RSS

Category Archives: Iklan Semasa

Hasilan Enzim Bahan Buangan Dapur Alternatif Baja Tanaman

Kebaikan enzim sampah – Kuasa untuk menyelamatkan dunia ada di dalam sampah di dapur anda

 

BAHAN buangan ini mudah ditemui di dapur.
“Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon.

Merawat dunia? Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan maksudnya. Formulanya mudah: penapaian sampah dari dapur anda dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan untuk memulihkan cuaca bumi.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dari hari pertama anda memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon.

Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.

Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.

Biarpun masih belum dapat membuktikannya melalui ujian makmal, banyak keajaiban telah disaksikan hasil usaha Joean, ibu kepada tiga orang anak.

Ilmu yang dipelajari daripada seorang pensyarah dan doktor dalam perubatan alternatif di Thailand, Dr. Rosukon Poompanvong, ini mula mendapat perhatian dan kini memperoleh permintaan sehingga ke beberapa negara di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

“Pokok naga di sebuah ladang di Seremban yang disembur enzim sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengeluarkan sehingga 40 biji buah dari sebatang pokok, sedangkan pokok naga pekebun lain hanya dapat mengeluarkan maksimum 10 biji. Perbezaannya ialah empat kali ganda.

“Seorang wanita yang mempunyai 60 pasu pokok bunga orkid pernah merungut pokok yang ditanam sukar untuk berbunga, tetapi selepas menyembur enzim yang dihasilkan sendiri, bunga berkembang sehingga 60 peratus lebih banyak tanpa bantuan baja herbisid,” kongsi Joean tentang kebaikan enzim kepada bidang agro.

Tidak melibatkan kos yang besar, enzim yang dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan.

Produk Enzim

“Enzim yang terhasil akan melakukan magik untuk anda. Pengusaha restoran yang sebelum ini mempunyai masalah lalat yang banyak di kawasannya sekarang dapat berniaga dengan tenang selepas beliau mengelap meja menggunakan enzim yang dihasilkan sendiri,” kongsinya.

Tidak menolak sangkaan ramai bahawa penapaian akan menghasilkan bau yang teruk, wartawan Kosmo Ahad diberi peluang menghidu enzim yang dihasilkan dan nyata ia tidak seteruk yang disangkakan. Tambahan pula penapaian dilakukan dalam bekas kedap udara.

“Setiap kali kita melintas tong atau longgokan sampah, kita akan terhidu bau masam yang busuk. Itulah gas metana. Apabila ia dibebaskan ke udara, ia membentuk gas karbon dioksida yang memerangkap sehingga 21 peratus haba berbanding keupayaan gas karbon dioksida.

“Jadi, bayangkan apa yang sedang kita lakukan semasa kita membuang sampah,” usul anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang ini.

Sumber:

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my

Advertisements
 
23 Comments

Posted by on August 4, 2008 in Iklan Semasa

 

Jualan pakaian muslimah Online

http://aniey82.blogspot.com/

http://hilyah.com/

http://tudungdanblauslabuh.blogspot.com/

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2008 in Iklan Semasa

 

Restoran Ayam Organik HPA (Radix Fried Chicken-RFC)

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000.

“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

petikan daripada: hmetro keluaran 2 Jun 2008 laman ekonomi

Rujukan:

Waktu operasi RFC :

Isnin – Ahad : 10.30 pagi – 11.00 malam

Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari – 2.30 petang

Menu :

  • Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
  • 5 jenis Value Meal
  • Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry

“LAZAT LAGI BERKHASIAT!”

RADIX FRIED CHICKEN 

Lot.95-97 Jalan Legenda Height

08000 S.Petani, Kedah

No.Telefon RFC: 04-4254717

Sumber: Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

 
23 Comments

Posted by on June 29, 2008 in Iklan Semasa

 

Senarai Pengedar Ayam organik

Untuk mendapatkan bekalan ayam organik:

Senarai pembekal ayam organik:

  1. http://www.azzain.com/

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia.
Tel 603 92811802 / 92816924
Fax 603 92816925

atau layari website utk senarai pengedar terkini ayam organik Dr. Zainol

http://www.azzain.com/distributors.htm 

  1. En Husairi kajang/bangi 0193324345
  2. En Che Muda Bangi 0123245988
  3. Tn Haji Azhar Gombak/batu caves 0122882265
  4. En Jumhat atau Puan Maznah 019 2298950 atau 019 3173330
  5. En nazaruddin 012 22785502
  6. Puan Zainun 019 2774927 Subang Jaya
  7. Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu
  8.  Pasar Tani Putra jaya Hari Jumaat
  9. Pasar Tani Kerinchi ( Kuala Lumpur) . Taman Angkasa Hari Ahad.

Terengganu.

  1. Ustaz Hanafi:  017-9557234)
  2. En. Ibrahim Che Mat ~ejen pemasaran di talian 012- 952 1672

syarikat kami mengeluarkan ayam organik beku dipotong 4 (ayam daging bulu putih) di ternak dengan kaedah organik di bawah seliaan Dr.saari Husin ~bekas jururunding projek ayam organik HPA Ind. Sdn Bhd. Produk kami setanding dengan produk yang beliau telah selia untuk syarikat berkenaan.
Semua aktiviti penternakan kami berpusat di daerah besut, terengganu

Kedah

1. PENGEDAR AYAM ORGANIK ENTERPRISE
EN. ABBAS – 017-6782909
Taman Peruda, Sg. Petani. Kedah.
abbasziae@gmail.com

Selangor

1.  Kuala Langat & Sepang.
Hubungi : Hj. Din Phone:013-2322911
Home:03-31203153

2.  Shah Alam

Hj. Jaludin: 013-3435534
Kurishah: 013-3653934

3. Kajang

DAPATKAN BEKALAN AYAM KAMPUNG ORGANIK DARI PENGEDAR KAMI :

a. Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261

103-1A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, Kajang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
43000

b. En. Shukri – 012-239 4755

c. En. Azzari – 019-232 0304

Maklumat lanjut sila email kepada sales@soletrade.com.my

PENGEDAR AYAM ORGANIK DISELURUH NEGARA DIPERLUKAN

Nota: Minima 300 ekor ayam utk penghantaran kepada bakal pengedar ayam organik dari luar lembah Klang

Hubungi : Soletrade (M) Sdn Bhd. – 03-8734 6261

Sila email kepada sales@soletrade.com.my

4. freerangeorganicchic.blogspot.com

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kepada sesiapa berminat untuk membeli ayam kampung organik dan ayam daging jenama Azzain, sila hubungi kami. Kami menjual ayam kampung organik di dalam dua saiz – L (1.6kg) & XL (1.8kg). Kami juga menjual bahagian2 dan produk ayam daging seperti kepak(1kg), drumstick(1kg), dada(1kg), peha atas/thigh(1kg), sosej(300g), burger ayam(550g) dan bebola ayam(300g).

Kepada sesiapa yang berminat boleh datang ke premis kami di alamat No. 35, Jalan BPP4/1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (di belakang Pasar Borong Selangor).

Penghantaran PERCUMA boleh juga dibuat kepada yang tinggal berdekatan seperti Puncak Jalil, Taman Universiti, Tmn Equine, Taman Lestari, Pinggiran Putra dan kawasan yang berdekatan. Untuk Penghantaran ke Serdang, Cyberjaya dan Putrajaya pula caj akan dikenakan (bergantung kepada berapa banyak yang dihantar – percuma jika melebihi 5 ekor ayam). Untuk penghantaran sila hubungi/SMS talian 0133945862.

Anda juga boleh layari blogspot kami untuk mengetahui lebih lanjut maklumat berkenaan HARGA dan PRODUK ayam kampung organik dan ayam daging :

5. Padang Jawa,Klang
Hp Num: 012-3338961 (tgazlina)
Khidmat penghantaran juga akan disediakan.

Johor

1.Kluang, johor

Nabiharfis Enterprise
15, Jalan Majupadu 8
Taman Majupadu
Kluang, Johor

Tel/Fax : 07-7732413
H/P: 013-7201972

Kelantan

  1. Lot 377A Jln Kelocor
    15300 Kota Bharu
    Kelantan

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar mobile atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian:

Harith 017-9690140
Ali 019-9650140/0123748431

  1. Sham-0199661222 (Jeli, Kelantan) .siap disembelih dan dipotong kepada empat bhgn.
  2. Az-Zain
    Lot 2165, Batu 3,
    Jalan Kuala Krai,
    15150 Kota Bharu,
    Kelantan.
    Tel: 012-945 4453 (Nik Zuraifah)
    012-311 2715 (Nik Zainah)

Lokasi berhampiran dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh.
Dapatkan Ayam Organik yang dijamin 100% produk Islam

Pahang

1.  Eddy (Kuala Lipis, Pahang) menjual ayam kampung organik. Berat seekor 1-2kg, keupayaan pengeluaran 2000-4000 ekor seminggu. Berminat jadi pengedar hubungi 012-3849263

 
60 Comments

Posted by on June 17, 2008 in Iklan Semasa