimkan detail kenalan saya tu
      wasalam

       
      • Mohd Tahir Rajak

        May 31, 2010 at 2:20 am

        Kat mana saya boleh beli DVD tentang kultur tisu pisang dan nenas tersebut, boleh bagi alamat dan kos harganya sekali

        Mohd Tahir Rajak 0148933832

         
      • asastaniorganik

        July 2, 2010 at 2:48 am

        salam…
        saudara blh hubungi saudara novi di link ini…http://www.kuljar.com/

         
      • hersi susanti

        March 25, 2011 at 2:47 am

        mohon dibantu kirimkan info mengenai kultur tisu pisang @ nanas,sy punya hajat ingin belajar…bila ada vcd/buku ataupun kursus tlg ksh alamatnya.

        salam

         
      • Muhamad Azam Abu Bakar

        April 9, 2011 at 2:10 pm

        Salam.saya sangat berminat dengan kultur tisu pisang.saya mau beli DVD tersebut.

         
  3. nabila

    May 24, 2010 at 5:04 am

    sacara detail, dari 1 induk pisang boleh mghasilkan bpe benih baru scra keseluruhan?
    apakah perbezaan sntara medium MS + air kelapa muda & tanpa air kelapa?

     
    • asastaniorganik

      July 2, 2010 at 3:08 am

      salam…
      Jumlah anak pokok baru terhasil dari 1 induk pisang tergantung kepada banyak perkara…biasanya…kultur pertama 1 terbahagi kepada 2 dan seterusnya hasil kepada 3 hingga 7 tunas dalam satu subkultur…Jika dibuat hitungan kira2 dalam maksimun 5 hinggga 6 kali subkultur boleh menghasilkan 150 hingga 500 anak benih baru.

      air kelapa mengandungi jumlah vitamin dan mineral yg baik utk pertumbuhan pisang dalam kultur. mungkin berbeza dari segi pertambahan jumlah bilangan tunas atau pucuk yang terhasil berbanding MS w/o air kelapa…

      p/s…pandangan saya dari segi pengalaman dan pemerhatian dlm bidang kultur tisu pisang

       
  4. pak lang

    June 21, 2010 at 9:00 am

    saya berminat untuk memiliki dvd kultur tisu berkenaan. bolehkah dibeli dengan harga rm30 sahaja?.

     
  5. zahar

    July 1, 2010 at 7:20 am

    saya minat pasal dvd tisu culture tu..ble uruskan untk sy skli x?

     
  6. mandy

    July 19, 2010 at 2:33 pm

    slm sejahtera,

    boleh tak saya tanam pisang tu di kebun yang sama bertanamkan kelapa sawit?

    terima kasih

     
    • asastaniorganik

      August 21, 2010 at 3:20 am

      tanaman pisang boleh ditanam dikebun yang sama tanaman kelapa sawit yg baru ditanam…asalkan pokok pisang mendapat cukup cahaya untuk pertumbuhan.

       
  7. wak mizan

    July 30, 2010 at 11:16 am

    assalamualaikum,

    saya tinggal di muar johor. boleh bagitau mana2 individu di kawasan muar atau batu pahat yang ada buat tisu kultur pisang. saya nak datang belajar.

    terima kasih

     
  8. muziq happy

    December 25, 2010 at 11:25 am

    keterangn yng dberi hrpla mngunakan bahasa malay

     
  9. razip

    February 15, 2011 at 4:49 am

    saya ada mengusahakan beberapa ekar ladang pisang. masalah saya adalah untuk mendapatkan bekalan anak pisang tisu.sekiranya adapun harga yang ditawarkan agak mahal,maka saya ingin belajar menghasilkan sendiri anak benih pisang tisu bagi mengurangkan kos.maka saya ingin tahu agensi apa, di mana dan bila kursus menghasilkan anak benih pisang tisu diadakan.untuk makluman saya tinggal di muar.

     
  10. Zairos Fadiela Zainal Abidin

    March 10, 2011 at 4:52 am

    Assalamualaikum.wbth..

    Saya berasal dari KOta Bharu. Sebagai pertanyaan, mcana cara yang terbaik untuk saya dapatkan benih pisang (sulur) untuk dijadikan induk kultur tisu?

     
  11. Rahmat Md.habeb

    August 8, 2012 at 1:41 pm

    Saya amat tertarik dengan pembiakan benih tanaman menggunakan kaedah tisu kultur. Saya bercadang ingin mempelajari teknik tisu kultur atas faktor minat dan hobinya.

     

Leave a reply to asastaniorganik Cancel reply