RSS

Cili benggala_kuning

P9301940

P9301938

Cili benggala (capsicum) warna kuning ada satu pokok sahaja, sudah mengeluarkan kira-kira 4 biji buah. Sudah hampir matang akan bertukar warna hijau muda kepada warna hijau kekuningan. Buah cili benggala sudah dipetik 2 hari yg lepas letak dalam masakan sayur cendawan campur. Buah cili tak besar seperti yg ader kat pasar…baja tak cukup kot..

Advertisements
 
4 Comments

Posted by on September 30, 2009 in Tani Organik

 

Kultur Tisu_pisang

Kultur tisu pisang

Hasil dari satu induk sulur yang dipilih bebas dari penyakit terutama penyakit bawaan tanah kulat fusarium- fusarium oxsyporum cv. cubense

Jenis pisang yang biasa dikultur adalah jenis pisang berangan, pisang mas, pisang rastali, pisang cavendish atau montel dan lain-lain pisang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Pisang yang diklon haruslah mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik iaitu ciri-ciri pertumbuhan yang tinggi seperti berbuah dengan tandan yang berat, berbuah awal, bebas  atau rintang dari penyakit dan sihat.

Biasanya kerja-kerja pengklonan sulur pisang ni dijalankan di makmal yang mempunyai peralatan yang lengkap seperti bilik media, bilik kultur, bilik pertumbuhan yang bebas kuman dan suhu yang sesuai .

Terdapat 5 peringkat asas dalam kaedah pengklonan atau mikropropagasi ini iaitu :

1- penyediaan bahan kultur – sulur pisang

Terdapat dua jenis sulur pisang iaitu sulur pedang dan sulur air. sulur pedang sesuai dijadikan sulur pisang yang diklon kerana pertumbuhan yang aktif dan subur berbanding sulur air yang kurang subur dan pertumbuhan yang perlahan.

sulur pedang- mempunyai daun yang runcing dan tirus ke atas biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga 50sm

sulur air -pertumbuhan daun yang lebar dan tiada perbezaan saiz pangkal dan batang pseudo

http://uq.edu.au/_School_Science_Lessons/UNBiology1.html

Gambar terperinci keratan rentas batang pisang dengan umbisi (corm). bahagian yang perlu adalah umbisi dan seludang daun yang terdapat pertumbuhan tunas  (buds) untuk dikulturkan dalam media.

2-Inisiasi kultur-Pertumbuhan awal kultur

3-Penggandaan

4-Pemanjangan

5-Pembentukan akar

Penyediaan media kultur

Terdapat 3 jenis media bagi kultur tisu pisang iaitu:

1-Media pertumbuhan kultur tanpa hormon

2-Media penggandaan dengan hormon (BAP-benzyilaminopurine)

3-Media dengan penggalak akar -arang teraktif (activated charcoal)

Media atau bahan pertumbuhan kultur mengandungi komposisi /elemen mikro, makro dan vitamin yang sesuai bagi pertumbuhan awal sulur.

Sama ada disediakan melalui penyediaan bahan-bahan  larutan kimia sebagai stok atau menggunakan serbuk yang lengkap dan sedia digunapakai. Media yang digunakan adalah media MS (Murashige & Skoog, 1962).

Bagi pengeluaran klon tisu kultur pisang secara besar-besaran penyediaan media kultur dengan larutan stok adalah diperlukan.

Secara amnya perkara-perkara yang perlu dalam proses  kultur tisu adalah :

1- Ruang pemindahan atau pengkulturan yng bersih bebas kuman atau steril

Perkara penting dalam ruang pengkulturan adalah bersih (steril) dengan menyapu ruang dalam kotak dengan larutan 70% alkohol atau 10% klorox atau larutan peluntur. Semua bahan yang tersedia dalam kotak kultur adalah betul-betul steril. Tangan juga perlu bebas kuman. Peralatan kultur juga boleh direndam dalam larutan 70% alkohol

a-Kebuk wasap udara (laminar air flow)

http://www.omnisterra.com/botany/cp/slides/tc/tc.htm

b-i-menggunakan bekas akuarium ikan

b-ii-kotak plastik

b-iii-kotak kertas yang dibalut plastik

Jar  bekas media yang boleh diautoklaf tahan pada tekanan dan suhu tinggi

Gambar 2 jenis bekas media yang sedia steril

Sumber:http://www.kitchenculturekit.com/StiffAffordablePTCforhobbyists.htm

2-Bekas kultur

Gambar dua jenis forsep yang boleh digunakan

3-Forsep

4-Periuk tekanan tinggi

5-alat penimbang elektronik

pH meter

6- pH meter/ kertas pH

7-Larutan peluntur (clorox)

8- Isopropil alkohol (70%)

9- Air suling steril

Jenis-jenis skapel yang biasa digunakan dalam makmal

10- skapel atau pisau cukur

11-media kultur

Bagi ujian percubaan dirumah boleh menggunakan media ini:

MS 2 liter 2 peket dgn vitamin + 2 peket agar 9 gm /satu + 5ml PPM + satu jns hormon dicadangkan BAP (benzylaminopurine)

Harga termasuk penghantaran US dollar 22

Boleh didapati di laman web

http://www.hometissueculture.org/


 
19 Comments

Posted by on August 18, 2009 in Uncategorized

 

Ujian 2 tanam cili merah-Enzim sampah

Kesinambungan dari ujian tanam pada episod persediaan tanaman. Pokok cili merah yang ditanam dalam polibeg 3 (tanah bakar) dan 1 di atas tanah.

Gambar 1: atas tanah

picture-5521

picture-541

Gambar 2: dalam polibeg

Biji benih diperolehi dari ekspo pertanian di Shah Alam tahun 2008. Pembajaan melalui semburan baja organik enzim sampah. Semburan 3 kali seminggu dengan sukatan 10-15 ml perliter. Hasil permulaan yang baik. diharap dapat hindar serangan kutu daun yang dibawa oleh semut. Gambar akan diupload kemudian.

Picture 454

Gambar 3

Picture 455

Gambar 4

gambar 3 & 4 Alhamdullilah pokok cili dalam polibeg  1 yang telah berbuah, agak lama juga buah cili tu nak jadi merah kira2 dalam sebulan lebih

Picture 425

Gambar 5: Pokok cili yang atas tanah baru hendak keluar bunga sbb satu ketika dulu dahan nyer pernah patah

Picture 456

Gambar 6: pokok cili dalam polibeg 2 yang berbuah banyak tapi permulaan buah busuk di bahagian bawah dan terpaksa dibuang. Sekarang nampaknya buah 2 cili dlm keadaan baik…tunggu merah jer

 
2 Comments

Posted by on March 13, 2009 in Tani Organik

 

Pembuatan kompos Cara Mudah

Bahan utama membuat kompos, iaitu sampah itu sendiri. Ada dua jenis sampah iaitu organik dan bukan organik. Sampah diasingkan berdasarkan jenisnya.

1. sampah organik dijadikan bahan kompos adalah sampah bukan hijau (daun kering, rumput kering, serbuk gergaji, serutan kayu, sekam, jerami, kulit jagung, kertas yang tidak berkarbon, tangkai sayuran) dan sampah hijau (sayuran, buah-buahan, potongan rumput segar, daun segar, sampah dapur, hampas teh/kopi, kulit telur, tinja ternakan

2.sampah bukan organik adalah plastik, stereoform, kertas (berkarbon), logam, dan kaca.

Selain itu ada bahan-bahan yang sebaiknya tidak dibuat kompos iaitu:

  1. Daging, ikan, kulit udang, tulang, susu, keju, lemak/minyak, hampas kelapa, sisa sayuran yang bersantan (menyebabkan munculnya lalat).
  2. Kotoran anjing & kucing (kemungkinan membawa penyakit).
  3. Tanaman yang berhama
  4. Ranting, dahan, dan batang kayu yang tidak mudah hancur dalam kompos (mengundang rayap).

Bahan pemula sebagai pengurai sampah menjadi kompos. Bahan pemula  siap pakai seperti EM4 (effective microorganism 4)

Pemula buatan sendiri ini biasa disebut dengan MOL (micro organisme local).  Kita boleh membuat MOL dari nasi, yang baru maupun basi.

Langkah-langkah membuat MOL yang merupakan bahan pemula dalam pengomposan:

  1. Nasi (baru maupun basi) dibentuk bulat sebesar bola ping-pong sebanyak 4 ketul.
  2. Diperam selama tiga hari sampai keluar kelompok kulat yang berwarna kuning, jingga, dan abu-abu.
  3. Bola nasi berkulat kemudian dimasukkan ke dalam botol/bekas plastik.
  4. Tuang air satu gayung yang sudah dicampur gula sebanyak empat sendok makan ke dalam botol/bekas yang berisi nasi berkulat.
  5. Peram lagi selama satu minggu. Campuran nasi dan air gula tersebut akan berbau masam manis seperti tapai.
  6. MOL sudah sedia digunakan sebagai bahan pemula untuk membuat kompos dengan dicampur air. Perbandingan MOL dengan air dalam julat nisbah 1:5.

Bekas untuk memproses sampah menjadi kompos adalah karung guni beras.

Jenis sampah sebagai bahan kompos adalah sampah coklat kaya kandungan karbon (C) yang merupakan sumber energi makanan untuk mikrob. Sampah hijau mengandung nitrogen (N) yang diperlukan oleh mikrob untuk tumbuh dan berkembang biak. Sampah organik secara semulajadi  akan mengalami penguraian oleh ratusan jenis mikrob, enzim, kulat, dan binatang tanah. Proses penguraian memerlukan suhu tertentu, kelembapan, dan oksigen (udara segar).

Untuk melihat gambar langkah2 pembuatan kompos dalam karung guni lihat sumber artikel dalam

Sumber:

http://www.kampungantenan.blogspot.com/2008/03/kompos-dalam-karung.html

Selamat mencuba

 
3 Comments

Posted by on February 18, 2009 in Uncategorized

 

Pinggan ubi kayu boleh dimakan dan mesra alam

Pinggan pakai buang ubi kayu
Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari.

pinggan-pakai-buang-yang-boleh-dimakan-dihasilkan-daripada-ubi-kayu

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. ‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
Sumber berita harian online
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Pinggan dan mangkuk mesra alam boleh didapati di laman web nie…..

http://safglobalsolutions.blogspot.com/

 
13 Comments

Posted by on December 18, 2008 in Uncategorized

 

Hasilan Enzim Bahan Buangan Dapur Alternatif Baja Tanaman

Kebaikan enzim sampah – Kuasa untuk menyelamatkan dunia ada di dalam sampah di dapur anda

 

BAHAN buangan ini mudah ditemui di dapur.
“Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon.

Merawat dunia? Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan maksudnya. Formulanya mudah: penapaian sampah dari dapur anda dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan untuk memulihkan cuaca bumi.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dari hari pertama anda memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon.

Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.

Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.

Biarpun masih belum dapat membuktikannya melalui ujian makmal, banyak keajaiban telah disaksikan hasil usaha Joean, ibu kepada tiga orang anak.

Ilmu yang dipelajari daripada seorang pensyarah dan doktor dalam perubatan alternatif di Thailand, Dr. Rosukon Poompanvong, ini mula mendapat perhatian dan kini memperoleh permintaan sehingga ke beberapa negara di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

“Pokok naga di sebuah ladang di Seremban yang disembur enzim sayur-sayuran dan buah-buahan dapat mengeluarkan sehingga 40 biji buah dari sebatang pokok, sedangkan pokok naga pekebun lain hanya dapat mengeluarkan maksimum 10 biji. Perbezaannya ialah empat kali ganda.

“Seorang wanita yang mempunyai 60 pasu pokok bunga orkid pernah merungut pokok yang ditanam sukar untuk berbunga, tetapi selepas menyembur enzim yang dihasilkan sendiri, bunga berkembang sehingga 60 peratus lebih banyak tanpa bantuan baja herbisid,” kongsi Joean tentang kebaikan enzim kepada bidang agro.

Tidak melibatkan kos yang besar, enzim yang dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan.

Produk Enzim

“Enzim yang terhasil akan melakukan magik untuk anda. Pengusaha restoran yang sebelum ini mempunyai masalah lalat yang banyak di kawasannya sekarang dapat berniaga dengan tenang selepas beliau mengelap meja menggunakan enzim yang dihasilkan sendiri,” kongsinya.

Tidak menolak sangkaan ramai bahawa penapaian akan menghasilkan bau yang teruk, wartawan Kosmo Ahad diberi peluang menghidu enzim yang dihasilkan dan nyata ia tidak seteruk yang disangkakan. Tambahan pula penapaian dilakukan dalam bekas kedap udara.

“Setiap kali kita melintas tong atau longgokan sampah, kita akan terhidu bau masam yang busuk. Itulah gas metana. Apabila ia dibebaskan ke udara, ia membentuk gas karbon dioksida yang memerangkap sehingga 21 peratus haba berbanding keupayaan gas karbon dioksida.

“Jadi, bayangkan apa yang sedang kita lakukan semasa kita membuang sampah,” usul anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang ini.

Sumber:

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my

 
23 Comments

Posted by on August 4, 2008 in Iklan Semasa

 

Jualan pakaian muslimah Online

http://aniey82.blogspot.com/

http://hilyah.com/

http://tudungdanblauslabuh.blogspot.com/

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2008 in Iklan Semasa