RSS

Projek cendawan tiram kelabu

10 Dec

Sebagai persediaan untuk melaksanakan projek cendawan tiram kelabu secara komersil

beg2 cendawan disusun dalam bilik air yg tidak digunakan…lebih kurang hampir 70% beg telah mula dipenuhi dengan misilium-11/12/07

dua kali sehari bilik tersebut disiram dengan air begitu juga beg2 disiram dengan EMAS

 11 beg cendawan tiram telah dieram di dalam bilik air

1) 10/12/07 -1 Beg telah mula mengeluarkan bibit cendawan setelah 5 hari dibuka…keseluruhan beg telah putih dipenuhi misilium

hasil cendawan yg diperolehi dari 1 beg cendawan seberat 50gm

Beg cendawan akan dibuka semula pada 24/12/07

2) beg cendawan kedua mengeluarkan bibit cendawan pada 12/12/07 setelah beg dipenuhi misilium

sehingga tengahari 12/12/07 batang cendawan sudah mula memanjang keluar dan nampaknya terdapat lebih kurang 6-7 tangkai cendawan

ptg 12/12/07 cendawan sudah mula berkembang pada saiz sederhana

pagi 13/12/07 berkembang lagi…..arap2 berat lebih dari beg yg pertama

tepi cendawan sudah berombak dan sampai mase utk dituai

berat bertambah dari yg pertama iaitu 80gm….beg ditutup dan dibuka semula pada 25/12/07

3) Beg ketiga mula keluarkan cendawan pada 17/12/07

7 btg cendawan tiram kelabu bagi beg ketiga dengan berat 80gm…tuai pada 19/12/07

4) beg keempat mula mengeluarkan bibit cendawan pada 26/12/07

pagi…

kelihatan bibit2 cendawan kecil mula keluar

tengahari

batang2 cendawan mula memanjang keluar

Hasil dari beg keempat sebanyak 90gm-28/12/07 (pg)

dengan pengeluaran kira2 10 tangkai cendawan ader peningkatan berat

Dan hasil dari beg pertama utk kali kedua sebanyak 30gm bersamaan 1 tangkai cendawan-28/12/07 (pg)

  • Hasil pemerhatian menunjukkan hanya bongkah cendawan yg mempunyai pertumbuhan misilium yg menyeluruh memenuhi beg akan menghasilkan cendawan

Gambar hasilan cendawan yg menarik…1 tangkai dua kelopak bercantum berat dlm 30gm

5) Beg ke-5 dan ke-6 mengeluarkan bibit cendawan pada 4/1/08

6) Beg ke-7 mula keluarkan cendawan pada 5/1/08

Dengan berat 80gm dituai pada 7/1/08

  • Hasil paling tinggi pernah diperolehi dengan berat pada satu bungkah cendawan 100gm-18/01/08

Sebanyak 12 bongkah cendawan telah diperolehi dari FAF…kursus pada 5 jan 2008

  • sebanyak 3 bongkah CTK telah mula keluarkan bibit cendawan pada 9 Jan. 2008 (pagi)
  • 3 bongkah cendawan telah kena kulat hijau pada bhgn leher…takut nak bukak penutupnya merebak pulak nnti…so cemdawan keluar ikut pintu belakang

Alhamdulillah  dah hampir 80% beg cendawan dari 11 beg dah kuar hasil

Perbezaan saiz antara hasil CTK guna benih biji gandum (kecik) dan barli (besar)

PETUA2 TANAMAN DAN PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU (CTK)-

Simptom bongkah CTK

1- cendawan kuning-air yg tidak bersih
2- cendawan kerinting- terkena asap kebakaran atau bahang panas
3) Benih bahagian atas saja tak mahu turun ke bawah beg-abuk kayu berminyak atau campur ngan kayu hutan (kayu kuing)
4)benih turun separuh beg-abuk kayu banyak air

Penyakit bongkah CTK
-beg diserang semut bhgn bawah-pykt ulat halus di dasar beg cendawan
-pykt hijau-benih yg tercemar dan harus dibuang dan senang merebak
-pykt kuning pada tapak-abuk kayu yg basah kena hujan disimpan dlm guni lama atau abuk yg dimesin campur dengan abuk kering jika benih bermutu dan akan hilang kemudiannya
– kulat hitam mula2 keluar lendair dan akan hitam tapi tidak merbahaya
– kumbang hitam kecil sbbkan cendawan berulat, atasi dengan hapuskan kumbang dan akan berkurangan lama- kelamaan
– Bagi jangkitan hama hendaklah  bangsal hendaklah dikosongkan selama 8 atau 12 bulan utk elak hama menyerang kembali bongkah cendawan atau berpindah ke tempat lain

Fakta CTK 

– Biasanya apabila buka penutup bongkah/beg cend. pd  hari pertama, hari ke-4 sudah tumbuh dan pada hari ke-5 boleh dituai (petik)
berat hasil pertama dan kedua dengan anggaran hasil antara 80gm hingga 100gm dan seterusnya akan berkurangan hasil dalam beratnya
– kalau beg dibuka hingga 2 bulan lebih, tumbuh serentak tapi batang cendawan keras sedikit
– benih cendawan yg matang akan tumbuh cepat berbanding yg belum matang lambat dlm 12 jam atau 1/2 hari
–  suhu rumah cendawan yg baik ialah antara 22 hingga 30 darjah celsius
– Jika benih cendawan yang diletak kedalam beg cendawan sedikit maka misilium yang terhasil adalah nipis dan lambat memenuhi bongkah cendawan, tapi jika benih yang diletak dalam beg cendawan, misilium yang terhasil cepat memenuhi bongkah cendawan dan warna putih misilium adalah ketara.

-Sumber ayne – thread cendawan(www.bicarajutawan.com)

maklumat asal: Hj.Paiman, Serom Muar

p/s: malumat dari penguasaha veteran /senior cendawan ……maklumat ini sebagai panduan sahaja dan banyak kaedah penjagaan telah diperbaiki dari masa ke semasa utk menghasilkan CTK yang banyak dan berkualiti

 
17 Comments

Posted by on December 10, 2007 in Uncategorized

 

17 responses to “Projek cendawan tiram kelabu

  1. minat cendawan

    January 9, 2008 at 12:41 am

    BAHASA YANG AWAK GUNA UNTUK TULIS BLOG INI SUNGGUH MELUCUKAN, BAIKI SIKIT BAHASA AWAK, KALAU NAK TULIS, TULISLAH SUPAYA ORANG SENANG FAHAM APABILA BACA BLOG INI.

    TAPI APA-APA PUN INFO YANG AWAK BAGI SUNGGUH BAGUS, CUMA BAHASA DAN AYAT AWAK……..

    Kalau menggunakan abuk kayu atau hampas kelapa sawit, dia lambat tumbuh kalau belum ada dua bulan belum tumbuh, tapi kalau menggunakan kapas cepat tumbuh dan kalau tidak dibaja cendawan akan subur tapi rasanya tawar.
    – suhu rumah cendawan yg baik ialah antara 22 hingga 30 darjah celsius
    – Jika benih cendawan letak sedikit misilium terhasil nipis dan lambat tebal, tapi benih byk misilium cepat tebal.
    – Selepas dibuka penutup beg cendawan hendaklah disiram 2 hari sekali dan musim panas 3 kali.

     
  2. asastaniorganik

    January 9, 2008 at 1:59 am

    salam..terima kasih atas komen yg diberikan…maklumlah maklumat saya terus copy tak edit lagi…ok …
    nie saya edit semula kalau ader apa2 bahasa yg tak faham komenlah lagi..
    terima kasih sekali lagi

     
  3. ayne

    June 22, 2008 at 6:32 am

    sudi2 lah tgk blog saye.. 😛

     
  4. asastaniorganik

    June 22, 2008 at 11:02 am

    salam
    saya sudah melawat blog saudara ayne utk mengikuti perkembangan terkini projek cendawan

     
  5. sayuti

    December 14, 2008 at 4:52 am

    cerita dari mula la tak paham hehehehe dari a to z bagai mana kandungan dalam botol tu hehehehe 🙂

    misilium tu hape “,(

    camna leh tumbuh cendawan plak hehehe list kan leh tak ke email saya

    sayuti_sidek@yahoo.com

    terima kasih….. pada enc. 🙂

     
  6. awang

    October 16, 2009 at 12:22 am

    Bahasa yang dipakai tidak ada masalah saya faham… si penkomen pertama yang mengada-ada.. saya faham walaupun saya org sabah sarawak

    kenapa ko org melayu bahasa tak faham…?

     
  7. awang

    October 16, 2009 at 12:26 am

    boleh tak bagi saya info yg lebih tentang bagaimana nak tahu sama ada bongkah sedia atau boleh di buka.. semasa pengeluaran hasil apakah langkah2 yg di ambil… kelembapan bandingan waktu pertumbuhun maisilium dan pengeluaran hasil berapa?
    my email earth_faulth76@yahoo.com

     
  8. asastaniorganik

    October 16, 2009 at 6:06 am

    salam
    en awang
    saya bagi info sedikit dari pengalaman yg tidak seberapa.bongkah sedia utk dibuka selepas keseluruhan bongkah telah dipenuhi misilium cendawan.semasa mengeluarkan hasil pastikan keseluruhan tangkai atau btg cendawan dikeluarkan dan dibersihkan bagi membolehkan pengeluaran cendawan yg kedua iaitu dlm jangkamasa 1 minggu.langkah yg biasa diambil pastikan bongkah dlm keadaan lembap dan persekitaran bersih. pengeluaran hasil dari satu bongkah dianggarkan antara 30gm hingga 100gm.
    semoga dapat memberi sedikit info berguna

     
  9. matjohaimi

    May 6, 2010 at 4:18 am

    mintak tolong ajar sy buat projek cendawan.cara mula – mula nak buat.kalo boleh dari mula sampai abis kluar cendawan tu .sy bminat nak bt scara kecilan dulu.nak tau macam ne.boleh ajarkan.ok

     
  10. Hazzz

    August 2, 2010 at 6:49 am

    Tima kasih atas penerangan yg pjg lebar dr asastaniorganik. Untuk makluman, kita baru je nak berjinak-jinak ngan projek camni…cuma info berkenaan cendawan ni masuh kureeng sgt. Yelah…kita dah ade lokasi….tapi tak tahu nak mula cam mana….bab kat Miri Sarawak ni, kita tak tau lagi kat mana nak dapatkan semua medium penanaman cendawan. Kursus pun jarang2 ade…kalau ade pun kita selalu je miss…….cam mana nie….tolonglah…bagilah info, ie no.tel ke….email sapa2 yg anjurkan kursus kat Miri nie….plzzz….lastly, TQVM..

     
  11. mohamad ahwan bin hj amin

    August 19, 2010 at 3:04 am

    saya warga Serom 6, menetap di shah alam. Tahniah atas kejayaan menanam cendawan, saya teringin nak kerepek pedas cendawan, nanti raya bolih singgah. Terima kasih

     
    • Chik

      June 21, 2011 at 2:26 pm

      Saya pun orang Serom 6, Wak Hj Paiman dah tak usahakan menanam cendawan, blogger ni saudara kenal ke..lagipun sumber maklumat beliau dari Hj Paiman. Tahniah kepada saudara blogger yang berjaya menulis blog yang menarik ini. Terima kasih dari Norizuan

       
  12. ila

    August 27, 2010 at 4:45 am

    Saya surirumah. Kini menetap di johor. Saya berminat untuk mencuba tanam cendawan ni secara kecilan di rumah. Untuk permulaan saya ingin tanam di dalam rumah je. tp x sempat nak pergi kursus buat masa sekarang. boleh x saya mulakan projek ini tanpa menghadiri kursus? Serta di manakah saya boleh mendapatkan bahan untuk menanam cendawan ini?

     
  13. MR GO

    September 9, 2010 at 7:17 am

    Ada masalah penyakit cendawan seperti kulat hijau, kulat orange, serangan Hama , ulat dalam bungkah…dll, kini ada bahan rawatannya… boleh visit blog : http://rasemushroom.blogspot.com atau hubungi MR GO : 019-6536313

    Thank you

     
  14. YUSOF NAH TIMAN

    October 9, 2010 at 10:57 am

    SAYA NAK MENCUBA, TP SAYA TAK TAHU NAK MENDAPAT KAN BENIH NYER……..

    TOLONG YER…….. BANTU YER……. YG MERMELUKAN DAN MEMINTA PERTOLONGAN YG TERAMAT SANGAT…….

    LOKASI……… JB

     
    • dewiqisty

      June 19, 2011 at 8:33 am

      hubungi saya @ 010-9274191…dewi qisty

       
  15. dewiqisty

    June 19, 2011 at 8:32 am

    kursus byk x kt Malaysia x jd. last2 gi kusus kt Thailand br jd.

     

Leave a reply to awang Cancel reply