RSS

Category Archives: Uncategorized

Aside

Khasiat makanan sunah Rasulullah


SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.

Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.

Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.

Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.

“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.

“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.

Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.

Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.

Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.

SETIAP individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. – Gambar hiasan

Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.

Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.

“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.

“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.

Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.

Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.

Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.

Makam Firaun

Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.

Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.

Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.

“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.

“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Lewatkan penuaan

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.

“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau

sumber: kosmo online 22 Oktober 2012

Habbatus sauda

 
Leave a comment

Posted by on October 22, 2012 in Uncategorized

 

Guna barang kitar semula

Pembersih hampagas dibuat daripada kadbod

JAKE TYLER bergambar bersama pembersih hampagas ciptaannya yang diperbuat daripada kadbod.

LONDON – Seorang pencipta Britain berusia 22 tahun, Jake Tyler mencipta pembersih hampagas daripada barangan kitar semula kadbod, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan pelajar rekaan industri di Universiti Loughborough berharap ciptaannya itu akan dapat dijual di pasaran Asia seperti China dan Hong Kong.

Tyler mencipta pembersih hampagas itu dengan kerjasama kakitangan syarikat pengeluaran peralatan pembersihan, Vax di Worcestershire.

Syarikat itu tertarik dengan ciptaan Tyler sehingga ia berhasrat untuk dipasarkan. – Agensi

Sumber: kosmo online berita dunia (8 Julai 2011)

 
1 Comment

Posted by on July 8, 2011 in Uncategorized

 

Media Tani Organik

 
Leave a comment

Posted by on June 15, 2011 in Uncategorized

 

Jualan biskut makan harian atau musim perayaan

Biskut jualan sebagai kudapan harian dan musim perayaan

1) Biskut cip coklat (Hersheys)
50pcs RM28.00

2) Tart gulung nenas
50pcs RM21.00

Homemade jem nenas

3) Biskut samperit pandan
50pcs RM 20.00

Kesemua biskut menggunakan mentega untuk rasa biskut yang lazat

Hubungi Aziah di talian 019-2481584 (lokasi Semenyih)

 
1 Comment

Posted by on May 20, 2011 in Uncategorized

 

Serat batang pisang -bantu kurang pencemaran laut (tumpahan minyak)

BUKIT MERTAJAM 12 April — Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) di sini yang mewakili Malaysia pada pertandingan Reka Cipta Sains Remaja Beijing di China baru-baru ini mengharumkan nama negara selepas memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu.

Mas Aidil Mas Rosemal Hakim, 18 dan Nurein Ardini Samsuri, 16, memperoleh kejayaan itu menerusi hasil ciptaan mereka yang dikenali sebagai MoBanT Fibre, iaitu serat daripada batang pisang yang mampu menyerap minyak dalam air bagi mengelak pencemaran alam sekitar terutama di laut.

Menurut Nurein mereka mendapat ilham untuk mencipta produk itu selepas melawat rumah Mas Aidil yang mana ibu bapanya hanya membuang begitu sahaja batang pisang selepas mengambil buahnya.

“Jadi, kami pun membuat kajian mengenainya dan mengambil masa selama satu tahun setengah untuk melakukan proses penyelidikan dan kajian (R&D) dengan bantuan pelbagai pihak antaranya Universiti Sains Malaysia (USM) serta guru penasihat, Go Seow Ann,” katanya pada sidang akhbar di SMSTSSS di sini hari ini.

Selain tempat pertama, pasangan berkenaan turut memenangi anugerah istimewa daripada Syarikat Semia, sebuah syarikat di China, pada pertandingan yang menyaksikan sebanyak 1,268 projek mengambil bahagian.

Pertandingan anjuran Beijing Association for Science and Technology itu disertai pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan New Zealand dan Australia yang berlangsung pada 17 hingga 23 Mac lepas.

Menjelaskan mengenai proses menghasilkan bahan serat itu, Nurein berkata proses permulaannya adalah dengan memotong batang pisang berkenaan menjadi lebih kecil dan kemudiannya dibersihkan bagi membuang mikroorganisma seperti kuman.

“Ia kemudiannya dikisar dan selepas itu dikisar sekali lagi dan mencampurkannya dengan asid stearik dan kapur (kalsium karbonat).

“Cara mengggunakannya cukup mudah, iaitu dengan meletakkan bahan serat berkenaan di permukaan air dan ia akan menyerap semua minyak yang ada. Walaupun ia mengandungi minyak, tetapi bahan serat itu tidak akan tenggelam,” katanya.

Katanya produk berkenaan boleh digunakan oleh pengusaha kapal yang sering meninggalkan kesan minyak pada permukaan air laut yang dibimbangi boleh memusnahkan hidupan laut.

“Mereka tidak perlu berbelanja besar kerana kos menghasilkan bahan ini cukup murah berikutan hanya menggunakan bahan semula jadi seperti batang pisang,” katanya.

Beliau berkata pihak sekolah dengan kerjasama USM akan mempatenkan hasil reka cipta berkenaan secepat mungkin.

Persoalan: batang pisang yg telah menyerap minyak itu akan terlupus sendiri tanpa mencemarkan alam…atau ada cara pelupusan yg mesra alam

 
1 Comment

Posted by on April 13, 2010 in Uncategorized

 

Segala-galanya tentang Akar tumbuhan

Perbincangan tentang akar akan merujuk kepada beberapa jenis kulat dan bakteria pada akar yang membantu tumbuhan rintang terhadap penyakit dan mempunyai pertumbuhan hidup yang baik seterusnya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

Pertama adalah definisi akar – organ paling penting dalam tumbuhan. Fungsi dan sistem akar tumbuhan berbeza antara satu sama lain.
Dua fungsi utama akar adalah
1) penyerapan air dan galian bukan organik
2) mengikat pokok kepada tanah
Fungsi akar yang pertama dapat dibantu atau disokong dengan wujudnya kulat yang berasosiasi bersama akar (kulat mikoriza).Biasanya akar tumbuhan yang berasosiasi dengan kulat ini lebih rintang kepada penyakit yang dibawa oleh kulat tanah dan juga lebih daya tahan kepada cuaca kering kerana keupayaan menyerap air dan mineral yang lebih baik.

Jenis kulat mikoriza yang penting adalah AM fungus atau kulat AM-arbuscular mycorrizha

 
2 Comments

Posted by on November 6, 2009 in Uncategorized

 

Kultur Tisu_pisang

Kultur tisu pisang

Hasil dari satu induk sulur yang dipilih bebas dari penyakit terutama penyakit bawaan tanah kulat fusarium- fusarium oxsyporum cv. cubense

Jenis pisang yang biasa dikultur adalah jenis pisang berangan, pisang mas, pisang rastali, pisang cavendish atau montel dan lain-lain pisang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Pisang yang diklon haruslah mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik iaitu ciri-ciri pertumbuhan yang tinggi seperti berbuah dengan tandan yang berat, berbuah awal, bebas  atau rintang dari penyakit dan sihat.

Biasanya kerja-kerja pengklonan sulur pisang ni dijalankan di makmal yang mempunyai peralatan yang lengkap seperti bilik media, bilik kultur, bilik pertumbuhan yang bebas kuman dan suhu yang sesuai .

Terdapat 5 peringkat asas dalam kaedah pengklonan atau mikropropagasi ini iaitu :

1- penyediaan bahan kultur – sulur pisang

Terdapat dua jenis sulur pisang iaitu sulur pedang dan sulur air. sulur pedang sesuai dijadikan sulur pisang yang diklon kerana pertumbuhan yang aktif dan subur berbanding sulur air yang kurang subur dan pertumbuhan yang perlahan.

sulur pedang- mempunyai daun yang runcing dan tirus ke atas biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga 50sm

sulur air -pertumbuhan daun yang lebar dan tiada perbezaan saiz pangkal dan batang pseudo

http://uq.edu.au/_School_Science_Lessons/UNBiology1.html

Gambar terperinci keratan rentas batang pisang dengan umbisi (corm). bahagian yang perlu adalah umbisi dan seludang daun yang terdapat pertumbuhan tunas  (buds) untuk dikulturkan dalam media.

2-Inisiasi kultur-Pertumbuhan awal kultur

3-Penggandaan

4-Pemanjangan

5-Pembentukan akar

Penyediaan media kultur

Terdapat 3 jenis media bagi kultur tisu pisang iaitu:

1-Media pertumbuhan kultur tanpa hormon

2-Media penggandaan dengan hormon (BAP-benzyilaminopurine)

3-Media dengan penggalak akar -arang teraktif (activated charcoal)

Media atau bahan pertumbuhan kultur mengandungi komposisi /elemen mikro, makro dan vitamin yang sesuai bagi pertumbuhan awal sulur.

Sama ada disediakan melalui penyediaan bahan-bahan  larutan kimia sebagai stok atau menggunakan serbuk yang lengkap dan sedia digunapakai. Media yang digunakan adalah media MS (Murashige & Skoog, 1962).

Bagi pengeluaran klon tisu kultur pisang secara besar-besaran penyediaan media kultur dengan larutan stok adalah diperlukan.

Secara amnya perkara-perkara yang perlu dalam proses  kultur tisu adalah :

1- Ruang pemindahan atau pengkulturan yng bersih bebas kuman atau steril

Perkara penting dalam ruang pengkulturan adalah bersih (steril) dengan menyapu ruang dalam kotak dengan larutan 70% alkohol atau 10% klorox atau larutan peluntur. Semua bahan yang tersedia dalam kotak kultur adalah betul-betul steril. Tangan juga perlu bebas kuman. Peralatan kultur juga boleh direndam dalam larutan 70% alkohol

a-Kebuk wasap udara (laminar air flow)

http://www.omnisterra.com/botany/cp/slides/tc/tc.htm

b-i-menggunakan bekas akuarium ikan

b-ii-kotak plastik

b-iii-kotak kertas yang dibalut plastik

Jar  bekas media yang boleh diautoklaf tahan pada tekanan dan suhu tinggi

Gambar 2 jenis bekas media yang sedia steril

Sumber:http://www.kitchenculturekit.com/StiffAffordablePTCforhobbyists.htm

2-Bekas kultur

Gambar dua jenis forsep yang boleh digunakan

3-Forsep

4-Periuk tekanan tinggi

5-alat penimbang elektronik

pH meter

6- pH meter/ kertas pH

7-Larutan peluntur (clorox)

8- Isopropil alkohol (70%)

9- Air suling steril

Jenis-jenis skapel yang biasa digunakan dalam makmal

10- skapel atau pisau cukur

11-media kultur

Bagi ujian percubaan dirumah boleh menggunakan media ini:

MS 2 liter 2 peket dgn vitamin + 2 peket agar 9 gm /satu + 5ml PPM + satu jns hormon dicadangkan BAP (benzylaminopurine)

Harga termasuk penghantaran US dollar 22

Boleh didapati di laman web

http://www.hometissueculture.org/


 
19 Comments

Posted by on August 18, 2009 in Uncategorized